CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2564|Reply: 3

[Tempatan] Cuti Hari Raya: Beli Tiket Cepat Dek Kalau Tak ....

[Copy link]
Post time 29-6-2015 08:09 AM | Show all posts |Read mode
Cuti Hari Raya: Beli tiket cepat sebelum terlambat
Orang ramai beratur untuk membeli tiket bas ke destinasi masing-masing di Terminal Bas Selatan sempena cuti Hari Raya Aidilfitri akan datang. - Foto TRP/Azrol Ali



[size=100%]KUALA LUMPUR, 28 Jun:
Penjualan tiket bas express mahupun kereta api untuk pulang berhari raya di kampung sudah mula dibuka di kaunter-kaunter bas sekitar ibu negara dan kebanyakannya mula dijual sejak hari pertama puasa.

Tinjauan The Rakyat Post hari ini di sekitar stesen bas di Kuala Lumpur menunjukan banyak kaunter-kaunter bas mula membuka jualan tiket untuk hari raya, malah ada sesetengah destinasi sudah mula kehabisan tiket.

Menurut Shamaini Ham, penjual tiket bas Sani Express berkata, penjualan tiket bas pada tahun ini sudah dibuka sejak awal lagi kerana permintaan ramai, malah harga yang dikenakan masih sama seperti tahun-tahun lepas.

“Pantai timur adalah destinasi yang paling popular oleh pengguna kami dan seperti tahun-tahun sebelumnya, tiket ke pantai timur paling cepat kehabisan.

“Pihak kami mula membuka penjualan tiket untuk pulang berhari raya pada pertengahan bulan puasa lagi dan sehingga ke hari ini jualan tiket mulai meningkat hari demi hari,” katanya lagi.

Bagi Hanizah Rafiah, iaitu penjual tiket bas Matahari Express yang khususnya untuk perjalanan ke utara berkata bahawa penjualan tiket pada tahun ini amat menggalakkan namun tiket perjalanan seperti ke Butterwoth, Sungai Petani, Jitra dan lain-lain masih ada.

“Penjualan tiket bas baru dibuka jadi tiket masih ada untuk dibeli, namun saya nasihatkan kepada pengguna supaya membuat persiapan awal bagi mengelakkan tiket bas habis, tambah beliau.
Sementara itu, bagi pengguna yang mahu pulang menaiki perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu (KTM), penjualan tiket sudah dibuka sejak sebulan lepas bagi perjalanan ke Ipoh, Woodlands (Singapura) dan juga utara.

Menurut Jurucakap KTMB, Mahani Che Lah berkata, kaunter tiket mula dibuka sebulan lalu dan kerana itu penjualan tiket sudah mulai penuh kerana peningkatan pengguna untuk pulang berhari raya.

“Tiket kereta api KTM sudah mula penuh kerana kaunter sudah dibuka sejak sebulan lalu, namun harga yang dikenakan masih sama dan tiada peningkatan oleh GST,” kata beliau ketika dihubungi oleh The Rakyat Post.



Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/06/28/cuti-hari-raya-beli-tiket-cepat-sebelum-terlambat/#ixzz3ePAO4qul

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2015 08:53 AM | Show all posts
waaaaa nak balik raya juge....tapi duit xdak
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 09:06 AM | Show all posts
Tiket MAS dari beberapa destinasi ke KL pun dah sold out kak. Beraya lah kat kampung senyap-senyap. Tahun depan baru balik.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2015 09:27 AM | Show all posts
dh terasa kemeriahan nak balik kg
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:01 AM GMT+8 , Processed in 0.062640 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list