CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8618|Reply: 56

[Tempatan] Hudud Bukan Hukuman Untuk Pesalah Rasuah

 Close [Copy link]
Post time 5-8-2015 07:38 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Alion at 6-8-2015 12:51 AM

Hudud bukan hukuman untuk pesalah rasuah

SHAH ALAM – Hukuman terhadap pelaku rasuah bukan potong tangan seperti perbuatan mencuri mengikut hukum hudud sebaliknya diadili melalui hukum ta’zir.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, meskipun perbuatan menerima dan memberi rasuah itu salah namun, mencuri tetap menerima hukuman lebih berat kerana mengambil harta orang lain tanpa kerelaan pemiliknya.

“Adakah rasuah termasuk dalam mencuri? Tidak. kerana mencuri ada takrif. Ulama takrifkan mencuri adalah mengambil harta orang secara senyap tanpa pengetahuan tuannya dari tempat simpannya. Itu mencuri.

“Rasuah ini takrifnya lain. Itu kerana kita mahukan sesuatu daripada pihak yang berkenaan. Kita bayar, sogokan pada dia. Itu rasuah. Maka, hukumnya lain. Kedua-duanya salah,” katanya ketika menjawab soalan penonton pada program ‘Hudud Dari Kaca Mata Hadi’ dalam program Bicara Minda anjuran Sinar Harian, di sini, semalam.?

Mengulas lanjut, beliau berkata, perbuatan mencuri lebih teruk daripada rasuah kerana rasuah itu diberi dengan persetujuan pemberi.

“Di mana kita menganggap mencuri itu penyakit masyarakat yang tidak ada ubat melainkan dengan ini sahaja kerana individu yang mencuri ini mengambil harta orang dengan cara yang mudah. Ambil titik peluh orang. Mengikut Islam, tidak ada ubat lain.

“Mencuri ini, parahnya mengambil harta orang lain, daripada simpanan orang itu...yang lebih teruk daripada rasuah. Rasuah ini yang tukang beri rasuah reda tapi Tuhan tak reda. Dua-dua itu salah belaka. Yang mencuri ini tidak. Tuannya tidak reda hartanya diambil. Sebab itu hukuman kepada pencuri sangat keras,” katanya.

Menurutnya, hukuman penjara yang dikenakan mengikut undang-undang sekarang ini tidak menyelesaikan masalah pencuri malah mereka akan mengulang kembali perbuatan tersebut selepas dibebaskan.

“Islam mengatakan ubatnya potong tangan. Undang-undang yang ada hari ini, penjara. Apabila dipenjara, mereka makan percuma. Kemudian keluar, duduk di luar susah katanya. Mencuri balik. Itu yang pertama.

“Kedua, apabila dipenjara, isteri dan anaknya siapa yang jaga? Tidak ada. Menyebabkan jadi gejala sosial pula. Kalau potong tangan, dia akan di rumah, ada jaminan daripada kerajaan beri kerja untuknya yang munasabah.

“Ketiga, apabila dia dipenjara, dia bertemu 100 pencuri lain...dia buat seminar dalam penjara. Bertukar fikiran,” katanya.


http://www.sinarharian.com.my/nasional/hudud-bukan-hukuman-untuk-pesalah-rasuah-1.382505

Alion komen:
Curi 1 ribu kena hudud potong tangan (dicacatkan). Rasuah 1 bilion kena hukum takzir penjara 30 tahun (tak cacat). Sangat tak adil kan.

Dikatakan non-muslim tak kena hudud. Non-muslim rasuah 1 bilion kena hukum civil penjara 30 tahun (tak cacat). Muslim curi 1 ribu kena hudud potong tangan (dicacatkan). Sangat tak adil kan.


Hukum yg tak adil bercanggah dengan konsep Islam utamakan keadilan. Jadi hukum Quran pun bila menyebabkan tak adil wajib kita tolak. Jangan jadi golongan yg zalim. Betul tak.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2015 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Kerajaan bagi kerja kepada org yg dipotong tangan? Yang cukup sifat pun berebut post kosong dalam gomen..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 07:55 AM | Show all posts
so..klau rasuah hukuman camner lak..

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 08:12 AM | Show all posts
confirm pemakan rasuah gumbira
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 08:16 AM | Show all posts
hudud versi agama bijan
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 08:35 AM | Show all posts
Wow...klu mcm tu selamatla Najib and the gang...kne denda je tak kne potong tangan
Alhamdulillah...sebab tu saya suka Hadi bak kata Najib
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-8-2015 08:39 AM | Show all posts
sesaja nak cari pasal ... buat2 tak nampak plak hukuman bagi pesalah rasuah . memang sengaja . Hanya Allah sahaja yang tahu apa matlamat tt buat tajuk thread begitu?

hukum ta'zir tuh buat2 tak nampak.... inilah sikap manusia...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 08:44 AM | Show all posts
seboleh mungkin nak menampakkan perundangan islam itu buruk d mata manusia .....  tapi tetap  nampak  keadilan  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2015 09:08 AM | Show all posts
lohhhh...kalu rasuah pulis trapik 50 hinggit tepi jalan tu memang lah atas dasar persetujuan pemberi penerima secara bersama dan duit yg dibagi itu dah mmg duit dia
tapi kalu dah libatkan elemen salahgunakuasa guna, dan duit yg jadi habuan rasuah itu datang dari dana awam, (misal dgn cara naikkan nilai pembelian/projek yg berlipat kali ganda sbb nak kaver nilai rasuah ehhh derma atas jasa baik luluskan tender), itu dah bukan atas dasar persetujuan pemberi dgn penerima dah sbb pemilik yg sebenar harta itu adalah rakyat  

takkan nak hukum lebih ringan dari pencuri setin milo kat supermarket?
mestilah hukumannya lebih berat, sbb melibatkan kecurangan dlm memegang amanah dlm pengurusan harta pihak lain ie rakyat
rakyat tak redho
bila tak redho, maknanya mencuri lah tuh
duhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 09:20 AM | Show all posts
nak kena belajar bab muamalah plak ker?
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 09:28 AM | Show all posts
sedangkan hudud tuh hanyalah sebahagian sahaja dari perundangan islam . masalah apa sebenarnya nih? ... ada lagi hukuman2  kepada pesalah2 dalam perundangan islamkan? ... kenapa ?

kalau buat salah , dalam mana perundangan pun takkan lepas. so jika perundangan sekarang kena  10 thn penjara ,  jika perundangan islam pun, pemimpin boleh jer kalau nak buat 20 thn penjara. tapi ianya tetap bukan dalam kategori  hukum  hudud itu sahaja .

so nak suruh hukuman  tuh masuk dalam hukum hudud juga ker?
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 09:28 AM | Show all posts
eh eh tetibe setuju plak org kene potong tangan ??? bukan kejam ke ??
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 09:34 AM | Show all posts
apa2 pun  itu apa yg aii paham ... kalau ada pemahaman selain dari itu .. silakan ....
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
hzln replied at 5-8-2015 09:08 AM
lohhhh...kalu rasuah pulis trapik 50 hinggit tepi jalan tu memang lah atas dasar persetujuan pemberi ...

itu dipanggil merompak rakyat. dilakukan secara senyap2 tanpa persetujuan rakyat juga.

PAS yg kena hijack ni, makin lama makin tak betul
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Hudud tu salah 1 hukum islam..tu kan dia cakap guna ta'zir...xreti baca ke apa? Xde terlepas punya...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Amek dana kerajaan yg diambil dri cukai yg dikenakan kpd rakyat marhaen tu bukan dikira mencuri ke? Kenyataan bimbo yg xkena masa dan tempat bilamana rakyat tgah marah dgan songlap duit oleh bijan. Jangan nampak beking bijan sgat la hadi oii buat malu nama islam je ::
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2015 09:42 AM | Show all posts
Patutlah Najib suka Quote kata-kata Hadi sekarang. Last2 PAS sendiri keliru dengan takrif hudud? Islam mementingkan keadilan..Jika hudud takrifan PAS tidak mampu menegakkan keadilan, baik lupakan saja.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 10:20 AM | Show all posts
Pi ulas hukum org mencuri wakpe..
Ulas la hukum rasuah..sementara isu rasuah tgh hot skang..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 10:59 AM | Show all posts
dodolgemok replied at 5-8-2015 09:36 AM
Amek dana kerajaan yg diambil dri cukai yg dikenakan kpd rakyat marhaen tu bukan dikira mencuri ke?  ...

itulah, mmg tak patut hadi kluarkan kata2 sedemikian rupa pada masa amarah rakyat tengah membuak2 tika ini, buat mengundang salahtafsiran orang saja, org tgh marah mmg lebih cenderung utk pikir yg bukan2
kalu dikeluarkan pada tika negara tak hadapi sebarang skandal menyonglap yg berskala besar sebegini mungkin orang mampu berfikir secara lebih tenang dan rasional dan takkan kaitkan dgn apa2 perkara atau mana2 individu
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 11:14 AM | Show all posts
Alion pula kene hudud ye
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:02 AM GMT+8 , Processed in 0.064146 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list