Dalam kita menyiapkan persiapan raya dengan pelbagai dugaan yang ditempuh, apa kata kita hiburkan diri dengan lagu dari Siti nurhaliza ini.
Kalau perasan baju kebaya yang dikenakan oleh Datuk Siti ketika ini sangat polos dan biasa sahaja.
semoga persiapan kita untuk Raya dalam bersederhana namun meriah.
Anggun si dara jelita berselindang dan ber'baya
Sepadan dengan pemuda tampan dan segak orangnya
Di pagi hari mulia kunjungi sanak saudara
Yang tua tidak dilupa ampun dan maaf dipinta
Yang jauh sudah pun tiba pulangnya untuk beraya
Meriah desa tercinta bagaikan pesta layaknya
Di pagi hari mulia semuanya bergembira
Tua muda miskin kaya berbeza tidak berbeza
( korus )
Mari adik marilah bang mari kita beraya bersama
Orang jauh janganlah lupa kita lupakan
Sila adik silakan bang sila selera jamu selera
Lemang ketupat dan rendang semua ada
Sebulan kita puasa menahan lapar dahaga
Tiba sudah hari raya yang mulia
Bergembira seadanya kunjungi jiran tetangga
Semoga menjadi amalan selama-lamanya
Pada yang telah tiada kunjungilah pusaranya
Berdoa pada Yang Esa setulusnya
Tanda masih di ingatan sedikit tak dilupakan
Di pagi hari yang mulia tetap dikenang