Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
Search
1953
View
20
Reply

Meleburkan Lemak Anda Dengan Hanya 2 Minit untuk Penyediaannya.

[Copy link]

Author: abgsedapmalam       Show all posts   Read mode

Author
Post time 11-7-2015 07:28 PM | Show all posts |Read mode
Menakjubkan! Minuman yang Mampu Meleburkan Lemak Anda Dengan Hanya 2 Minit untuk Penyediaannya.by AZIEMAH

Resepi Minuman Leburkan Lemak
  • 8 uncang teh hijau, sebaik-baiknya berkafein
  • 8 cawan air ditapis
  • ½ timun, dihiris nipis (saiz sederhana)
  • 1 oren besar dihiris nipis
  • 1 lemon, dihiris nipis
  • 1 sudu teh halia segar (diparut)
  • 4 helai daun pudina segar
Arahan:
  • Panaskan air yang ditapis sehingga mendidih
  • Ambil air yang telah didih rendamkan teh selama 5 minit
  • Sementara tea direndamkan, masukkan hirisan timun, oren dan lemon ke dalam periuk besar. Masukkan halia yang telah diparut.
  • Apabila tea siap direndam, masukkan ke dalam periuk tadi yang mengandungi timun, oren,lemon dan halia itu tadi.
  • Masukkan daun pudina ke dalam periuk dan sejukkan di dalam peti selama 1 jam. Minuman campuran itu akan kekal segar selama 2 hari.
Senang kan..!
Satu kesilapan yang sering dilakukan apabila ingin menurunkan berat badan adalah dengan meminum smoothies yang telah siap. Maksud saya, smoothies nampak sebagai alternatif untuk menjaga kesihatan mungkin anda beranggapan ia hanya jus dengan air kan?
Kebenaranya tidak.
Smoothies mengandungi kandungan gula tersembunyi seperti sarat dengan fruktosa, yogurt yang dibekukan atau sherbert . Walaupun rasanya yang sedap dan menyegarkan tetapi ia juga menyebabkan kualiti kesihatan anda menurun. Ini bermakna, ia akan mengganggu pemakanan tanpa lemak anda dan ia menjejaskan harapan anda untuk turunkan berat badan atau untuk kempiskan perut. Ia disebabkan rasa manis dan kandungan gula di dalam smoothies itu boleh menjadi punca anda rasa kembung dan tidak selesa.
Minuman campuran ini hampir sama dengan smoothies tetapi ia bebas dari kandungan gula.  Dengan khasiat yang terkandung di dalam teh hijau, haba dari air panas yang menggelegak menarik semua nutrient daripada buah-buahan segar. Kemudian apabila disejukkan di dalam peti sejuk ia membantu memberhentikan proses memasak, jadi khasiat dan vitamin dalam sayur-sayuran dan buah-buahan tidak terpisah.
Saya mengamalkan campuran minuman ini sepanjang hari dan biasanya saya akan sediakan minuman ini seminggu 2 kali. Sebenarnya ia agak sukar untuk masukkan minuman ini dalam menu diet saya. Tetapi tidak salah jika kita amalkan kerana ia juga untuk kesihatan kita dan disamping itu kita dapat kawal nafsu makan.
Oleh itu, jom kita nikmati menu minuman ini bersama-sama supaya kita dapat manfaat dari khasiat campurannya. Penambahan air (atau teh) juga membantu mengurangkan natrium dalam diet anda, yang seterusnya akan membantu mengurangkan masalah kembung dan membuang toksin di dalam badan.
Saya tidak terkejut, minuman ini berfungsi dengan baik kerana bahan-bahan yang dinyatakan ini telah dikaji dan terbukti keberkesananya dalam membantu menurunkan berat badan.
Disini saya sertakan beberapa bahan yang boleh membuatkan berat badan anda turun dan mengapa minuman ini membantu anda turunkan berat badan dengan cepat.
Khasiat Teh Hijau Turunkan Berat Badan.
Teh hijau merupakan minuman tradisi bagi masyarakat China, Jepun, dan India untuk berabad lamanya. Tetapi sekarang ini teh hijau telah mendapat sambutan yang menggalakkan untuk dijadikan sebagai minuman untuk turunkan berat badan.
Penyelidik menyatakan bahawa, kedua-dua bahan yang terdapat di dalam teh hijau iaitu catechins dan kafein dipercayai bertanggungjawab untuk meningkatkan metabolisme dalam kalangan orang dewasa yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau obesiti.
Dalam satu kajian kecil, penyelidik memberi secara rawak  campuran ekstrak teh hijau (yang mengandungi kafein), kafein atau placebo kepada 10 orang lelaki yang sihat. Hasil kajian menunjukkan bahawa mereka yang menggunakan ekstrak teh hijau menunjukkan peningkatan yang ketara dalam tenaga dan pengoksidaan lemak. Manakala lelaki yang menggunakan kafein dan placebo tidak menunjukkan sebarang peningkatan.
Oleh kerana kajian ini adalah kecil, mari kita lihat beberapa kajian tambahan.
Di dalam artikle US National Library of Medicine dikumpulkan 11 kajian tentang bagaimana teh hijau boleh memberi kesan terhadap penurunan berat badan dan pengekalan berat badan. Hasil kajian menunjukkan bahawa catechin mampu menurunkan berat badan dengan ketara dan mampu mengekalkan berat badan dengan ketara selepas penurunan berat badan berlaku.
Menurut kenyataan Dr Mercola, seorang doktor dan penyokong perubatan alternatif, mendakwa bahawa epigallocatechin gallate (EGCG) yang terkandung di dalam teh hijau telah menunjukkan penigkatan dalm pengoksidaan lemak sebanyak 33%.
Teh hijau mengandungi 59% cathechins EGCG,dan menjadikan minuman ini sebagai minuman asas untuk leburkan lemak. Ia juga sangat penting kerana EGCG digabungkan dengan kafein yang sedikit dan ia mampu untuk membuat pembakaran lemak super aktif berlaku.
Khasiat Halia Turunkan berat Badan.
Sekarang kita bercakap tentang teh halia yang mana dapat mengurangkan sakit perut, muntah-muntah, loya ataupun mabuk, tetapi adakah anda tahu bahawa ia juga dapat membantu dalam menurunkan berat badan. Satu kajian menunjukkan bahawa kesan apabila anda minum 2 gram serbuk halia yang dimasukkan kedalam air panas. Berdasarkan kajian yang diterbitkan di dalam Jurnal Metabolisme. perasaan kenyang ini adalah subjektif dan ia dinilai setiap jam denggan menggunakan visual skala analog dan sampel darah yang diambil semasa peserta berpuasa dan selepas 3 jam peserta mengambil sarapan pagi. Keputusanya ialah peserta berasa kurang lapar selepas menggunakan serbuk halia di dalam air tersebut. Tetapi bukan ini sahaja berita baik.
Medical News Today juga menyatakan halia membantu meningkatkan tenaga semasa penurunan berat badan. Kajian menemui bahawa halia mempunyai hampir zero kalori, tetapi ia mengandungi banyak sebatian anti radang dan antioksidan yang lebih memberi manfaat kepada kesihatan. Jadi apa lagi yang anda perlu?
Untuk meningkatkan lagi khasiat halia ini, anda boleh campurkan dengan hirisan timun dan sedikit hirisan lemon sekaligus ia mampu memberikan tenaga yang maximun kepada anda.
Secara peribadi, saya memng suka rasa halai jadi saya ingin menambah segala-galanya daripada hidangan sayuran kepada smoothies.
Khasiat Lemon Turunkan Berat Badan.
Tidak hairan lagi lemon juga boleh dibuat potongan dan dimasukkan kedalam minuman dan ia mampu dijadikan minuman untuk cairkan lemak. berdasarkan kajian Fit Day, minum air lemon mampu membantu mengurangkan berat badan dengan lebih cepat. Disamping itu, ia  memastikan toksin di dalam badan dibersihkan serta membekalkan tenaga dan membersihkan sis-sisa dalaman. saya sering berfikir lemon mampu memberikan anda ransangan metabolisme secara berterusan terhadap badan.
jika anda berpuasa atau berdiet dengan kalori yang sangat rendah, yang mana saya tidak pernah mencadangkannya. jadi anda sendiri tahu bagaimana rasa letihnya apabila diet yang kita amalkan iti adalah salah. Tetappi dengan minuman ini anda tidak lagi rasa letih dan tidak bermaya. malah anda akan rasa lebih sihat dan bertenaga dan anda akan berterima kasih kepada lemon dan kafein did dalam teh hijau. kedua-duanya memainkan peranan yang penting dalam membekalkan tenaga kepada sesiapa sahaja yang mengamalkannya.


Khasiat Daun Pudina Turunkan Berat Badan.
Selain itu juga, saya bukanlah peminat kepada apa-apa sahaja yang mempunyai rasa berangin yang kuat. Walaubagaimanapun terdapat satu keistimewaan tentang daun pudina yang segar.
Daun pudina sebenarnya mempunyai rasa yang berbeza ia  mampu menghasilkan rasa yang sangat menyegarkan.
Apabila melibatkan tentang menurunkan berat badan daun pudina juga merupakan senjata rahsia untuk masalah kembung perut. Berdasarkan kajian University Of Maryland Medical Centre, daun pudina boleh:
  • Melegakan otot dan membebaskan gas, disamping mengurangkan masalah kembung.
  • Dapat menenangkan otot perut.
  • Meningkatkan aliran hempedu, yang digunakan oleh badan untuk mencerna lemak.
  • Merawat simptoms IBS
Pudina sebenarnya melakukan tugas-tugas yang agak kotor bagi kemudahan atau keselesaan kepada anda supaya anda rasa selesa dan mempunyai perut yang flexsible. Jika anda pernah mengalami masalah sakit perut,IBS, atau kembung khasiat daun pudina boleh menjadi cara yang paling lazat dan berkhasiat untuk menghilangkan rasa tidak senang dan tidak selesa.


p/s: saya harap dengan perkongsian minuman ini dapat membantu anda diluar sana untuk turunkan berat badan dengan cara yang sihat.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2015 12:37 AM From the mobile phone | Show all posts
byk sgt ingredients
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2017 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Theres mo such thing
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2017 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Sakitnperut jugak nanti
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2017 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak huang lemak senang..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2017 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn makan lemak tu..ahaks
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2017 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
sharing the info is good..
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2017 02:21 PM | Show all posts
good info..
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2017 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Woww nice info
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2017 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Bnyk sgt bahan... lemau nk buat
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2017 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Tq for the info
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2017 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
cabai7 replied at 3-5-2017 06:26 PM
Bnyk sgt bahan... lemau nk buat

Minum teh hijau pun dah ok
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2017 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
zueazza replied at 3-5-2017 09:23 PM
Minum teh hijau pun dah ok

Yup betul tu.. boleh share x brand ape yg ok?
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2017 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
cabai7 replied at 3-5-2017 09:24 PM
Yup betul tu.. boleh share x brand ape yg ok?

Kdg2 beli je. Tak ikut brand sangat pun. Yg penting green tea.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2017 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
zueazza replied at 3-5-2017 09:36 PM
Kdg2 beli je. Tak ikut brand sangat pun. Yg penting green tea.

Orite tq dear
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2017 12:49 AM From the mobile phone | Show all posts
cabai7 replied at 3-5-2017 09:48 PM
Orite tq dear

Most welcome cabai

Marilah kita sama2 buang lemak  
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2017 02:32 AM | Show all posts

Huh!

[AceHand SPECTaceLAR]

2 minit gitu...? Banyak tu bahang...


Jizzz... Klong! Klong!
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2017 01:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Good info
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2017 01:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Tp effort jgk nak buat ni..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2017 01:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Rajin ke x niii... Tp nak buang lemak x blh mls2
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2017 01:08 AM | Show all posts

Hmmm...


[AceHand SPECTaceLAR]

Betol ka good...?


Jizzz... Klong! Klong!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.073680s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list