CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14703|Reply: 116

[Tempatan] Layanan istimewa buat Rosmah

[Copy link]
Post time 3-7-2015 04:29 PM | Show all posts |Read mode
Layanan istimewa buat Rosmah
FMT Reporters
| July 3, 2015


Beberapa orang tetamu yang berada di situ turut menyaksikan tingkah laku anggota polis wanita berkenaan terhadap Rosmah


VIDEO INSIDE



PETALING JAYA: Sebuah video yang menunjukkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mendapat layanan istimewa apabila beliau dipakaikan kasut oleh seorang anggota polis mendapat perhatian di media sosial.
Difahamkan, visual itu diambil pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri bersama Media yang turut dihadiri Datuk Seri Najib Tun Razak dan berlangsung di Kompleks Media Karangkraf di Shah Alam pada Khamis.
Menerusi video yang berdurasi 31 saat itu, seorang wanita yang merupakan anggota polis dilihat memakaikan kasut ke kaki Rosmah yang ketika itu berdiri di pintu.
Beberapa orang tetamu yang mengiringi turut menyaksikan tingkah laku anggota polis berkenaan terhadap isteri Perdana Menteri itu yang hadir ke majlis tersebut dengan mengenakan pakaian berwarna merah.
Selepas memakai kasut, Rosmah kemudiannya beredar dari situ dengan menaiki sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang telah diubah suai menjadi `buggy’.
Pengguna Facebook menggunakan nama Yusry Danie yang memuat naik video tersebut menulis status;
“Nak tya sikit…Si tukang pemakai kasut tu… mahai ka gaji dia? Sampai macam tu sekali layanan pada seorang PM.
“Bersangka baik – dia tengah halau semut pada kain dan betulkan kainnya,” tulisnya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2015 04:31 PM | Show all posts
tu body guard dia laaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2015 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana video? Nak tengok rupa Perodua Kancil diubahsuai menjadi buggy
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2015 04:34 PM | Show all posts
Takde video.
Kalau yg pakaikan kasut tu sukarela jiwa raga lantak pi la...
Cuma kalau diarahkan berbuat begitu... adalah sesuatu yg tak wajar
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2015 04:36 PM | Show all posts
siti hasmah dulu ada camni tak?
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2015 04:37 PM | Show all posts
rosmah gemuk... tak boleh tunduk pakai kasut... kena la mintak tolong..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-7-2015 04:37 PM | Show all posts
itu inang dialah.   dulu, kak ros gi melawat rumah kg morten, panas berpeluh peluh, tisu lap muka dia buang bersepah sepah..inanglah yang tukang kutip
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2015 04:38 PM | Show all posts
ala korang bising je...klu mengandung nak ketip kuku kaki susah...so mintak cik suami ketipkan...sama jugak kenapa tak tanya berapa mahal bayar gaji cik suami...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2015 04:38 PM | Show all posts
bersangka baik
dia nk tunduk pakai kasut
terganggu dek perut

mungkin wanita itu dlm tugas dia termasuklah 'memakaikan kasut kepada isteri PM'

Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2015 04:39 PM | Show all posts
kecimpret replied at 3-7-2015 04:36 PM
siti hasmah dulu ada camni tak?

zaman siti hasmah manade viral2 ni sumer..


~Pencinta Mak Mah
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2015 04:39 PM | Show all posts
pitenahhhhhhhhhhhhhhh

kata wong mah chai
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2015 04:39 PM | Show all posts
mana bideo.. ?
takde pun..
tipu arr..
we want bideo! we want bideo!
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2015 04:40 PM | Show all posts
harkktuih replied at 3-7-2015 04:39 PM
zaman siti hasmah manade viral2 ni sumer..

zaman pak lah ada tak?



Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2015 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Bersangka baik, Kak Mah tak boleh bongkok, maybe terlalu kenyang....
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2015 04:42 PM | Show all posts
kecimpret replied at 3-7-2015 04:36 PM
siti hasmah dulu ada camni tak?

kompom takde.... dlm sejarah bini pm ahkak pinky cute ni la paling dibenci...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2015 04:42 PM | Show all posts
bidio mana bidio...? takda bidio takmo purcaya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2015 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Hidup wanita!!! Ingat jadi bini menteri kena menikus baru disukai?
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2015 04:44 PM | Show all posts
dino replied at 3-7-2015 04:42 PM
kompom takde.... dlm sejarah bini pm ahkak pinky cute ni la paling dibenci...

orang sayang dia sebenarnya bkn benci..tu yg amik berat segala tingkah laku beliau
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2015 04:45 PM | Show all posts

pun takde..zaman najib je org jaki dengan kejayaan beliau laki bini..

~Kelab Peminat Mati Keras Mak Mah
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2015 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
dino replied at 3-7-2015 04:42 PM
kompom takde.... dlm sejarah bini pm ahkak pinky cute ni la paling dibenci...

Pinky cute? Apasal aku terbayang grafik yang lain? Hahahahahaha...!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:38 AM GMT+8 , Processed in 0.123090 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list