|
|
Artikel dan video oleh : Siti dan FirdausZ
Bukan sahaja dijanjikan janji-janji manis, disajikan kata-kata indah, namun semuanya hanya mimpi selepas dia dinodai.
Itulah yang berlaku kepada seorang wanita yang pada mulanya berkasih dengan seorang lelaki. Han (bukan nama sebenar), masih dibangku sekolah ketika itu, menyintai seorang lelaki yang dianggap abang. Namun dia yang menyangka panas hingga ke petang, tanpa duga hujan turun di tengah hari.
Selepas ditinggalkan setelah dia menyerahkan segala-galanya kepada insan yang dicintai, dia mengaku kadang-kadang tertekan sehingga ingin membunuh diri.
Kerana terlalu membenci masa silamnya, dia tekad ingin melupakan kisah silam dan mengubah identitinya sehingga dia memilih jalan hitam ini.
Bergelumang dengan dosa dengan mengamalkan cara hidup songsang, dia mengaku telah terpesong jauh dan menyimpang disisi agama. Kini 10 tahun telah berlalu, dia masih lagi hidup dalam kepura-puraan dan mengaku menyesal dengan jalan hidup yang dipilih ini.
Semoga kisah Han menjadi pengajaran pada kita semua, semoga lebih ramai lagi golongan sebegini kembali ke pangkal jalan. Kita sebagai manusia memang tak lepas daripada membuat silap. Namun kehebatan kita yang sebenar adalah mengakui dan membetulkan kembali kesilapan tersebut. - CARI Infonet.
|
|