View: 2995|Reply: 15
|
[Tempatan]
Perkhidmatan Teksi Malaysia Paling Teruk Di Dunia, Realiti Atau Hina?
[Copy link]
|
|
Oleh : LOO TUNG SEANG
Artikel Diterbitkan : 8 Julai 2015
Konflik antara pemandu teksi konvensional dan syarikat yang menawarkan khidmat pemandu peribadi seperti Uber dan GrabCar sedang hangat diperbualkan.
Membandingkan kelebihan serta kekurangan yang ada pada perkhidmatan pengangkutan awam ini menjadi intipati perbincangan orang ramai yang mengharapkan yang terbaik daripada pengusaha terbabit.
Baru-baru ini, seakan satu kebetulan, laman web LondonCabs.co.uk mengeluarkan senarai 10 negara yang dikatakan mempunyai pemandu teksi paling teruk.
Pemandu teksi dari Kuala Lumpur mendahului senarai dengan tabiat suka berlengah dan gemar mengenakan cas melampau.
LondonCabs turut menyentuh sikap segelintir pemandu teksi yang tidak menggunakan meter caj sebaliknya menganggar sahaja jumlah tambang yang bakal dikenakan.
Susulan itu, Cari Infonet mendapatkan reaksi orang ramai di sekitar Kuala Lumpur berhubung laporan 'Londoncabs.co.uk'.
Tinjauan mendapati kebanyakan warga Kuala Lumpur berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan pemandu teksi dan berpendapat isu perkhidmatan teksi yang dikatakan teruk adalah hanya melibatkan segelintir pemandu sahaja.
Selain Kuala Lumpur, pemandu teksi di beberapa bandar Asia lain seperti Bangkok, Shanghai dan Mumbai turut tersenarai.
Berikut adalah senarai penuh menurut portal LondonCabs:
10. Moscow, Rusia
9. Shanghai, China
8. Kaherah, Mesir
7. Zürich, Switzerland
6. Mumbai, India
5. New York, Amerika Syarikat
4. Paris, Perancis
3. Bangkok, Thailand
2. Rome, Itali
1. Kuala Lumpur, Malaysia
LondonCabs adalah sebuah laman yang membandingkan pengangkutan awam seperti teksi biasa dan teksi mini. - CARI Infonet
|
|
|
|
|
|
|
|
Reality! Hauk sungguh!![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Realiti yg tersangat sangat
Menteri in charge lebih cakap dari keje
Mcm bijan juga |
|
|
|
|
|
|
|
lrt kelana jaya ke puchong..rm28! taun 2005 cm tu. x ikot meter, alasan klo blik x de org. ![](static/image/smiley/default/lol.gif) .. |
|
|
|
|
|
|
|
Indon londonUk ni xpergi ke?? Aiii mcm mane India bukan dpt no 1 ni.. asenye dorg lagi teruk.. walaupun realitu Malaysia nk kate elok sgt tu malu jugak la |
|
|
|
|
|
|
|
Kita dpt no 1,mesti 'bangga' sakan pemandu teksi M'sia ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Saya tak setuju! banyak sangat lagi capitals in this world yang memang teruk.
Tapi saya sangat berharap penampilan tu elok sikit.. tapi depa mungkin kekurangan ongkos |
|
|
|
|
|
|
|
Kt mesia driver yg tentukn blh ke x nk g tmpt yg kita nk tuju ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
setakat ni i takde lagi jumpa pemandu yg tak berhemah.. okey saja, alah , mat saleh ni bukan bleh percaya sangat, diorang sendiri perangai hauk, tau kutuk negara orang saja...buruk negara sendiri tak nampak. |
|
|
|
|
|
|
|
101% betul...kebanyakkan pemandu teksi memang jilake. Tak guna idupdlm denial, its realiti. |
|
|
|
|
|
|
|
tak benar , umat malaysia ialah umat yang paling suci syumul bersih dari korupsi , penipuan dan pelbagai jenis perbuatan harom lainnya , ini mestila tersilap yang buat senarai ni harusnya negara endon yang masuk bukan malaysia kot ![](static/image/smiley/default/3laugh.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
kat indon teksi yang bagus Bluebird aje, yang lain hauk juga...
|
|
|
|
|
|
|
|
ye la atok goblok ![](static/image/smiley/default/3laugh.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Teksi KL haruslah juara paling bangsat di seluruh Malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
good reporting..bravo CARI! |
|
|
|
|
|
|
| |
|