CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 17828|Reply: 51

tips semasa membeli tayar kereta

[Copy link]
Tiny^Cro This user has been deleted
Post time 5-2-2004 10:01 AM | Show all posts |Read mode
Cuba periksa tayar kereta kita, perhatikan di antara satu bunga tayar dengan satu bunga tayar terdapat satu penyambung. Sekiranya penyambung itu mempunyai ketinggian yang sama dengan bunga, maka mulalah mengumpul duit kerana tayar kita perlu di tukar dalam masa 3-4 bulan lagi. Apabila kita hendak membeli tayar terdapat beberapa perkara yang perlu kita ambil berat kerana ini melibatkan keselamatan.  

1. Mula-mula pilih saiz yang sesuai dengan keupayaan kereta kita. Kalau wira 1.3, dan kita hendak menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz rim 14 inci. kerana jika kita menggunakan saiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan yang tepat, kesemua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangkahayatnya dan yang paling penting, minyak akan lebih sedikit.

2. Selepas mendapat saiz yang sesuai, cuba perhatikan di bahagian tepi tayar. Terdapat satu rangkaian nombor yang seperti dicetak tenggelam ke permukaan tepi tayar. Sebenarnya rangkaian nombor ini memberikan kita maklumat mengenai tarikh tayar di kilangkan (minggu dan tahun) dan batch pengeluaran di kilang. Jadi apabila tayar tidak memenuhi spesifikasi , maka senang bagi pihak pengeluar menarik balik tayar di pasaran. Maklumat ini kita boleh gunakan untuk tujuan keselamatan. Mengikut piawaian tayar antarabangsa, tayar hanya boleh bertahan selama 2 tahun selepas di kilang (selepas tempoh itu getah tayar akan mati (keras) dan tidak selamt digunakan). Saya beri contoh rangkaian nombor yang ada 4001 bermaksud tayar tersebut di kilang pada munggu ke 40 tahun 2001 dan tarikh expired tayar tersebut sepatutnya minggu ke 40 tahun 2003. Jadi sekiranya kita dapat ada kedai yang menjual taayr degan harga yang luarbiasa murahnya, cuba periksa tarikh tayar tersebut di kilang, mungkin tayar tersebut adalah tayar yang telah tamat tempoh penggunaannya. Dari pengalaman yang pernah diceritakan kepada saya, tayar yang telah tamat tempoh ini akan lebih senang meletup semasa kelajuan tinggi.  

3. Tentang saiz tayar, cuba perhatikan rangkaian nombor dan huruf yang tercetak timbul di permukaan tepi tayar. Biasanya seperti contoh ini 205/50 VR 16 maksudnya, tayar itu mempunyai kelebaran 205 mm, ketebalan tayar (dari rim ke permukana jalan) adalah 50 % dari kelebaran 205 mm, dan untuk kegunaan rim bersaiz diameter 16 inci. Huruf VR bermaksud, tayar tersebut sesuai untuk kelajuan sehingga 240 km/j tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar. Sekiranya dipandu lebih dari kelajuan tersebut, sifat fizikal akan berubah dan besar kemungkinan tayar tidak lagi berfungsi dengan baik.
  
4. Tentang jenis tayar pula, kebanyakkan kita lebih suka memilih tayar import terutama dari Japan. Harganya lebih mahal dan dikatakan lebih lembut. Memang benar, tayar seperti michelin, yokohama, falken etc. lebih lembut kerana, tayar tersebut dibuat berdasarkan iklim sederhana yang kurang panas dan apabila digunakan di Malaysia yang sememangnya panas terik, tayar tersebut akan mempunyai jangkahayat yang pendek (cepat habis bunganya). Kebisingan tayar adalah bergantung kepada bunga tayar. Lebih senyap sesuatu tayar, maka lebih rapat bunga tayarnya dan tidak sesuai untuk permukaan jalan yang basah. Lebih bising tayar, lebih mencengkam dan sesuai pada permukaan yang basah. Jadi kalau kita hendakkan tayar yang senyap, kita terpaksa lebih berhati-heti semasa hujan.  

5. Tayar sepatutnya di tukar kedudukannya setiap 3 bulan. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang (untuk 4 tayar sama saiz). Lebih baik sekiranya tayar simpanan/ganti juga di masukkan ke dalam rotation tukaran tayar. Caranya, masukan tayar ganti ke kanan belakang, belakang kanan ke depan kanan, depan kanan ke belakang kiri, depan kiri ke dalam boot ganti, belakang kiri ke depan kiri. Semua rotation ini bergantung kepad jenis kereta, sistem pacuan dan sistem suspensi kereta.  

6. Jika kita perhatikan bunga tayar selepas beberapa lama. Bunga mula menghaus. Sekiranya kadar kehabisan bunga di bahagian tepi kiri kanan tayar lebih cepat berbanding di bahagian tengah, ini bermaksud selama tekanan tayar adalah kurang dari yang sepatutnya. Sekiranya bahagian tengah lebih cepat haus, maksudnya tekanan terlalu tinggi. Sekiranya haus di bahgian luar sahaja, tayar kita terlalu mencapah ke dalam dan jika haus bahgian dalam sahaja, tayar kita terlalu mancapah ke luar (alligment tayar perlu dibetulkan). Sekiranya bunga tayar yang haus tidak sekata (turun naik), maka absorber kita perlu diganti.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2005 12:55 PM | Show all posts

~ TIPS SEMASA MEMBELI TAYAR KETA ~

SALAMSS ALL....

Saya ingin kongsikan pengetahuan dan pengalaman saya mengenai tayar dan suku sakatnya.

Cuba periksa tayar kereta kita, perhatikan di antara satu bunga tayar dengan satu bunga tayar terdapat satu penyambung. Sekiranya penyambung itu mempunyai ketinggian yang sama dengan bunga, maka mulalah mengumpul duit kerana tayar kita perlu di tukar dalam masa 3 - 4 bulan lagi.


Apabila kita hendak membeli tayar terdapat beberapa perkara yang perlu kita ambil berat kerana ini melibatkan keselamatan.


1. Mula-mula pilih saiz yang sesuai dengan keupayaan kereta kita. Kalau wira 1.3, dan kita hendak menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz rim 14 inci. kerana jika kita menggunakan saiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan yang tepat, kesemua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangkahayatnya dan yang paling penting, minyak akan lebih sedikit.

  • 2. Selepas mendapat saiz yang sesuai, cuba perhatikan di bahagian tepi tayar. Terdapat satu rangkaian nombor yang seperti dicetak tenggelam ke permukaan tepi tayar. Sebenarnya rangkaian nombor ini memberikan kita maklumat mengenai tarikh tayar dikilangkan (minggu dan tahun) dan batch pengeluaran di kilang. Jadi, apabila tayar tidak memenuhi spesifikasi, maka senang bagi pihak pengeluar menarik balik tayar dipasaran. Maklumat ini kita boleh gunakan untuk tujuan keselamatan. Mengikut piawaian tayar antarabangsa, tayar hanya boleh bertahan selama 2 tahun selepas di kilang (selepas tempoh itu getah tayar akan mati (keras) dan tidak selamat digunakan). Saya beri contoh rangkaian nombor yang ada: 4001 bermaksud tayar tersebut dikilang pada minggu ke 40 tahun 2001 dan tarikh expired tayar tersebut sepatutnya minggu ke 40 tahun 2003.

    Jadi sekiranya kita dapati ada kedai yang menjual tayar degan harga yang luarbiasa murahnya, cuba periksa tarikh tayar tersebut di kilang, mungkin tayar tersebut adalah tayar yang telah tamat tempoh penggunaannya. Dari pengalaman yang pernah diceritakan kepada saya, tayar yang telah tamat tempoh ini akan lebih senang meletup semasa kelajuan tinggi.

  • 3. Tentang saiz tayar, cuba perhatikan rangkaian nombor dan huruf yang tercetak timbul di permukaan tepi tayar. Biasanya seperti contoh ini 205/50 VR 16 maksudnya, tayar itu mempunyai kelebaran 205 mm, ketebalan tayar (dari rim ke permukana jalan) adalah 50 % dari kelebaran 205mm, dan untuk kegunaan rim bersaiz diameter 16 inci. Huruf VR bermaksud, tayar tersebut sesuai untuk kelajuan sehingga 240 km/j tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar. Sekiranya dipandu lebih dari kelajuan tersebut, sifat fizikal akan berubah dan besar kemungkinan tayar tidak lagi berfungsi dengan baik.

  • 4. Tentang jenis tayar pula, kebanyakan kita lebih suka memilih tayar import terutama dari Jepun. Harganya lebih mahal dan dikatakan lebih lembut. Memang benar tayar seperti michelin, yokohama, falken etc. lebih lembut kerana tayar tersebut dibuat berdasarkan iklim sederhana yang kurang panas, tetapi apabila digunakan di Malaysia yang sememangnya panas terik, tayar tersebut akan mempunyai jangkahayat yang pendek (cepat habis bunganya). Kebisingan tayar adalah bergantung kepada bunga tayar. Lebih senyap sesuatu tayar, maka lebih rapat bunga tayarnya dan tidak sesuai untuk permukaan jalan yang basah. Lebih bising tayar, lebih mencengkam dan sesuai pada permukaan yang basah. Jadi, kalau kita hendakkan tayar yang senyap, kita terpaksa lebih berhati-hati semasa hujan.

  • 5. Tayar sepatutnya di tukar kedudukannya setiap 3 bulan. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang (untuk 4 tayar sama saiz). Lebih baik sekiranya tayar simpanan/ganti juga di masukkan ke dalam rotation tukaran tayar. Caranya, masukan tayar ganti ke kanan belakang, belakang kanan ke depan kanan, depan kanan ke belakang kiri, depan kiri ke dalam boot ganti, belakang kiri ke depan kiri. Semua rotation ini bergantung kepada jenis kereta, sistem pacuan dan sistem suspensi kereta.


  • 6. Jika kita perhatikan bunga tayar selepas beberapa lama, bunga mula menghaus. Sekiranya kadar kehabisan bunga di bahagian tepi kiri kanan tayar lebih cepat berbanding di bahagian tengah, ini bermaksud selama ini tekanan tayar adalah kurang dari yang sepatutnya. Sekiranya bahagian tengah lebih cepat haus, maksudnya tekanan terlalu tinggi. Sekiranya haus di bahagian luar sahaja, tayar kita terlalu mencapah ke dalam dan jika haus bahagian dalam sahaja, tayar kita terlalu mencapah ke luar (alignment tayar perlu dibetulkan). Sekiranya bunga tayar yang haus tidak sekata (turun naik), maka absorber kita perlu diganti.


    Sekian, terima kasih.:tq:


    [size=-2]Haku copy jer nieh.... -BabeYSHa-:bgrin:
  • Rate

    1

    View Rating Log

    Reply

    Use magic Report

    Post time 19-9-2005 02:01 PM | Show all posts
    Originally posted by BabeYSHa at 19-9-2005 12:55 PM
    SALAMSS ALL....

    Saya ingin kongsikan pengetahuan dan pengalaman saya mengenai tayar dan suku sakatnya.

    Cuba periksa tayar kereta kita, per ...

    huh.. pembetulan...

    1. 15" pong ok lagi.. tak rosak pong.. upgrade lar beb

    2. Jepun punya pengilangan dah tukar, sekarang depa prefer letak tarikh terus, dan bukannyer minggu. contohnyer kat tayar Falken, depa letak 090402, dimana tayar tu kuar 0th April 2002.

    3. Salah.. V bermaksud speed rating, manakala R plak tayar tu adalah jenis radial

    4. Tiffu lar.. haku pakai tayar yokohoma, falken.. pemanduan agak agresif, dalam 2 tahun memang habis. perlu diingatkan, tayar expired dalam masa 2 tahun. kalau pakai tayar keras kematu cam tayar Silverstone atau SimeX, memang sampai 4 tahun pong tak habis-habis lagi, tapi tayar tuh dah bahaya dan bleh meletup.. dah expired maa.. kekuatan radial ply pogn dah mengurang tahap giler babas..

    tayar semi slick bunga jarang, tapi senyap. dier bukan bergantung pada bunga jarang atau tidak semata-mata, tapi bergantung gak kepada pattern bunga, pattern bunga tu plak semua pakai research, sebab tu kompeni lain maner bleh cilok pattern urang lain.

    5. orang dah tak buat tukar-tukar nieh, sebab tayar high performance semua jenis single rotation dan telah dikhas utk belah kiri atau kanan sahaja. tak bleh suka-suka tukar..

    6. kalau tayar haus tak sekata, aper plak absorber.. tu balance dah out..

    Rate

    1

    View Rating Log

    Reply

    Use magic Report

    Post time 19-9-2005 06:23 PM | Show all posts
    nak ke aku bagi kredit kat ngko fast.... heheheh...

    reply jawapan ngko fast...
    1. alaaa... boh 17 pon takpe... bukan mintak duit ngko pon...

    2. date ngko tulih tu silap.. ada ke 0th April... ni bila punya tarikh ni.. .wakakaka...

    3. yeapp... R for radial...

    4. cheehhh... mentang2 aku pakai simex... nak kutuk aku le tuhh...

    5. boleh la fast... saper kata takleh rotate... aku hanto kedai soh keluarkan tayar dari rim... pastu pusingkan tayar then pasang balik.... dan pesanan aku selalu la anta wat balancing & alignment.

    bagi aku kalo nak speed kita akan hilang comfort... sebab aku tak jumpa lagi tayar yg betoi2 offer both... selain malaysian made, aku dah cuba falken / yokohama / bridgestone & continental... tak tahu la kalo michelin best giler... nankang & fungkeong yg tak penah cuba lagi... kehkehkeh...
    Reply

    Use magic Report

    Post time 19-9-2005 07:06 PM | Show all posts
    ni copy paste mane nih??
    Reply

    Use magic Report

    Post time 20-9-2005 08:51 AM | Show all posts
    Originally posted by ryo_takahashi1 at 19-9-2005 06:23 PM
    nak ke aku bagi kredit kat ngko fast.... heheheh...

    reply jawapan ngko fast...
    1. alaaa... boh 17 pon takpe... bukan mintak duit ngko pon...

    2. date ngko tulih tu silap.. ada ke 0th April... ...

    silap taip lar.. wakakak...

    kalau jenis single rotation tak kira side memang buleh, tapi kalau jenis single rotation, tapi left atau right hand side jer.. tak bleh lar ryo..  tayar jenis nie MICHELIN banyak.. dier punya pattern belah kira dier bunga lain, belah kanan dier bunga lain..  jenis tayar orang kaya.. mahal nak mampus.. lebih mahal dari tayar AD-07 ADVAN haku..

    heheh.. tayar ko kira ok lar lagi, Sime Astar, nie SimeX woo.. lagi keras kematu dari Sime Astar..
    Reply

    Use magic Report

    Follow Us
    Post time 20-9-2005 01:21 PM | Show all posts
    Originally posted by ryo_takahashi1 at 19-9-2005 06:23 PM
    nak ke aku bagi kredit kat ngko fast.... heheheh...

    reply jawapan ngko fast...
    1. alaaa... boh 17 pon takpe... bukan mintak duit ngko pon...

    2. date ngko tulih tu silap.. ada ke 0th April... ...

    ryo...ko test dulu seme tayar pass tu mukak thread...bagi tau mana yang best ngan kete ko...:cak:
    Reply

    Use magic Report

    Post time 21-9-2005 11:04 AM | Show all posts
    tayar... oOo tayar...
    kt maner laa nk carik tayar 205/40/17 memurah arr...??
    Reply

    Use magic Report


    ADVERTISEMENT


    Post time 21-9-2005 11:09 AM | Show all posts
    Originally posted by Versace at 21-9-2005 11:04 AM
    tayar... oOo tayar...
    kt maner laa nk carik tayar 205/40/17 memurah arr...??


    205/40/17... sendiri mau ingat aaa..... nak murah kalu cari 2nd laa....
    Reply

    Use magic Report

    Post time 21-9-2005 02:18 PM | Show all posts
    Originally posted by EdisiSesat@Cari at 21-9-2005 11:09 AM


    205/40/17... sendiri mau ingat aaa..... nak murah kalu cari 2nd laa....


    tu laa psl... x kesah arr 2nd pon 2nd laaa... tp kt mane?
    Reply

    Use magic Report

    Post time 21-9-2005 06:51 PM | Show all posts
    aku tak rekemen 2nd hand nih... bahya wooo... ibarat letak nyawa kat tayar tu...
    kat kelang tu murah... byk kedai adaaa... ujung minggu rajin2 le datang situ... aku tak perasan pulak utk siri 205.. aku pakai 215/40/17... kalo kat kelang tak sampai pun RM200 sebijik... tapi kalo nak branded seniri mau ingat la...
    Reply

    Use magic Report

    Post time 22-9-2005 09:13 AM | Show all posts
    tak sampai RM200...apa nama kedai dia..kedai kayu ke?
    Reply

    Use magic Report

    Post time 22-9-2005 09:16 AM | Show all posts
    Originally posted by rainforest at 22-9-2005 09:13 AM
    tak sampai RM200...apa nama kedai dia..kedai kayu ke?

    nama kedai.. haku pong tak tau.. dah glemer dengan jolokan nama kedai kayu.. kalau terbakar tu, kompom ratus ribu rugi tokeh kedai tu..
    Reply

    Use magic Report

    Post time 22-9-2005 09:42 AM | Show all posts
    Originally posted by BabeYSHa at 19-9-2005 12:55 PM
    SALAMSS ALL....

    Saya ingin kongsikan pengetahuan dan pengalaman saya mengenai tayar dan suku sakatnya.

    Cuba periksa tayar kereta kita, per ...


    good information!!
    Reply

    Use magic Report

    Post time 22-9-2005 03:23 PM | Show all posts
    Originally posted by Fast-N-Furious at 22-9-2005 09:16 AM

    nama kedai.. haku pong tak tau.. dah glemer dengan jolokan nama kedai kayu.. kalau terbakar tu, kompom ratus ribu rugi tokeh kedai tu..


    seperti yg dah aku maklumkan kedai kayu tu dah tak ujud... dah pindah kedai besau... kedai kaler oren.... tapi tak best sgt la kedai tu...
    Reply

    Use magic Report

    Post time 23-9-2005 08:44 AM | Show all posts
    Originally posted by ryo_takahashi1 at 22-9-2005 03:23 PM


    seperti yg dah aku maklumkan kedai kayu tu dah tak ujud... dah pindah kedai besau... kedai kaler oren.... tapi tak best sgt la kedai tu...

    naper tak best?? berikan seploh sebab... (cam iklan X-paX)
    Reply

    Use magic Report


    ADVERTISEMENT


    Post time 23-9-2005 10:05 AM | Show all posts
    baru jek kita ganti tayar depan dua bijik. cita2 nak pegi kedai kat kelang tu la.. tapi takde masa la. adakah kedai tu bukak hari ahad?
    Reply

    Use magic Report

    Post time 23-9-2005 10:41 AM | Show all posts
    sekarang ni byk kedai2 tayar kat klang tu bukak hari ahad... demand tinggi....
    Reply

    Use magic Report

    Post time 23-9-2005 12:20 PM | Show all posts
    makacih........

    nih tgh kumpul duit nak tukau tayar la nih........
    Reply

    Use magic Report

    Post time 23-9-2005 02:28 PM | Show all posts
    Originally posted by Fast-N-Furious at 23-9-2005 08:44 AM

    naper tak best?? berikan seploh sebab... (cam iklan X-paX)


    10 sebab naper tak best... hhhhmmmm

    1. jauh dari umah aku
    2. jalan jem
    3. kena bayar tol
    4. takde amoi cun
    5. layanan kurang sebab terlalu ramai org
    6. alignment tak ok (ada ke test keta kat lorong belakang kedai yg lekuk2 tu)
    7. harga tak telus (terjadi pada yg beli one set rim & tyre)
    8. kena Q, sebab byk keta
    9. tak suma brg offer harga terendah, ada tayar @ rim kedai berhampiran lagi murah
    10. sementara menunggu kedai nak makan2 takde. yg ada kedai makcik seberang jalan tu, tapi tak sedap sgt.

    cukup seploh sebab... aku nak kacang cap tangan fast... hehehehe...

    Rate

    1

    View Rating Log

    Reply

    Use magic Report

    You have to log in before you can reply Login | Register

    Points Rules

     

    ADVERTISEMENT



     

    ADVERTISEMENT


     


    ADVERTISEMENT
    Follow Us

    ADVERTISEMENT


    Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

    29-3-2024 06:52 PM GMT+8 , Processed in 0.098979 second(s), 52 queries .

    Powered by Discuz! X3.4

    Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

    Quick Reply To Top Return to the list