CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5475|Reply: 44

[Dunia] Haramkan TV Waktu Maghrib

[Copy link]
Post time 7-7-2015 10:10 AM | Show all posts |Read mode
Haramkan TV waktu Maghrib

Jakarta: Ketua daerah Purwakarta di Jawa Barat, Dedi Mulyadi mengarahkan televisyen ditutup pada waktu Maghrib bagi membolehkan kanak-kanak solat berjemaah, belajar agama dan mengaji al-Quran.
Dedi berkata, larangan berkenaan berkuat kuasa pada waktu solat Maghrib sehingga solat Isyak.
“Pada waktu ini, budaya solat Maghrib berjemaah, membaca al-Quran dan belajar agama mulai Maghrib hingga Isyak sudah banyak ditinggalkan.
“Ini semua berpunca daripada program televisyen yang tidak berguna pada waktu Maghrib yang menyebabkan kanak-kanak enggan mengamalkan budaya ini lagi,” katanya.
Katanya, Ramadan waktu paling sesuai untuk menguatkuasakan larangan berkenaan kerana umat Islam meningkatkan amalan mereka sepanjang bulan suci itu.
Menurutnya, dia sedar larangan itu tidak popular, tetapi dia sudah berbincang dengan pemimpin masyarakat, ketua mukim dan ketua kampung.
“Saya mengarahkan mereka mempromosikan larangan tidak menonton televisyen mulai waktu Maghrib hingga Isyak,” jelasnya.
Bagaimanapun, masih tidak jelas bagaimana Dedi mahu menguatkuasakan larangan berkenaan kerana ia tidak termaktub dalam undang-undang.
Namun, Dedi menegaskan pentingnya larangan itu dimasukkan ke dalam kempen selamatkan kanak-kanak yang diperkenalkannya dan menggesa setiap ibu bapa menyokongnya.

http://www.hmetro.com.my/node/62595


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2015 10:44 AM | Show all posts
daku ingatkan di mesia..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2015 10:45 AM | Show all posts
satu tindakan yang sangat bagusss dan patut di puji...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2015 12:50 PM | Show all posts
chinta89 replied at 7-7-2015 10:44 AM
daku ingatkan di mesia..

berani mereka nak buat..
mengamuk acik-acik slot akasia nak tengok orang romen-romen..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2015 01:01 PM | Show all posts
x dapat ar tgk dragonball

hari jumaat jam 7pm
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2015 01:11 PM | Show all posts
Tak penting pun...indon nak bakar tv sekalipun takpe.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-7-2015 01:29 PM | Show all posts
kat malaysia bila nak buat??

takkan nak tunggu kerajaan haramkan baru nak buat kot

padahal kuasa switch on off tv di rumah di tangan anda

jangan salahkan tv3 pulak letak slot best2 time maghrib ye
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2015 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Om dedi takdelah cakap haram. Ada betulnya. Hiduplah korang sehari tanpa tv nescaya banyak perkara bermanfaat korang boleh buat. Program tv sekarang 24jam, kalau badan tak perlu rest or sebab tuntutan rutin harian lain, maybe tercongok depan tv sepanjang hari.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2015 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
bellaa replied at 7-7-2015 01:01 PM
x dapat ar tgk dragonball

hari jumaat jam 7pm

Bella layan dragon ball super gak ker?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2015 01:37 PM | Show all posts
Cipta la TV yg boleh timer bila on & off.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2015 01:45 PM | Show all posts
bagus jugak cadangan ni.....

apa kata @malawi6  ?
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2015 01:45 PM | Show all posts
dauswq replied at 7-7-2015 01:32 PM
Bella layan dragon ball super gak ker?

iya...

dragonball ada 7 bijik semuanya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2015 01:49 PM | Show all posts
Sepatutnya keluarga Islam matikan tv pada waktu maghrib.  Solat dn mengaji atau mengajar anak2 baca al-Quran lebih berfaedah.  Tak rugi pun kalau terlepas program2 yg disiarkan pada waktu maghrib.  Di tonton kan ade?
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2015 02:01 PM | Show all posts
kemaruk replied at 7-7-2015 01:29 PM
kat malaysia bila nak buat??

takkan nak tunggu kerajaan haramkan baru nak buat kot

Jangan lupa ada spesis yang marah marah kat stesyen TV kerana menyiarkan rancangan hiburan semasa orang yang mereka kata "ulamak" meninggal donya tidak lama dahulu......
Jangan ingat spesis ni tak ada di Malaysia Kem......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2015 02:11 PM | Show all posts
Cadanglah TV buat program agama waktu maghrib. Mungkin sambutannya mengejutkan.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2015 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Pukul 7++ nak tengok drama kawin paksa & suamiku....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2015 02:12 PM | Show all posts
Maideen. replied at 7-7-2015 02:01 PM
Jangan lupa ada spesis yang marah marah kat stesyen TV kerana menyiarkan rancangan hiburan semasa  ...

dia nak TV pasang bacaan al quran 24 jam

dia sendiri taknak dengar, tapi nak paksa orang lain dengar
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2015 02:21 PM | Show all posts
kemaruk replied at 7-7-2015 02:12 PM
dia nak TV pasang bacaan al quran 24 jam

dia sendiri taknak dengar, tapi nak paksa orang lain d ...

Mungkin dia percaya tuhan dia akan kasi dia banyak pahala bila dia paksa orang lain jadi macam dia....

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2015 02:25 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 7-7-2015 12:50 PM
berani mereka nak buat..
mengamuk acik-acik slot akasia nak tengok orang romen-romen..

tu yg berangan nak kena rogol lps tu jejaka kaya anak2 dato tan sri etc kawindiorg then ending dia hidup bahagiaaaaa..

banyak buku novel Alaf 21 kekdahnya..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2015 02:38 PM | Show all posts
kemaruk replied at 7-7-2015 02:12 PM
dia nak TV pasang bacaan al quran 24 jam

dia sendiri taknak dengar, tapi nak paksa orang lain d ...

Mungkin dia percaya tuhan dia akan kasi dia banyak pahala bila dia paksa orang lain jadi macam dia....

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:23 PM GMT+8 , Processed in 0.392257 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list