CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2214|Reply: 0

[Juadah/Kuih] Rendang udang tambat selera tetamu Aidilfitri

[Copy link]
Post time 15-7-2015 10:24 PM | Show all posts |Read mode


Masyarakat Melayu Malaysia sudah terbiasa dengan rendang ayam atau daging setiap kali menyambut hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri. Namun bagi sesetengah keluarga, khususnya yang menggemari makanan laut, hidangan rendang mereka diubah berdasarkan pilihan menarik seperti kerang, lokan, ikan mahupun ketam.

Sempena kedatangan Syawal ini, penyampai Astro AWANI Rizal Zulkapli ingin berkongsi cara memasak menu kegemaran keluarganya iaitu rendang udang istimewa. Ringkas dan mudah disediakan, resipi itu kini dipertontonkan kepada semua agar Hari Raya Aidilfitri ini kita dapat menikmati hidangan yang enak ketika menghabiskan waktu kualiti bersama keluarga, saudara-mara serta teman tersayang.

Bagaimanakah cara memasaknya? Ikuti rakaman video berikut namun sebelum itu, lihat dahulu bahan-bahan yang perlu disediakan:


RENDANG UDANG ISTIMEWA
(ideal untuk hidangan 4-5 orang)

Bahan utama:
500 gram udang sederhana besar (dibersihkan)

Bahan kisar:
6 biji bawang merah
4 batang serai
20 biji cili api
1 sudu besar serbuk kunyit
1 inci lengkuas

400ml santan
1 keping asam keping
2 senduk kerisik
Garam dan gula secukup rasa
4 helai daun limau purut (dihiris)
2 helai daun kunyit (dihiris)
Minyak masak (untuk menumis)


astroawani
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Hari Raya Aidilfitri


    ADVERTISEMENT


    Forum Hot Topic

     

    ADVERTISEMENT


     


    ADVERTISEMENT
    Follow Us

    ADVERTISEMENT


    Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

    2-12-2024 08:12 AM GMT+8 , Processed in 2.119038 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

    Powered by Discuz! X3.4

    Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

    Quick Reply To Top Return to the list