CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1670|Reply: 0

[Lain-Lain] DUKE Beri Diskaun 20 Peratus Menerusi Bayaran Secara Elektronik Sempena Raya

[Copy link]
Post time 8-7-2015 12:41 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Pengguna Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) bakal menikmati diskaun tol sebanyak 20 peratus sempena sambutan perayaan Aidilfitri tahun ini menerusi kad pembayaran elektronik.

Pengarah Syarikat Konsortium Lebuhraya Utara-Timur (KL) Sdn Bhd (KESTURI), Zakaria Shaffie berkata diskaun itu bermula pukul 11.59 malam 16 Julai sehingga 12 malam 17 Julai.

"Diskaun kadar tol itu untuk Kelas 1 yang menggunakan bayaran elektronik (ETC) ditawarkan untuk memberi nilai pulangan kepada pengguna Lebuhraya DUKE.

"Usaha ini sebagai langkah menggalakkan penggunaan kad bayaran elektronik secara meluas di lebuhraya ini," menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Lebuhraya DUKE sepanjang 18 kilometer itu menghubungkan Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) di Jalan Duta ke Jalan Lingkaran Tengah II (MRR II) di Hulu Kelang.

DUKE juga menjadi pintu masuk terpenting ke Pantai Timur melalui Lebuh Raya Karak.

Zakaria berkata DUKE juga menawarkan kadar bayaran elektronik Touch'n Go edisi khas DUKE pada kadar RM5 untuk tambah nilai apabila lebuhraya itu melaksanakan kutipan tol secara elektronik (ETC) sepenuhnya, awal Sept nanti.

"Kad itu adalah percuma dan terhad kepada 30,000 kad pertama sahaja," katanya sambil menambah pihaknya telah membuka lorong tambah nilai di lorong paling kiri untuk plaza tol lebuhraya DUKE ketika ini.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Hari Raya Aidilfitri


    ADVERTISEMENT


    Forum Hot Topic

     

    ADVERTISEMENT


     


    ADVERTISEMENT
    Follow Us

    ADVERTISEMENT


    Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

    2-12-2024 09:00 AM GMT+8 , Processed in 0.077633 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

    Powered by Discuz! X3.4

    Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

    Quick Reply To Top Return to the list