CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2670|Reply: 4

+Tak tahu nak bagi tajuk apa+

[Copy link]
Post time 24-6-2015 10:10 AM | Show all posts |Read mode
Edited by hani85 at 24-6-2015 10:12 AM

Assalamualaikum.

Saya ni nak kata minat nak menulis tu, ada la sikit kot. Tak pernah membuat debut secara umum. Hehehe. Ni saja nak try, and im not yet sure whether nak habiskan cerita ni atau tidak. Idea tu dah ada. Jika ada komen, boleh la komen ya.

Here we go.

Hati kecil yang menangis.

Benci pada dunia ini. Benci tengok semua orang. Benci.
“Hani!! Pergi sapu dalam rumah ni. Berpasir. Main je keja kau!” Suara- suara orang dewasa mengarah. Sedang mereka bersenang lenang dan sibuk mengumpat. Huh. Tauladan yang bagus.

Orang kata, adik beradik ramai- meriah. Ya, mungkin. Bagi gadis itu, meriah itu hanya superficial. Bila raya, ramai orang balik, bising. Tentulah “meriah”- andai kebisingan itu ditakrifkan sebagai meriah. Riuh rendah dengan ketawa. Dia tetap menyertai kebisingan itu, sama- sama ketawa bila ada yang lucu. Namun, dalam ketawa, ada perasaan kurang enak disembunyikan. Tidak puas hati, benci, bersalaman- hanya sekadar syarat dan adat. Senyum, pura- pura. Ah. Semua pura- pura.

Dia tiada yang istimewa. Nakal pula tu. Selalu dijadikan tempat diherdik.

Kata- kata seperti, ” Kau ni garang, macam singa betina. Tak elok tau. Eee. Orang benci nanti. Hiskh!” (sambil mata mengerling tajam) lebih disukai dan lebih gemar digunakan berbanding kata- kata seperti, ” Janganlah garang- garang. Tuhan tak suka. Kalau jadi baik, lembut, jadi anak solehah, nanti semua orang sayang.”

Bertahun- tahun dilayan begitu. Bila ada keraian, bila ada ramai orang balik dan berkumpul, itu adalah waktu yang dia tidak suka. Cukup tidak gemar! Dirasakan, semua orang akan tunggu masa untuk marah, memandang sinis padanya.

Singa. Singa. Singa. Terngiang- ngiang di kepala.

Dia tak boleh lupa. Sehingga ke hari ini. Orang- orang, dan persekitaran yang mencorakkan dirinya- hari ini.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-6-2015 10:13 AM | Show all posts
Lebih kurang sedekad yang lepas, gadis itu dilahirkan. Hani.

Kelahirannya mungkin tidak memberi erti yang signifikan, memandangkan dia dilahirkan dalam keluarga yang besar. Sudah punya kakak dan abang, dia mungkin hanya sekadar penambahan ahli dalam keluarga itu.

Ada banyak perkara yang kabur ketika dia membesar. Perkara- perkara yang dialami ketika berusia kurang 5 tahun- memang sukar diingat.
Yang dia ingat, salah satunya ketika dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari selatan tanah air. Mungkin ketika berusia 3-4 tahun. Pesawat boeing terbang megah di langit. Dia menjerit dari dalam kereta, “Tebang! Tebang!”, merujuk kepada kapal terbang. Ayah tertawa melihat telatahnya sambil meneruskan pemanduan. Indah, ya, saat itu memang indah.

Ada lagi.

Mungkin ketika itu dia berusia 4 tahun. Dia suka ke rumah makciknya di kampung sebelah dengan abang. Dia suka dengan bau sabun Dettol yang menyegarkan di bilik air rumah Mak Teh. Memang dia suka sangat mandi di rumah Mak Teh. Di situ ada shower faucet, airnya sejuk sekali. Kalau di rumah sendiri, harus menggunakan gayung, guna tadahan air besin. Di rumah Mak Teh, dia merasakan seperti mandi di hotel. Rasa mewah, walau sekadar pancuran air dari shower, dan haruman Dettol.

Ada lagi.

Kadang- kadang orang suka cubit dia sebab gadis itu agak comel ketika kanak- kanak. Dia rasa senang. Dan membuatkannya lupa pada perasaan- perasaan kurang enak.

Itu yang indah- indah. Yang kurang indah pun ada.

Dia selalu buat kanak- kanak kecil sebayanya menangis. Yang selalu jadi mangsa buli ialah adiknya. Dan sepupu lelaki, Hans, yang muda setahun darinya. Dia masih ingat dulu abang bawa dia pulang dari rumah Mak Teh dengan Hans sambil Hans menangis. Nak bawa Hans pada Mak Teh yang sedang mengaji di surau. Sepanjang perjalanan ada jiran menegur kenapa menangis, abang menjawab Hani punya kerja. Hani tak ingat apa reaksi jiran tersebut. Dia juga tidak ingat apa yang dilakukan pada Hans. Sungguh.

Gadis itu tahu waktu kecil- kecil dahulu dia nakal. Dan dia garang. Tapi dia tidak pasti kenapa.

Dia suka cubit adiknya yang setahun muda daripadanya. Mungkin kerana cemburu adik mendapat lebih perhatian. Dan orang sekeliling lebih sayangkan adiknya. Mungkin dia cemburu. Tapi dia tak ingat sangat. Sungguh. Dia tak pasti apa yang menyebabkan dia garang begitu.
Yang dia ingat, ketika berumur 5 tahun, semua orang mula menggelarkannya singa. Gadis itu benar- benar sedih. Rasa tersisih dan dibenci. Mengapa? Teruk sangatkah aku? Soalan itu hanya berlegar di minda dan tidak pernah terluah.

Dan, dia tidak pernah tahu perasaan- perasaan itu akan membawanya kepada kerusakan yang tidak pernah dibayangkan di kemudian hari.

Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2015 12:38 PM | Show all posts
lagi pls
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 11:00 AM | Show all posts
hani85 replied at 24-6-2015 10:13 AM
Lebih kurang sedekad yang lepas, gadis itu dilahirkan. Hani.
Kelahirannya mungkin tidak memberi ert ...

wau bestnya.hapdet lgi.

hat intro.tu.aku tgok cm.berterabur ayt..ke perasaan aku?muahaha


Oh plis.no kawen paksa?plisss.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 12:22 PM | Show all posts
ok sambung lagi..
nak tahu apakah kerosakan yang berlaku tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:38 AM GMT+8 , Processed in 0.066262 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list