View: 12841|Reply: 64
|
Artis Dipuji Sanggup Cuci Tandas Awam
[Copy link]
|
|
Yana Samsudin, Suami Dipuji Sanggup Cuci Tandas Awam
Jul 21, 2015
PELAKON popular, Yana Samsudin dan suaminya, Fadzil Zahari menjadi perbualan hangat netizen selepas tindakan mereka membersihkan tandas sebuah stesen minyak tempat rehat dan rawat (R&R) Sungai Perak, baru-baru ini menjadi viral di media sosial.
Tindakan pasangan selebriti ini sekali gus mendapat pujian ramai yang menyifatkan apa dilakukan Yana dan suami adalah sikap mulia dan bertanggungjawab yang perlu dicontohi.
Yana yang memuat naik status di laman Facebooknya turut meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pengurusan stesen minyak R&R berkenaan yang bukan sahaja tidak mempedulikan kebersihan tandas malah gagal meletakkan sebarang notis menyatakan tandas tersebut tidak mempunyai bekalan air.
Seorang pengguna Facebook, Zeezah Jamil yang turut berada di kawasan kejadian mengakui dia melihat sendiri gelagat Yana dan suami yang sanggup menarik hos pili bomba untuk membersihkan tandas tersebut walaupun pada awalnya dihalang oleh seorang pekerja.
Bukan itu sahaja, Yana dan suami dikatakan turut membeli beberapa botol air mineral untuk kegunaan orang awam yang beratur panjang untuk menggunakan tandas tersebut.
Bercakap kepada Berita Harian, Yana berkata tidak sangka tindakannya membersihkan tandas itu menjadi viral apatah lagi mempunyai niat ingin menunjuk-nunjuk.
“Tidak timbul istilah ingin menunjuk-nunjuk kebajikan yang dibuat kerana apa yang kami lakukan adalah seikhlas hati. Saya sendiri tidak memuat naik gambar ketika suami membersihkan tandas wanita yang kotor kerana ada najis itu.
“Saya sebenarnya sedang beratur hendak menggunakan tandas, namun hidung saya terbau sesuatu yang sangat busuk. Malah, saya menutup hidung menggunakan tudung saya kerana tidak tahan dengan bau itu.
“Saya difahamkan air tiada dan ia menyukarkan lagi pengguna untuk menggunakan tandas. Saya meminta suami membelikan air mineral beberapa botol dan ada antaranya saya gunakan untuk menjirus di lantai tandas itu.
“Selepas selesai menggunakan tandas, saya dan suami mencari hos dari luar untuk membersihkan najis di dalam tandas itu. Namun, kecoh seketika apabila pekerja stesen minyak itu menghalang kami menarik hos itu,” jelas Yana.
Tahniah Yana dan suami.. ramai netizen meluahkan rasa kagum terhadap peribadi dan sifat ikhlas yang ditonjolkan dan bagi kami pasangan ini memang layak dipuji.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: CARRIE |
|
|
|
|
|
|
|
Ketiak c hubby basah, terpercik air jamban ke |
|
|
|
|
|
|
|
lu gelak sorang je la dgn lawak bodoh tahap toilet busuk giler ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
Boooooooooooooooooooooooooooooooooo
|
|
|
|
|
|
|
|
ikhlas ikhlas gak.. tapi otak jangan kat lutut
pili bomba tu tokleh di ganggu, atas sebab apa pun..tu satu kesalahan
buat nya ada kebakaran jam tgh bersihkan tu dan bomba mai nak pakai..air tadak..kendian ada mangsa matii terbakar..ko nak tanggung?
makin korang impot bangla tu makin ramai..makin payah ler nak ajo rakyat mesia kebersihan
sedangkan ngaku islam
patutnya orang islam PALING PEMBERSIH, kalah jepun tu haaa
jadi contoh manusia lain dan berbondong depa masuk islam bila dah tau and sedar
tapi pasai pa terbalik kong?
seolah kebersihan ni value import dari barat, dari roman, dari kristian , dari buddha
kenapa tidak dari islam? kalo dah namanya oang islam terpancar kat kepala otak sesapa pun
ahaa itu orang sangat bersih, bersih tauhid, tiada tuhan melainkan Allah, bersih agama, tiada agama melainkan islam, bersih pakaian, bersih perbuatan, bersih rezki dan segalanya bersih..wonggiiii jek..tu ler orang islam
but realiti??? anjing kurap pun tutup idung..busuk bebenoooo |
|
|
|
|
|
|
|
menten terus ler lepas ni, cuci hari2. |
|
|
|
|
|
|
|
Bangla kat negara dorg pun kotoq lagi la nk kje jd tukang bersih kt msia. Mmg depa buat cincai jela. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by BalasKomenBodoh at 21-7-2015 07:39 PM
aku kalo memberak di tandas awam selalu 'lupa' nak pam aku pon akan cakap "oops, sori lupa nak pam, bye tahi".
pastu ada satu tabiat pelik aku kalau nak kencing mesti 'tersalah tembak'.. yg paling peliknya semua peluru sampai habis pun xder satu yg masuk lubang tandas semuanya MESTI salah tembak... habis basah dinding2, lantai2 serta pintu tandas berkenaan akibat tersalah tembak...
tapi anehnya kalau tandas rumah sendiri xpernah lupa... bersih berkilat sehingga secalit kuman pun xder.. agaknya aku kena check kot2 ade peynakit pelupa..
|
|
|
|
|
|
|
|
kelapaparut replied at 21-7-2015 06:17 PM
Ketiak c hubby basah, terpercik air jamban ke
Sama lah macam abang nya.ketiak basah |
|
|
|
|
|
|
|
Saya rasa ada betul apa yang you kata ni.
Depa berbeza style kehidupan nya.
Harap depa improve.
|
|
|
|
|
|
|
|
hensem jgk suami dia.. ketiak basah tu biasalah laki... |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi memang tak paham, kekadang ada tahi selonggok atas simen lantai toilet tu bukanna dalam lubang tapi atas simen, orang yg berak tu tak tahan sangat ke sampai tak nampak lubang tandas kat mana?? Ke berak dalam gelap?? Yang jadik mangsa orang yg masuk kemudian.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah atas keptihatinan.kesian saper yg tengah berak air trtiba xde |
|
|
|
|
|
|
|
ini semua salah amran la nih kan
ke salah bang nuar gak nih >? |
|
|
|
|
|
|
|
Syabas.....masa aku sarat ngandung aku penah jugak jumpa orang berhati mulia masa nak pakai tandas kat petron. Dia beratur depan aku. Agak lama dia dok dalam bilik air tu. Bila dia keluar dia mintak maaf sbb lama. Dia jirus air bg toilet tu bersih sikit sbb dia cakap kotor sgt. Kesian kat iolss. Tq sgt la sebab baik hati ye kakak. |
|
|
|
|
|
|
|
lubang jubo senget barangkali
|
|
|
|
|
|
|
| |
|