View: 1562|Reply: 0
|
[Lain-Lain]
Kedah turut beri bonus RM500 kepada penjawat awam
[Copy link]
|
|
ALOR SETAR: Kakitangan kerajaan negeri turut menikmati bonus RM500 sempena Aidilfitri ini. Menteri Besarnya, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, berkata bonus kepada kakitangan gred N54 ke bawah itu telah diberikan bersama gaji bulan lalu. "Kita ikut seperti yang diumumkan kerajaan persekutuan, kita juga beri RM500," katanya kepada pemberita. Beliau menyampaikan bantuan Ramadan Yayasan Prihatin Rakyat Kedah (YPRK) kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) untuk diagihkan kepada rakyat. Mukhriz berkata, peruntukan bagi pembayaran bonus itu, tersedia dalam Bajet Negeri 2015 yang dilakukan sejak beberapa tahun lalu. Pada majlis itu, syarikat Cenviro Sdn Bhd yang juga pemegang saham syarikat Environment Idaman Sdn Bhd, yang menguruskan sisa pepejal dan pembersihan awam di Kedah menyumbang RM1 juta kepada YPRK menerusi program MyKasih Foundation. Ia untuk diagihkan kepada 7,200 penerima di 36 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN). - BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Hari Raya Aidilfitri
|