CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7754|Reply: 29

Cantik Pada Nilaian Lelaki

  [Copy link]
Post time 15-7-2015 11:46 PM | Show all posts |Read mode
Memang betul semua lelaki mahukan pasangan yang cantik. Tetapi benarkah cantik itu yang akan mereka nilaikan apabila bergelanggang di pentas rumahtangga nanti? Artikel ini cuba merungkai citarasa dan nilaian kaum lelaki terhadap kecantikan.

Semua orang tahu bahawa kecantikan itu satu nilai yang tinggi. Seorang yang mahu memilih perhiasan rumah, pasti akan dicari yang cantik. Pakaian juga begitu, nilainya pada cantik. Makin cantik, makin tinggi harganya.

Dalam bab memilih pasangan, cantik memang dianggap sebagai nilai utama. Bahkan terdapat amalan dalam sesetengah masyarakat, semakin cantik si gadis maka semakin tinggi harga mahar dan hantarannya.


Tetapi awas.

Cantik pada nilaian seorang lelaki akan terus berubah apabila memasuki dunia perkahwinan. Dunia yang kerapkali menjadikan si cantik tidak menang dengan hanya bermodalkan cantik. Kerana itu perlu difahami dengan jelas, bahawa perkahwinan itu bukan hanya cerita dalam bilik tidur.

Bukan hanya pada kemanjaan, lemah gemalai, ketawa mengusik, berwangi-wangian, bersolek, berdandan dan sebagainya. Perkahwinan adalah suatu ranjau yang luas. Tidak mungkin ditempuh dengan seronok-seronok sahaja.

Maka si cantik yang hanya bermodalkan cantik, bakal tersepit apabila semakin lama menjadi ahli kepada dunia rumahtangga.

Kalau sebelum berkahwin, rengekan manjanya sudah cukup menjadikan si lelaki mengalah, selepas berkahwin mungkin tidak lagi. Kalau sebelum berkahwin, berlagak comel itu dilihat sebagai comel, selepas berkahwin ia mungkin lebih ditafsirkan sebagai mengada-ngada.

Jangan salah faham. Ia sama sekali bukan disebabkan oleh faktor bosan, jemu dan yang sewaktu dengannya.

Ia soal praktikal. Soal realiti. Soal tindakan, bukan teori.

Selepas berkahwin, cantik pada nilaian seorang lelaki bukan pada kecantikan fizikal atau luaran seorang isteri. Anda berdandanlah sehebat mana sekalipun, jika anda gagal menyelami perasaan sang suami, pada dia anda tiada erti.

Semburlah perfume sebanyak mana sekalipun ke tubuh anda, jika anda tidak pandai mengurus atur rumah dan memastikan rumah anda kemas, bersih dan tersusun setiap masa, maka pada suami, anda seolah tiada erti.


Kerana apa?

Kerana mereka menganggap isteri mereka sebagai teman, kawan dan orang yang sama-sama berperanan. Bukan model. Bukan ratu. Bukan permaisuri.

Tetapi anda mungkin beruntung jika takdirnya anda bersuamikan lelaki yang tahap sabarnya luar biasa. Mungkin pada satu tilikan, ia kelihatan seperti ˜kesabaran" yang luar biasa. Tetapi pada tilikan yang lain, dia sebenarnya mungkin malas melayan sikap negatif anda, atau sentiasa mengalah walaupun tidak suka dengan perangai anda. Mungkin untuk jangka masa pendek, ia kelihatan okey. Tetapi untuk jangka masa panjang, perlu juga disedari bahawa pasangan anda itu manusia dan bukannya malaikat.


CANTIK

Saya bercakap tentang segelintir wanita yang suka menjadikan kecantikan mereka sebagai modal untuk bahagia. Maka saya katakan tidak.

Besar mana sangatlah nilai cantik itu dalam rumahtangga?

Malanglah kalau seorang gadis tidak kisah dengan kekemasan dirinya, kekemasan tempat tinggalnya, kemahiran membuat kerja rumahnya, kemalasan yang berakar umbi dalam dirinya dan segala perangai negatif yang lain, dengan beranggapan bahawa dia cantik, dan dia akan bahagia. Dia akan beroleh suami yang sayangkan dia dan tidak kisah dengan sikap negatif yang ada padanya.

Saya katakan bahawa wanita sedemikian adalah wanita yang malang.

Cuba anda lihat contoh. Seorang suami yang pulang dari kerja dalam kepenatan, dia bukan hanya mahukan senyuman anda di muka pintu, atau segelas air yang anda hulurkan. Dia mahukan anda memahami dirinya. Ada banyak cara lelaki minta difahami. Antaranya adalah dengan tidak menambahkan kepenatannya dengan soalan-soalan bodoh atau kerenah-kerenah yang menyakitkan hati.

Tetapi bayangkan, kalau seorang isteri yang hanya cantik tetapi tidak cerdik dan tidak matang. Suami pulang disambut dengan senyuman menawan, pakaian cantik dan wangi semerbak. Tetapi belumpun sempat suami duduk di sofa, mulutnya sudah berceloteh itu dan ini. Katakan sebelum suami pulang tadi, ada berita buruk yang diterima atau ada masalah yang berlaku. Masa itu juga lah semuanya diluahkan pada sang suami, yang masih terkial-kial menghilangkan penat.

Dalam situasi tersebut, pertengkaran mungkin terjadi. Waktu itu, dia tidak kisah pun walau anda secantik bidadari.

Situasi yang lain. Suami seorang yang aktif, suka berfikir, banyak idea dan gemar berhujah. Suami sukakan percambahan idea dan mahukan teman berfikir yang matang. Bagaimana jika isteri hanya cantik, tetapi setiap lontaran suami tidak bersambut? Suami bercakap tentang perancangan keluarga, isteri hanya mengangguk dan mengiyakan. Suami bercakap tentang strategi kewangan keluarga, isteri hanya mengikut dan mengiyakan.

Lama kelamaan, pertengkaran boleh berlaku. Dan waktu itu juga, cantik tiada makna.


MATANG

Percayalah, seorang suami memang mahukan yang cantik sebagai pasangan, tetapi hakikatnya dia LEBIH perlukan yang matang sebagai teman.

Maka pokoknya di sini bukanlah pada anda itu cantik atau tidak cantik. Apa yang lebih utama adalah pembentukan diri, sifat dan sikap anda dalam menuju ke alam rumahtangga. Buanglah sifat negatif yang anda dan berusahalah membentuk kematangan dalam diri.
Cuba belajar bertolak ansur dengan housemate atau roomate anda, kerana itu suatu latihan untuk anda bertolak ansur dengan pasangan anda nanti. Cuba belajar mengurus diri dengan teratur dan mengurus rumah atau bilik anda dengan konsisten, kerana itu juga suatu latihan untuk melengkapi kebahagiaan anda suatu hari nanti.

Belajar dan terus belajar. Jangan selesa dengan kecantikan dan paras rupa, sehingga anda bodoh sombong untuk belajar dan terus ego untuk berubah. Kelak, anda sukar untuk bahagia.

Justeru, artikel ini mengajak anda yang mungkin berada dalam situasi di atas, atau mengenali rakan-rakan yang sedang berada dalam kemelut di atas, supaya sama-sama kita sedar. Lebih-lebih lagi wanita, kebersihan diri dan tempat tinggal sebelum berkahwin perlu dititikberatkan.

Ingat, anda akan beralih kepada sebuah kehidupan yang sungguh praktikal, bukan teori yang mengasyikkan!


nota kecil...

Segala tulisan di blog ini merupakan semata-mata pandangan peribadi penulis dan tidaklah mencerminkan pandangan atau pendirian mana-mana pihak. Sudah tentu ia terdedah kepada kelemahan. Justeru ambillah mana yang baik dan tinggalkan mana yang buruk.
blog tok wan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2015 09:06 AM | Show all posts
kalau suami tu cerdik, dia x pilih ppuan yg kriteria pertama lawa je

sendiri pilih sbb lawa pahtu sndr nak kutuk isteri sbb ppuan x cerdik

xde org paksa pn kawin sbb lawa
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2015 08:55 PM | Show all posts
alah kawin match match aje..
kawin orang matchkan tanpa cinta cinta pon can work jugak, bergantung pada wife and hubby tu la samada bleh get along
kekadang cinta bertahun bila kawin tak serasi
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2015 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Melihat kpd situasi ekonomi dunia dan ekonomi malaysia yg mcm hanjeng ni,  aku lebih prefer pasangan yg matang dan cerdik
Sbb matang dan cerdik ni yg akan membantu kita survive di kala ekonomi yg mcm hanjeng skang ni
Dgn GST, kene buang keje, kene retrenchment etc, sbb tu ramai lelaki muda zaman skang gigih tangkap pompuan2 matang mcm shahir - erra fazira, zain - che ta

Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2015 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku plg pantang dgn pompuan yg bongok tak reti nak bahas isu current issues, politik, ekonomi etc
Yg dia tahu hanya mekap, handbag, anak2, baju, kasut
No wonder la ramai lelaki yg makan luar sbb diorg mahukan cabaran....cabaran berdebat berhujah..itu sifat semulajadian lelaki yg matang  (unless lelaki bodoh mmg tak la)
Then ada lal bini org yg jehles..padahal laki ko dah bosan dgn ko
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2015 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 19-7-2015 12:06 PM
Aku plg pantang dgn pompuan yg bongok tak reti nak bahas isu current issues, politik, ekonomi etc
Y ...

Tapi banyak jumpa,  laki yang tak suka pompuan bijak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-7-2015 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
puccafan replied at 21-7-2015 08:05 PM
Tapi banyak jumpa,  laki yang tak suka pompuan bijak

Tu stok2 lelaki yg hadap dgn pompuan cantik yg x cerdik
stok2 lelaki yg cair bila tgk org cantik, nak pompuan melayu terakhir
Alih2 bila kawen, tetiba rasa isteri tu x serasi sbb x same wavelength bila berborak
Ko rasa2 suami tak cari org lain?
Bila datang dugaan dlm bentuk ekonomi yg meruncing, kene buang keje etc.....isteri kene cerdik jugak utk tolong suami cari nafkah sama2
Cantik saja mmg tade guna
Kalo dia jmpe pompuan kat luar sana yg matang dan cerdik dan boleh bantu dia keluar dr masalah, x mustahil dia bleh jatuh cinta

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2015 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kun anta...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2015 03:08 PM | Show all posts
kawan lelaki aku puji sorg pompuan ni cantikkkk...
tapi just cantik laaa....still akan back to org yg dia boleh get along
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2015 04:52 PM | Show all posts
i'm a princess n also a queen... manja pun boleh, garang pun boleh..

rupa itu penting.. keserasian juga penting...
tiap org ada selera masing2..
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 04:12 PM | Show all posts
tapi bf maya lari sb maya tak cantik compare to gf baru die... huhu...
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 05:33 PM | Show all posts
beauty with brain la nihh
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 05:33 PM | Show all posts
Ahh lelaki....dah dpt bini cantek pn carik lg org lain buat bini muda..bkn cantek pn..
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 10:43 PM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 21-7-2015 07:17 PM
Tu stok2 lelaki yg hadap dgn pompuan cantik yg x cerdik
stok2 lelaki yg cair bila tgk org cantik, ...

Ya betul..
Perlu ada sekufu juga dalam hal memilih isteri atau suami
jika hanya bersandarkan pada rupa paras saja tapi tahap pemikiran berbeza dan komunikasi tidak 'lancar', akan pincang juga rumahtangga
tidak perlu belajar tinggi untuk jadi cerdik dan tahu kendalikan situasi/komunikasi
cukuplah jika pasangan suami isteri tu boleh berbual sesuatu topik yang sama2 boleh faham.
sebab itulah pergaulan itu penting dan pembacaan itu penting.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 30-7-2015 10:43 PM
Ya betul..
Perlu ada sekufu juga dalam hal memilih isteri atau suami
jika hanya bersandarkan pad ...

Yup...mcm skang ni tgh kecoh psl 1MDB la, mh370 debris found la etc etc
Kalo dpt suami/bf yg mmg suka borak hal2 isu semasa, si isteri/gf kene la peka
Jgn asyik nk citer psl handbag la, kasut la, shopping kat JPO mitsui outlet bagai la
Esok2 bila laki tu cari lain, pompuan gak yg meroyan
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 01:26 AM | Show all posts
puccafan replied at 21-7-2015 08:05 PM
Tapi banyak jumpa,  laki yang tak suka pompuan bijak

Lelaki yg byk awak jumpa tu yg x suka pompuan bijak...Adakah lelaki2 itu hebat? I mean guys tu Ada gud career, gud looks, highly educated? Sbb kwn2 lelaki saya yg hebat2 sume nak yg bijak dan lawa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2015 07:16 AM From the mobile phone | Show all posts
awinpj replied at 31-7-2015 01:26 AM
Lelaki yg byk awak jumpa tu yg x suka pompuan bijak...Adakah lelaki2 itu hebat? I mean guys tu Ada ...

Malangnya, mereka it biasa2 adja. Haha.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 11:39 AM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 19-7-2015 08:06 AM
Aku plg pantang dgn pompuan yg bongok tak reti nak bahas isu current issues, politik, ekonomi etc
Y ...

kadang laki dia pun sama je mangkuk tandas mcm dia
match made in heaven sangat

Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2015 10:01 AM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 19-7-2015 04:06 AM
Aku plg pantang dgn pompuan yg bongok tak reti nak bahas isu current issues, politik, ekonomi etc
Y ...

amboi... pandai2lah didik dia jadi pandai tentang ci, politik and economy... hubungan takkan berhasil kalau asyik suka cari kelemahan , pastu pegi cipta kesilapan lain plak (makan luar)... laki ke pompuan masing2 ada lebih and kurang...salinglah melengkapi dlm tiap kekurangan tu... laki makan luar semata2 bini tak tahu nak bebual hal yang laki tahu is so pengecut!
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2015 10:05 AM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 21-7-2015 12:17 PM
Tu stok2 lelaki yg hadap dgn pompuan cantik yg x cerdik
stok2 lelaki yg cair bila tgk org cantik, ...

hakikatnya teman jiwa dan teman mata tu berbeza kan...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.569868 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list