View: 8919|Reply: 85
|
[Tempatan]
Rakyat Malaysia perlu bersedia hadapi cuaca lebih panas
[Copy link]
|
|
Edited by EJALTI at 1-7-2015 01:14 AM
Rakyat M'sia perlu bersedia hadapi cuaca lebih panas
6:22AM - 1 Jul 2015
http://www.malaysiakini.com/news/303617
Rakyat Malaysia perlu bersedia menghadapi cuaca lebih panas berikutan monsun barat daya yang sedang melanda negara ini.
Ketua pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), Datuk Che Gayah Ismail berkata musim monsun itu akan membawa cuaca panas dan kering, manakala musim kemarau diramalkan berlanjutan hingga September.
"Hanya terdapat sedikit hujan, terutama pada awal pagi di kawasan pantai dan kawasan di selatan Selangor," katanya kepada Bernama semalam sambil menjelaskan bahawa keadaan cuaca mungkin bertambah buruk serta mengakibatkan jerebu sekiranya terdapat pembakaran terbuka secara berleluasa.
Pemerhatian rambang di ibunegara semalam mendapati keadaan agak berjerubu, tetapi, menurut Che Gayah, keadaan itu mungkin kerana tiada hujan sejak beberapa hari lepas.
Beliau berkata ia bukan berpunca daripada aktiviti gunung berapi di Gunung Sinabung di Sumatra Utara, walaupun abu gunung berapi menuju ke arah tengah Semenanjung Malaysia dengan ketinggiannya ketika melalui Semenanjung adalah lebih 6,000 kaki.
Berdasarkan imej terbaru satelit Pusat Meteorologi Khas ASEAN (AMSC), tiada tompok panas dikesan di Semenanjung Malaysia, tetapi terdapat masing-masing dua di Sabah dan Sarawak.
Semakan dengan Jabatan Alam Sekitar mendapati kesemua 52 kawasan yang dibuat pemantauan kualiti udara di seluruh negara semalam menunjukkan Indeks Pencemaran Udara berada pada paras baik dan sederhana.
Sementara itu, presiden Persatuan Perubatan Malaysia Dr Ashok Philip berkata musim panas sekarang boleh mengakibatkan penyahhidratan sekiranya manusia banyak berpeluh dan tidak minum cukup air.
Katanya, keadaaan itu boleh berlaku walaupun mereka tinggal di tempat teduh, manakala keadaan lebih teruk akan menimpa mereka yang terdedah secara langsung kepada cahaya matahari.
"Apabila kadar penyahhidratan meningkat, seseorang yang terjejas akan mula berasa lemah, pening dan tidak menentu atau keliru kerana tekanan darah mula menurun dan suhu tubuh pula meningkat.
"Untuk sentiasa berada dalam keadaan sejuk dan bagi mengelak daripada masalah berkaitan haba, minumlah banyak air," katanya kepada Bernama melalui emel semalam, sambil menjelaskan bahawa mereka yang mengalami penyahhidratan perlu berpindah ke tempat sejuk dan minum banyak air.
"Beringatlah agar tidak meninggalkan seseorang dengan bersendirian di dalam kereta yang tidak bergerak dengan penghawa dinginnya ditutup dan tingkapnya pula tidak dibuka - suhu boleh meningkat dengan mendadak kepada lebih 50 darjah Celsius akibat kesan rumah tanaman," katanya.
Dr Ashok juga menasihati mereka yang berpuasa supaya sering minum air pada waktu malam dan menambah pengambilan bendalir sebelum memulakan puasa. Kata beliau, walaupun langkah itu mungkin menimbulkan keadaaan yang agak tidak selesa kerana boleh menyebabkan seseorang itu kerap ke tandas, tetapi itulah yang perlu dilakukan untuk terus berasa sejuk dan sihat.
- Bernama
[img][/img]
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Patut rasa macam low blood pressure je lately, bila nak bangun rasa pitam. Ayo amma. |
|
|
|
|
|
|
|
tu maknanya, tak lama lagi bertambah la kawasan yg takder air kat Selangor... |
|
|
|
|
|
|
|
dulu penah bawak kawan pegi jumpa doc sebab demam, doc nasihat utk hidratkan badan, jangan minum air kosong semata2, nanti dia keluar jadi air kencing sajork tak stay in the body, minum fruit juices ataupun air kosong campur garam sikit untuk penghidratan lebih lama.. so ai dah stock up orange juice no sugar added bebanyak kat fridge untuk minum taim berbuka n sahur |
|
|
|
|
|
|
|
bisnes cendol laku ni |
|
|
|
|
|
|
|
Sbb tu aku x boleh klua umah skang
aku hanya tgk dunia bila malam je
Hari2 yg aku terpaksa aku klua dr bangunan or umah
aku akan jd sgt2 letih n dehydrated
bibir aku sampai pecah2 n jadi pucat lesi
dahla aku mmg a bit anemic skang
Sampai laki aku soh aku berbuka jela tgk aku dah lemah longlai
aku tak nak.
aku tido jela pastu, makruh pun makruh ler..huk huk
siyes dulu2 tak terasa sgt panas camni.
|
|
|
|
|
|
|
|
Teruk la rumah aku kali ni. Dah la rumah bumbung zin. 24jam panas berbahang-bahang. Sekarang ni pun xleh tahan. |
|
|
|
|
|
|
|
Kat rumah ni stok revive xputus2
Plg sedap dgn tekak yg kering skrg |
|
|
|
|
|
|
|
dah 2 hari tdo dgn ekon...sblm ni psg kipas jah...habis la bil bln ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Bulan julai kan tiap tahun panas |
|
|
|
|
|
|
|
sejak puasa nie mmg panas melampau-lampau
duduk kat ofis sedap lh ader air-cond
time tak keja, 5-6 kali asyik mandi
tak tahan bdn melekit dek peluh |
|
|
|
|
|
|
|
kesan rumah tanaman gituh |
|
|
|
|
|
|
|
rumah tanaman tu apa jadahnya?
|
|
|
|
|
|
|
|
artikel itu tulis perenggan kedua terakhir
|
|
|
|
|
|
|
|
minum air kosong banyak2 untuk elakkan heatstroke
elakkan minum kafein sepanjang bulan puasa ni sbb sifatnya yang dieuretic..nanti mengulang toilet je..habis air dalam badan |
|
|
|
|
|
|
|
aku tau dlm artikel tu ada tulis.
tp persoalan dia apakah maksud rumah tanaman tu?
|
|
|
|
|
|
|
|
mm
mmg panassss
apa bala laaa kena kali ni
adoiii
regards |
|
|
|
|
|
|
|
Kita dlm ofis ni memg sejuk..bygkan org buat keja luaq...kesian tgk wey...
anak2 kat umah pun bepanas jugak...
aku salu kena dehidration sbb aku x suka mnum ayq masak ...so oral salt tu dah sedia utk dibancuh ... |
|
|
|
|
|
|
|
otai_g replied at 1-7-2015 10:57 AM
aku tau dlm artikel tu ada tulis.
tp persoalan dia apakah maksud rumah tanaman tu?
Kesan rumah hijau |
|
|
|
|
|
|
| |
|