VIDEO: Anggota Jabatan Kesihatan Diacu Parang Kerana Dikatakan Tidak Diberi Notis Semburan "Fogging"
Tersebar dilaman sosial hari ini sebuah video yang menunjukkan satu kejadian di mana anggota dari Jabatan Kesihatan telah diugut dengan diacukan parang ke arah mereka.
Berdasarkan keterangan yang disertakan dengan video berkenaan, kejadian dikatakan berlaku di Desa Baiduri Farlim, Paya Terubong,Ayer Itam, Pulau Pinang.
Kejadian yang berlaku semalam (1 Julai 2015) berpunca apabila lelaki berkenaan berang selepas pihak Jabatan Kesihatan didakwanya tidak memberikan sebarang notis awal untuk melakukan semburan asap basmi denggi (fogging).
Menurut keterangan, lelaki itu naik berang kerana semasa kejadian "fogging' berkenaan terdapat keluarganya masih berada di dalam rumah.
"Kalau terjadi apa-apa kepada anak saya kamu semua mahu tanggungjawab ka? bagitau la, mau tanggungjawab ka?" katanya sambil mengacu parang.
Berdasarkan keterangan juga, pihak Jabatan Kesihatan juga telah memberi notis kepada penduduk di apartment berkenaan pada pagi hari kejadian. - Siakapkeli.my
Post time 2-7-2015 11:49 AMFrom the mobile phone|Show all posts
krustykrab replied at 2-7-2015 11:47 AM
ehh...biasa kalau ada fogging, aku duk dlm rumah tutup pintu tingkap rapat2...tak bley ke?
Kena bukak la segala mala lobang pintu tingkap tu sis kalau x, asap nak masuk celah bedah mana. Nyamuk2 dalam rumah chuols senyum sinis jah tgok chuols membantu kelansungan idop koloni2 mereka hahaha
hahhah ye ke...alamak jahiliah benor iolss ni...
tp iolls tgk semua duk je dlm rumah x kuar2...ke semua kt tmn perumahan iolss pun jahiliah jugak...
maksudnya kalau diorg fogging, iolls kena bukak tingkap2 luas2 and bwk kete laju2 ke tempat lain la ye ...tak leh la nak stay situ sbb satu taman penuh asap