View: 6221|Reply: 51
|
[Tempatan]
tangan najib bawa malang
[Copy link]
|
|
Semua projek besar hasil sentuhan Datuk Seri Najib Tun Razak akan membawa masalah kepada negara terutamanya yang melibatkan kewangan dan khazanah negara.
Oleh Free Malaysia Today
Bekas Veteran UMNO Negeri Sembilan, Aspan Alias berkata, walaupun telah banyak kelemahan didedahkan, namun Najib tetap tidak mahu berundur.
“Setiap salah lakunya yang diketahui umum, beliau akan dialihkan pandangan ramai kepada perkara lain yang tidak tepat sasarannya,” katanya menerusi blognya, aspanaliasnet.blogspot.
Pakar ekonomi yang telah menyertai DAP itu berkata, sejarah Najib bermula dengan isu pembelian kapal selam Scorpene dengan harga RM7 bilion.
Katanya, isunya bukan sahaja harganya yang terlalu tinggi tetapi melibatkan kontroversi lebih besar- terbongkarnya pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Aspan berkata, begitu juga dengan Felda yang sekarang menjadi Felda Global Ventures (FGV) yang menyaksikan sahamnya jatuh merudum dan menyebabkan peneroka berhutang.
“FGV ibarat berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap. “Dulu ramai yang menentang Felda disenaraikan di pasaran saham termasuk pegawai-pegawai yang kanan dalam perbadanan itu tetapi mereka ini diharam jadahkan oleh Najib. “Sekarang peneroka sudah mengalami masalah yang belum pernah mereka alami kerana tindakan Najib yang memandai-mandai.
Kata-kata sumbang sudah terlepas usaha yang kononnya untuk kepentingan peneroka telah gagal,” tulisnya.
Katanya, FGV didakwa membeli pula saham syarikat perladangan dari Indonesia, Rajawali, dengan harga lebih tinggi berbanding harga pasaran.
“FGV telah membeli saham syarikat perladangan kumpulan Rajawali di Indonesia dengan harga yang meragukan.
Felda sememangnya terbilang dengan membeli harta dengan harga yang ditambah berlipat kali ganda di seluruh dunia.
“Tentulah kita tahu sebabnya jika membeli harta yang berlipat kali ganda harganya itu. Kali ini Felda telah membeli syarikat kumpulan Rajawali dengan harga dua kali ganda dari aras harga pasaran.
Ada beberapa orang yang hendak menjadi kaya raya dengan menggunakan kedudukan dan keringat peneroka itu,” tulisnya.
Dia berkata, Najib juga telah menyebabkan masalah kepada kewangan negara dengan kontroversi syarikat pelaburan, 1MDB.
Katanya, walaupun Perdana Menteri menafikan kerugian yang dialami 1MDB tetapi rakyat tidak bodoh untuk terima begitu saja penjelasan itu.
“Timbul pula isu 1MDB yang terhutang sebanyak RM42 billion. Itu pun beliau nafikan yang 1MDB mengalami kerugian dan Najib sentiasa berfikir rakyat semuanya bodoh dan tidak tahu yang rakyat lebih cerdik dari beliau.,” katanya.
Aspan berkata, sekarang timbul pula kontroversi pembelian hartanah di Cauldfield Melbourne dengan tambahan harga sebanyak hampir RM14 juta.
“Pemutus kata, apa sahaja yang berada di bawah Najib semuanya mempunyai masalah hasil dari tidak ada kejujuran dan merobek keyakinan dan kepercayaan yang telah diberikan rakyat itu,” tulisnya |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah
|
|
|
|
|
|
|
|
malawi6 replied at 27-6-2015 03:46 PM
tahniah
Dapat hadiah tak mbak? |
|
|
|
|
|
|
|
Lagi, lagi........nak tunggu ulasan selari @penyokongnajib: |
|
|
|
|
|
|
|
sibuk je yindon dgn hal msia |
|
|
|
|
|
|
|
ader dia kesah? |
|
|
|
|
|
|
|
Saham kopwrasi fwlda yg tiap tahun 18% pun for 10% sajer tahun ni... |
|
|
|
|
|
|
|
walaupun indon yang buka thread ... iols tetap nak meludah bijan
hakkk tuihhhhhhhhhhhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
sabor, posa2 ni..
jangan jadi mcm laba je...
kerana hilang sabor, sat je kiok
|
|
|
|
|
|
|
|
ops..sowie mak waaa... teremosi lebey lak iols
laba tue ... terober emosi ker idak .. muncul jer kta CI ni akan tetap kiok
|
|
|
|
|
|
|
|
nanti ada lah penyokong najib akan comment, dia kan salahkan mahathir.. |
|
|
|
|
|
|
|
abam spidey ker kasi pancong paun botak CP tue???
ingatkan deyols buhagiaa... ghupernya ... disebalik senyuman ada penderitaan ...
okie mak waaa... selamat beriftar
|
|
|
|
|
|
|
|
Tuan kelana....apa kata pi bawa CL 415 tu...lepas tu pasangkan maverick/dumb bomb 2k satu....lepas tu buat buat lepaskan atas computer penjilatnajib tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
habis Felda dijahanamkan. tiada apa2 tindakan dikenakan keatas dia dlm skandal ini.
kalau kat jepun, pihak yg bertanggungjawab akan letak jawatan dan mintak maaf kpd umum |
|
|
|
|
|
|
|
taikor replied at 27-6-2015 07:29 PM
habis Felda dijahanamkan. tiada apa2 tindakan dikenakan keatas dia dlm skandal ini.
kalau kat jep ...
Umno dumbasses apa dia tahu pasal accountability o morally right orwrong? |
|
|
|
|
|
|
|
taikor posted on 27-6-2015 07:29 PM
habis Felda dijahanamkan. tiada apa2 tindakan dikenakan keatas dia dlm skandal ini.
kalau kat jep ...
Bkn mnta maaf lg....terjun lombong terus |
|
|
|
|
|
|
| |
|