Suri Rumah Terkejut, Daging Dipotong Bergerak
Jun 30, 2015
China – Seorang wanita yang mahu memotong daging untuk dijadikan stik terkejut apabila mendapati daging itu seolah-olah masih hidup malah ia berdenyut-denyut.
Wanita itu, Cheng hanya menyedari mengenainya selepas sejam dia memotong daging tersebut.
“Ia kelihatan masih hidup seolah-olah ada cacing di dalam daging berkenaan tetapi apabila saya memotongnya, tidak ada pula cacing berkenaan,’’ katanya yang terkejut dengan keadaan tersebut.
Dalam pada itu, seorang pakar kesihatan binatang Ly Suwen berkata, daging itu bergerak disebabkan saraf yang tidak mati.
“Anda boleh yakin bahawa kepingan daging ini amat segera dan ia baru disembelih,’’ katanya.
Jelasnya, sistem saraf pusatnya telah mati tetapi hujung saraf di dalam otot masih bergerak dan ia akan terhenti dalam masa yang singkat.
Rakaman daging berkenaan yang bergerak telah dimuatnaik dalam Weibo dan ditonton lebih 11 juta kali.
Bagaimanapun jabatan kesihatan memaklumkan bahawa daging itu selamat untuk dimakan. – MYNEWSHUB.CC
ooo bru tau daging lembu pn cmni ye... slalu i tgk ikan je yg gerak2 wpun dh siang semua... dulu2 terkejut msa tgk pak mentua i dok siang ikan talapia hidup pstu ikan dok gerak2 lg msa nk masak tu...