CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Alion

[Tempatan] Hudud Bukan Hukuman Untuk Pesalah Rasuah

 Close [Copy link]
Post time 5-8-2015 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
bukan kena hukum gak ke wpun bukan hudud.  ntah2 hukum guna takzir tu lg menakutkan dari hudud
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2015 07:08 PM | Show all posts
otak cacat mempenrintah negara ini
hari ini satu us dollarsudah  boleh tukar 3.88ringgit

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
mommymonster82 replied at 5-8-2015 09:36 AM
Hudud tu salah 1 hukum islam..tu kan dia cakap guna ta'zir...xreti baca ke apa? Xde terlepas punya.. ...

Ko tanya tt bangang tu, kalu mencuri di malaysia keslahan bawah kanun keseksaan.. Tapi kenapa rasuah bawah Akta Pencegahan Rasuah plak? Knp bukan bawah Kanun Keseksaan?

Nati kalu dia bagi jawapan, ko buleh pulang paku buah keras kat dia pakai jawapan dia balik...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Sujud syukur puak2 tu bile dgr geng2 lobai kate mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
namirulmukminin replied at 5-8-2015 07:15 PM
Ko tanya tt bangang tu, kalu mencuri di malaysia keslahan bawah kanun keseksaan.. Tapi kenapa rasu ...

Hahahaha... betul sgt apa u cakap ni...lawyer taulah bab2 ni...... ramai pulak tu yg main komen ja tanpa baca... nampak sgtlah main hentam  jer tanpa ilmu  last2 menunjukkan kejahilan sendiri..baca dulu apa dia undang2 islam..berapa jenis....
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mommymonster82 at 5-8-2015 07:59 PM

Nahlah untuk yang malas mencari....



Penerangan Hudud ta'zir dan qisasUstaz Fathul Bari Mat Jahya

Apabila kita faham dan kenal barulah kita ada rasa kasih dan sayang. Apabila ada rasa kasih dan sayang barulah ada keinginan untuk mengikuti dan melaksanakan.

Kita tidak memberi kefahaman kepada masyarakat tentang hukum Allah, apabila bercakap sahaja tentang hukum ini, kita asyik bercakap tentang mencuri hukumnya potong tangan. Betul, mencuri hukumnya potong tangan, tetapi kita tidak menceritakan mencuri yang bagaimana, berapa kadar curinya, nilai barang yang dicuri, kadar potong tangan, kaedah pembuktian, dan saksinya bagaimana? Itu semua kita tidak tahu, yang kita tahu hanyalah mencuri hukumnya potong tangan.

Bagi yang telah berkahwin dan berzina, umum mengetahui hukumannya adalah rejam sampai mati. Namun bagaimana kaedah merejam? Siapa yang sanggup merejam? Kalau pada zaman Nabi SAW, orang yang dihukum akan tanam separuh badan dan dibaling dengan batu. Sekarang ini siapakah yang sanggup membaling batu dekat orang sampai mati?

Kerana itulah kita perlu membincangkan kaedah perlaksanaannya. Yang banyak dibincangkan pada hari ini adalah tentang hukuman itu sendiri. Kita tidak ceritakan kepada orang ramai tentang keindahan hukum ini, jadi bagaimana orang ramai hendak menerimanya?

Sebab itu kita katakan kepada teman-teman kita tidak kira Muslim atau non-Muslim, kita tanyakan, tahu atau tidak tentang hukum ini? Jika tidak tahu, jangan pandai-pandai menolak, menghina, atau menyindir hukum ini. Datanglah kepada kami untuk kami ceritakan tentangnya.

Qisas

Qisas merupakan hukum Allah, yakni hukum balas balik. Firman Allah SWT di dalam Al-Quran,

               

“Dan Kami telah tetapkan terhadap mereka di dalamnya (Taurat) bahawasanya nyawa (dibalas) dengan nyawa, mata dengan mata, hidung dengan hidung, telinga dengan telinga, gigi dengan gigi, dan luka luka (pun) ada qishashnya.” (surah Al-Maidah, 5 :45)

Hukuman ini bukan dilaksanakan oleh orang yang disakiti. Ia dilaksanakan oleh pemerintah. Jika diberi kepada orang yang disakiti membalasnya, mungkin dia akan membalas secara berlebihan.

Pernah berlaku di Saudi, bergaduh dua orang Arab daripada Mesir. Seorang daripada mereka menyimbah asid ke muka kawannya sehingga matanya jatuh dan buta sebelah. Jadi untuk melaksanakan hukum qisas, mahkamah memanggil kedua belah pihak, dan setelah cukup pembuktian, cukup saksi dan sabit kesalahan, mahkamah bertanya dahulu kepada orang yang buta matanya, adakah dia mahu memaafkan pelakunya.

Lelaki yang buta matanya berkata dia ingin memaafkan tetapi kabilahnya tidak mahu memaafkan, dibimbangi jika lelaki ini pulang ke Mesir, kabilahnya akan membunuhnya. Maka dilaksanakan hukum qisas ke atas lelaki ini.

Ini kerana hukum qisas merupakan hukuman yang Allah berikan pilihan kepada mangsa sama ada mahu membalas balik atau memaafkan.

Bagaimana kaedah pelaksanaannya? Bukan mencungkil mata si pesalah. Bukan dengan mengambil benda tajam dan menikam matanya, bukan dengan menuang balik asid ke wajahnya. Tidak. Tetapi si pesalah dibawa ke hospital dan doktor yang akan membuat pembedahan dan mengeluarkan matanya. Begitulah kaedah hukum balas balik, dan hukuman hanya dilaksanakan melalui kaedah-kaedah pembuktian, bukan sesuka hati.

Di internet pernah tersebar video pencuri skrap getah ditangkap dan dibelasah habis-habisan oleh penduduk kampung, dipukul, diterajang dan sehingga dilekatkan kaki pencuri kepada ekzos motor yang panas. Adakah ini yang Islam kehendaki? Berapa ramai peragut yang ditangkap oleh orang awam dan dibelasah sehingga lembik dan patang tulang? Adakah itu hukum yang Islam kehendaki.

Pernah ditangkap di negeri sebelah utara pasangan berzina di mana lelaki itu berzina dengan isteri orang. Ditangkap dan dipukulnya sehingga mati. Sedangkan hukum Islam bagi orang yang belum berkahwin adalah disebat. Ini yang kita cuba fahamkan tentang hukum Islam. Hukum Islam bukan sekadar tangkap dan balun, tangkap dan potong tangan. Sebab itu kata Allah di dalam Al-Quran,

        

“Dan dalam qisas itu adalah kehidupan bagimu, wahai orang-orang yang berfikir, supaya kamu bertakwa.” (surah Al-Baqarah, 2: 179)

Seorang tokoh ulama terkenal, Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin ditanya tentang ayat ini, bagaimana qisas dikatakan kehidupan sedangkan orang yang membunuh dibalas balik dengan hukum bunuh, maka ramailah yang akan mati. Jadi mengapa Allah sebutkan di dalam Al-Quran, di dalam qisas itu ada kehidupan?

Kata Syaikh, sesungguhnya indahnya bahasa Al-Quran, indahnya hukuman Allah SWT, apabila pesalah yang cukup syarat, cukup bukti, cukup saksi itu dibunuh, ia akan mengurangkan kadar jenayah kerana dua perkara; pertama – si pembunuh telah tiada, kedua – orang lain takut untuk membunuh. Sebab itulah ia boleh mencambahkan dan memperbanyakkan kehidupan.

Ta’zir

Ta’zir adalah salah satu hukum daripada hukum-hukum Allah. Ta’zir adalah satu undang-undang yang Allah SWT berikan keistimewaan kepada pemimpin atau pemerintah Islam yang sah untuk berhukum dengannya, bergantung kepada keperluan dan kemaslahatan.

Saya bawakan contoh judi. Judi Allah hina di dalam Al-Quran, Nabi SAW hina di dalam hadis. Bahkan di dalam mana-mana agama lain, semua mengkritik dan mengutuk kaki-kaki judi. Tetapi di dalam Al-Quran dan hadis sendiri tidak dinyatakan perlaksanaan hukuman tertentu ke atas kaki judi. Maka ia bergantung kepada pemerintah. Kalau pemerintah melihat dalam negaranya mungkin hanya 1% yang bermain judi, mungkin hukuman yang diberi tidak terlalu berat. Tetapi kalau dalam satu negara, 80% adalah kaki judi, dia mungkin akan meletakkan hukuman yang berat.

Contoh lain adalah rasuah. Nabi SAW menyebut di dalam hadis,

     

Ertinya: “Allah melaknat orang yang merasuah dan penerima rasuah dalam hukum.” (riwayat Ahmad dan lainnya)

Tetapi wujudkah hukuman tertentu yang Allah tetapkan bagi orang yang terlibat dalam rasuah? Tidak, Nabi pun tidak pernah menyebutnya. Jadi hukuman yang tidak dinyatakan oleh Allah dan Rasul seperti ini tidak boleh dikatakan hukum hudud, ia kembali kepada ta’zir, kembali kepada kecerdikan pemimpin untuk menentukan kadar hukuman sesuai dengan keperluan.

Sebab itu kalau kita lihat dalam sebuah negara luar, ada yang mencadangkan sampai rasuah dikenakan hukuman bunuh. Kalau kadar rasuah sangat membimbangkan, pelaksanaan hukuman rasuah yang berat perlu dilaksanakan. Sebab itu keluarlah satu kaedah yang ulama sebut,

   

“Tindakan pemerintah ke atas rakyat bergantung kepada kemaslahatan.”

Contoh lain adalah money laundering. Duit yang didapatkan dari aktiviti haram di luar sana yang hendak dibawa masuk ke negara kita tidak dibolehkan. Kemudian ia masuk secara haram dan ditangkap. Adakah apabila hukuman ini tidak dinyatakan di dalam Al-Quran, maka pesalah dilepaskan?

Judi dalam bola sepak, tidak ada di dalam Al-Quran dan hadis. Perniagaan menjual manusia, pendatang asing tanpa izin dan sebagainya, perkara seperti ini apabila tiada hukumannya di dalam Al-Quran maka ianya dipindahkan kepada kebijaksanaan pemimpin untuk menentukan hukuman, inilah yang dinamakan ta’zir.

Diyah (Diyat)

Diyah adalah satu topik khusus yang dipanggil ganti rugi. Contohnya, kemalangan jalan raya, seorang melanggar secara tidak sengaja, maka dia perlu membayar ganti rugi. Bunuh secara tidak sengaja, kalau menurut perundangan Islam, dia perlu membayar ganti rugi.

Diyah ini ada keterikatan dengan hukum balas balik. Dalam kes kecederaan mata seperti yang disebut awal tadi, sekiranya orang yang dicederakan memaafkan pelakunya, orang yang melakukan kecederaan tersebut harus membayar ganti rugi.

Semua perkara ini ada disebut oleh Nabi SAW; mata kena bayar berapa, tangan kalau putus kena bayar berapa, kepala kalau pecah kena bayar berapa, kalau kena tulang kena bayar berapa, kala
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-8-2015 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambungan.....
Semua perkara ini ada disebut oleh Nabi SAW; mata kena bayar berapa, tangan kalau putus kena bayar berapa, kepala kalau pecah kena bayar berapa, kalau kena tulang kena bayar berapa, kalau terkopak kena bayar berapa, semuanya telah diceritakan secara detil di dalam hadis-hadis Nabi SAW.

Hudud

Berbalik kepada topik utama kita iaitu hudud. Hudud berasal daripada perkataan arab al-had (batasan). Bawa kereta pun ada had laju, pergaulan lelaki dan wanita juga ada had dan batasan. Dalam berbicara dan berkata-kata juga ada had dan batasan. Filem hina Nabi, itu sudah melampaui had dan batasan yang dibenarkan. Maka dalam setiap urusan kehidupan seorang muslim, ada had yang perlu dipatuhi.

Dalam Al-Quran, apabila Allah SWT menceritakan tentang pembahagian harta pusaka, setelah Allah menceritakan semuanya secara detil, Allah berfirman,

   

Ertinya: “Itulah batasan-batasan Allah, maka janganlah kamu melampauinya.” (surah Al-Baqarah, 2: 230)

Maka itu maksud asal perkataan had. Apabila kita katakan hudud, ia bermaksud batasan-batasan yang telah Allah SWT tetapkan dalam jenayah syariah. Contohnya mencuri, menuduh orang berzina, memberontak, minum arak, berzina, dan lain-lain. Ini adalah senarai beberapa kesalahan yang termasuk dalam hudud. Kenapa dinamakan hudud adalah kerana Allah SWT telah menentukan kaedah hukumannya, bagaimana pelaksanaan, dan kadar hukumannya.

Contoh-contoh hukuman hudud

Mencuri
Apabila Allah menyebut di dalam Al-Quran,

            

“Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) balasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah, dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (surah al-Maidah, 5:38)

Ini bukan cerita seorang mencuri lalu kita tangkap dan potong tangannya. Ini bukan seperti beli ayam di pasar, tetapi perlu kepada pembuktian dan saksi yang adil. Perlu melihat kepada benda apa yang dia curi. Sabda Nabi SAW,

        

“Tidak dipotong tangan pencuri kecuali barang yang dicuri bernilai satu per empat dinar atau lebih.” (Muttafaqun ‘alahi)

Jadi adakah boleh jika orang mencuri buah mempelam satu raga, kita potong tangannya? Sabda Nabi SAW di dalam hadis yang lain,

     

“Tidak ada potong tangan dalam (pencurian) buah dan tandan kurma.” (riwayat Abu Dawud dan At-Tirmidzi)

Jadi hal ini perlu difahami dengan betul. Bukan semua jenis mencuri dikenakan hukuman hudud. Mencuri motorsikal, adakah boleh dikenakan hukuman hudud ke atasnya?

Perlu diperhatikan, adakah motorsikal itu berada dalam jagaan dan kawalan tuannya, atau tuannya meninggalkan sahaja motorsikalnya di tepi jalan? Kereta Ferrari yang dicuri, sekiranya ia diparkir di dalam kawasan rumah, dan ada pengawal yang menjaga kawasan rumah tersebut, kemungkinan ya, barulah hukum hudud itu dilaksanakan kepada si pencuri.

Ini semua dibincang secara detil oleh para ulama, termasuklah kadar mana tangan si pencuri yang dibuktikan bersalah itu dipotong.

Perlu dilihat juga sekiranya kecurian berlaku pada musim kemarau dan pencuri adalah dari kalangan orang miskin, tidak ada potong tangan ketika mana musim lapar dan orang yang mencuri berada di dalam kemudharatan.

Apabila ada masalah dalam pembuktian, disebut di dalam hadis,

  

“Ketepikah hukum hudud kerana ada syubhat (dalam pembuktian).”

Zina
Apabila seseorang ditangkap berzina, untuk disabit kesalahan perlu kepada saksi yang adil. Bukan semudah tangkap dan terus menjatuhkan hukuman.

Saya tertarik apabila ada orang mengulas tentang isu rogol, katanya hukum hudud tidak sesuai kerana jika non-muslim merogol muslim, disebabkan tiada saksi si mangsa tidak boleh mengadu, jika dia mengadu, dia akan disabitkan kesalahan menuduh orang yang tidak bersalah (qadzaf) iaitu sebat 80 kali sebatan.

Sebenarnya dia tidak faham tentang kaedah pembuktian hukum Islam. Kalau seseorang itu dirogol dan tidak ada bukti, Islam mempunyai kaedah pembuktian yang lain contohnya melalui teknologi seperti DNA, CCTV dan lain-lain. Cuma kesalahan yang dibuktikan melalui kaedah DNA dan CCTV tidak boleh dikenakan hukuman hudud, tetapi kembali kepada hukuman ta’zir.

Bukanlah tidak dikenakan sebarang hukuman kepada pesalah tetapi dipindahkan daripada hukuman hudud kepada hukum ta’dzir. Orang yang mengulas tersebut tidak faham, kitalah yang bertanggungjawab memahamkan dia.

Wallaahua’lam.

Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut:

http://www.youtube.com/watch?v=CUT-FJ26v5U&feature=plcp
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan main sembarang jer cakap..nanti kan malu sendiri....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2015 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
mommymonster82 replied at 5-8-2015 07:47 PM
Hahahaha... betul sgt apa u cakap ni...lawyer taulah bab2 ni...... ramai pulak tu yg main komen ja ...

Sebab tu imam syafie ckp "aku boleh menang berhujah dgn 10 orang yg berilmu, tapi aku akan kalah berhujah dgn seorang yg jahil... Sbb org jahil behujah tanpa berlandaskan ilmu"..

Kalu org yg ada basic undang2,  dia bleh paham kalu kita eksplen guna perspektif undang2... Kalu yg tak tau apa, dia akan buat arguement bodo sampai sudah...

Balik2 dia akan ratib lobai kehulu lobai kehilir.... Tu je la modal yg dia ada...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap mod @spiderman80 boleh edit tajuk yang jelas2 provokasi dan mengelirukan ni..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
namirulmukminin replied at 5-8-2015 08:00 PM
Sebab tu imam syafie ckp "aku boleh menang berhujah dgn 10 orang yg berilmu, tapi aku akan kalah b ...

Setuju sangat..skrg bukti dah jelas depan mata..kalu betul nak cari kebenaran... dorang akan berdebat dgn ilmu..dan pertimbangkan bukti2 yg org dah tunjuk..kalu saja2 nak provoke mmg dampai ke sudahlah..cakap pon buang masa saja..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Tq spidey... @spiderman80 ...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 08:09 PM | Show all posts
Adakah ini bermakna hudud tidak bersesuaian dgn zaman moden ini?
Hudud bertentangan dgn perlembagaan, nak sangat hudud sila balik Tanah erab.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
mommymonster82 replied at 5-8-2015 07:58 PM
Jangan main sembarang jer cakap..nanti kan malu sendiri....

Puak2 penentang hudud tu tak tau beza antara hukuman dgn pembuktian untuk sabitan...

Dia ingat mencuri je potong tangan... Padahal potong tangan tu hukuman... Sebelum hukum kena siasat, kena buktikan dan kena sabitkan kesalahan dulu... Sama je konsep dia dgn Law sekarang...

Bentuk hukuman dalam Kanun Keseksaan... Tapi nk hukum kena siasat, buktikan dan sabitkan kesalahan dulu... Proses tu pakai Kanun Tatacara Jenayah dan Akta Keterangan... Kena ada saksi jugak..

Sama jugak dalam perundangan islam.... Ada proses siasatan... Nak buktikan kena ada saksi... Kalu org tak penah beleh Akta Keterangan memang tak tau yg Law kapiaq pon mesti ada saksi...

Aku pakai HP.. payah skit nk eksplen pnjang2... Klu siang kat ofis bleh pkai komputer... Tapi anjing tu plak sebok duk mnyalak...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
v(T.T)v replied at 5-8-2015 08:09 PM
Adakah ini bermakna hudud tidak bersesuaian dgn zaman moden ini?
Hudud bertentangan dgn perlembagaa ...

Suruh baca xnak..jgnlah terus menunjukkan sikap kurang cerdik tu... dah tepek penerangan tentang undang2 islam bacalah.. jgn main komen jer
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
namirulmukminin replied at 5-8-2015 08:10 PM
Puak2 penentang hudud tu tak tau beza antara hukuman dgn pembuktian untuk sabitan...

Dia ingat  ...


Rasa yg duk tentang tu dorg kot kaki mencuri...tu yg takut sgt..kenapa nk takut klu xbuat salah..zmn nabi n khalifah dulu habis kudung ke semua tangan orang kena potong?? Kalu ada tunjuk mari lah bukti kata kudung habis manusia zaman tu gara2 undang2 islam ni... asal boleh jer  kena tuduh jer pancung tangan habis

Anjing tu td nmpk gak muncul sekejap..pastu dah kena pancung gamaknya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2015 08:29 PM | Show all posts
mommymonster82 replied at 5-8-2015 08:26 PM
Rasa yg duk tentang tu dorg kot kaki mencuri...tu yg takut sgt..kenapa nk takut klu xbuat salah. ...

zaman nabi musa banyak pengamal ilmu hitam guna setan cam lu..





Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
soebyuk replied at 5-8-2015 09:28 AM
sedangkan hudud tuh hanyalah sebahagian sahaja dari perundangan islam . masalah apa sebenarnya nih?  ...

Masalahnya cuma terlalu ramai pakar hudud..bila time hudud lah..time bengrap..dah jd pakar bengrap plak..time ekonomi..jd pakar ekonomi plak..time ringgit jatuh..jd pakar ringgit plak ye..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
mommymonster82 replied at 5-8-2015 08:26 PM
Rasa yg duk tentang tu dorg kot kaki mencuri...tu yg takut sgt..kenapa nk takut klu xbuat salah. ...

Anjing pondan dah mai dah....

Dia buat la ayat jantan camana pon, org tetap tau dia betina pengkid gemok...

Dulu lavaskincare... Lani lavadahputih...

Daripada nick dia pon ko dh bleh spekew anjing tu betina ke jntan...

Sembang cam ada telor... Padahal guli dia taruk dalam belon kendur selit dlm sluar dlm nk bg nmpak ada telor...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak_Nogori replied at 5-8-2015 08:41 PM
Masalahnya cuma terlalu ramai pakar hudud..bila time hudud lah..time bengrap..dah jd pakar bengrap ...

Setiap umat islam patut tahu dan paham hudud...

Ko muslim ke bukan pok cit?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:22 AM GMT+8 , Processed in 0.072987 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list