CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3010|Reply: 7

Cerpen: Nab, Yam dan Tik

[Copy link]
Post time 30-7-2015 06:19 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Ipo at 30-7-2015 05:19 PM

MALAM gelap itu cukup menakutkan. Ditambah lagi dengan deruan angin dan salakan anjing bersahutan dari hujung kampung. Yam yang sedang berehat dalam rumahnya semakin tidak keruan. Jelas dia mendengar suara sahutan anjing melolong lalu dia mendongak ke dada langit. Bulan mengambang penuh. Angin masih gila bertiup membuatkan rumahnya bergegar kuat. Dia berundur dan bersandar di dinding rumah yang diperbuat dari kayu pokok getah. Ya, begitu dhaif rumahnya. Tidak seperti kawannya Nab yang bernasib baik memiliki rumah yang cantik dan kukuh. Bergenang air matanya memikirkan semua itu. Nasibnya sungguh malang. Tinggal di rumah tinggal yang hanya berbumbungkan atap nipah yang bocor sana sini.

Suara sahutan anjing di hujung kampung masih kedengaran. Debaran jantung kian terasa. Malam semakin lewat. Dia mendongak lagi ke dada langit. Kilat menyambar kuat diikuti dentuman guruh. Yam pandang pula ke arah rumah Tik, kawan baiknya yang sama-sama mencari rezeki di kampung itu. Mereka berdua sering ke alur di belakang rumah untuk mencari rezeki. Hidup susah terpaksa kais pagi makan pagi. Rezeki petang pula habis waktu petang juga.
Tiba-tiba kedengaran namanya dilaung dari luar rumah. Yam merapati pintu dan menjenguk siapa yang datang.

"Yam! Tolong aku! Aku nak lari dari sini." Nab dalam ketakutan segera memberitahu.

"Kau nak lari? Kenapa?" Yam pula bingung. Mimpi apa Nab nak lari malam-malam buta begini.

"Aku dah tak ada masa la Yam. Mahat tu, gila tahu tak? Baru tadi aku dengar dia nak apa-apakan aku. Aku takut la Yam."

"Aku faham..Mahat tu dah buang tabiat agaknya. Patutlah dia tak pandang pun kat aku ni. Yalah..aku ni dah tua kerepot. Aku pun cadang nak lari dari kampung ni Nab. Aku dah tahan dengan Mahat tu. Habis keturunan aku dibunuhnya." Balas Yam pula.

Yam dan Nab mula berpakat dan mereka perlu juga mengajak seorang lagi kawan mereka, Tik. Langkah mereka diatur perlahan ke rumah Tik. Yam intai dari celah dinding rumah Tik yang berlubang. Kelihatan rumah Tik agak suram dengan cahaya lampu malam dan berbalam-balam.

Yam terdiam bila terdengar bunyi bising dari luar rumah. Dia tahu ada sesuatu yang tak kena. Sejak sebulan yang lalu lagi dia terdengar nasibnya akan berakhir pada lelaki itu. Lelaki bermisai lentik itu sentiasa menjeling tajam padanya. Namun apa yang pelik, lelaki itu sejak akhir-akhir ini berubah sikap. Selalu berbuat baik dengan Nab. Nampaknya ada udang di sebalik mi.

"Aku tak akan terpedaya dengan kau!" Marah Yam tiba-tiba bila teringat kata-kata lelaki itu dulu yang begitu menjengkelkan. Dia harus pergi jauh dari situ sebelum dia menjadi mangsa lelaki garang itu. Malah padanya lelaki itu tiada perikemanusiaan langsung!

"Kita harus cari jalan." Yam pandang Nab di sebelahnya. Tambah lagi esok sudah hari raya. Dia harus jauhkan diri dari lelaki gila itu.

Perlahan dia menapak ke rumah Tik. Kelihatan Tik sedang lena dibuai mimpi di luar rumah. Pelik melihat Tik yang langsung tidak hiraukan angin sejuk yang menerjah. Ah, Tik bukan mangsa lelaki itu. Lelaki itu hanya berminat padanya selama ini, bukan Tik dan sekarang ini selera Mahat beralih pada Nab pula.

"Tik..psstt..Tik.bangun la." Yam cuba mengejutkan Tik yang masih lena dibuai mimpi.

Terkebil-kebil Tik buka mata bila terasa badannya digoncang kuat. Dia pandang satu susuk tubuh tercegat di depannya. Dalam cahaya berbalam begitu, dia kurang pasti siapa gerangan yang berdiri di depannya ini.

"Kau siapa? Nak apa?" Tik bertanya. Masih tidak mengenali gerangan yang berdiri itu.

"Akulah..Yam. Kau ni..membuta saja. Aku tahulah kau tu kesayangan  Mahat tu." Yam duduk di sebelah Tik. Nab masih berada di luar memerhati sekitar.

"Oh kau Yam..nak apa kejut aku ni?" Tik masih terkebil-kebil.

"Aku nak ajak kau keluar dari sini.  Mahat tu jahat tau tak. Dia nak lakukan sesuatu kat Nab. Kan malam ni malam terakhir ramadhan.." Yam berbisik.

"Jadi?" Tik masih tidak faham.

"Kau ni! Lusa dah nak raya. Aku takut la Tik. Kau bukan tak tahu Mahat tu. Sejak akhir-akhir ni, dia baik semacam je dengan Nab. Sebelum ni, dia langsung tak pandang Nab.  Aku musykil la. " Yam berterus terang.

"Alah..biarkan sajalah dia tu. Kau bukan tak tahu  Mahat tu. Angin satu badan. Gila meroyan." Tik berkata sambil menguap.

"Aku dengar dia nak lakukan sesuatu kat aku. Jadi sebelum apa-apa jadi..baik aku blah dari sini. Kau nak ikut tak?" Nab mencelah,  bersungguh mengajak Tik yang  masih acuh tak acuh melayan perbualan.

"Ke mana?"

"Laa...lari la. Lagipun, kita menumpang tanah dia je. Bila-bila masa dia boleh tuntut balik tau! Minggu lepas, aku dengar  Mahat nak buat tak baik pada kau." Yam tepuk badan Tik.

"Maksud kau?"

Yam mula berbisik. Muka Tik mula berubah-ubah. Berkerut segalanya.

" Eii! Seriau aku!" Tik menggeliat.

Yam, Nab dan Tik mula berbincang. Malam itu juga mereka bertiga berpakat untuk tinggalkan kampung itu.  Mahat harus dijauhi dan lelaki itu harus diajar! Tidak semudah itu mereka diperkotak katikkan. Mahat memang gila. Gila kerana nakkan mereka bertiga serentak! Mentang-mentanglah mereka bertiga sebatang kara. Hidup pun menumpang saja.



MAHAT menggeliat kecil. Pagi itu dia tersenyum lebar. Esok sudah hendak raya. Dia sudah berjanji dengan anak-anaknya yang akan pulang beraya di kampung. Bila diceritakan pasal Nab, Tik dan Yam, mereka semua bersetuju saja malah menyokong niatnya yang murni itu. Sudah lama dia menyimpan hasrat itu dan baru tahun ini dia berpeluang merealisasikan hasratnya. Harap mereka sudi.

Pagi itu  Mahat segera ke pasar untuk membeli bahan-bahan untuk memasak juadah hari raya nanti. Dengan wajah yang sentiasa tersenyum, dia mula berangan. Senang bila anak-anaknya turut menyokong hasratnya. Usai membeli belah, Mahat pulang ke rumah. Senyumannya semakin lebar bila melihat berderet kereta anak-anaknya sudah bersidai di laman rumah yang luas.

Riuh rendah rumah Mahat dengan kehadiran anak-anak yang pulang dari perantauan. Mana tidaknya, seorang dari Australia, seorang lagi dari Amerika dan yang bongsu saja dari Kuala Lumpur, masih belajar. Mereka sama-sama bergotong royong mengemas rumah bersama sehinggalah ke petang.

"Ali, tolong ayah kejap."  Mahat mengajak anak lelaki sulung.

"Ke mana ayah?"

"Jumpa buah hati ayah la. Kan kamu juga setuju?" Sengih bibir kasar  Mahat saat menutur.

Ali turut senyum. Dia bersama ayahnya kemudian bersama menuju ke rumah Nab, Tik dan Yam. Ali senyum melihat telatah ayahnya yang tidak lekang dengan senyuman. Dia menggeleng beberapa kali sambil tersenyum.

"Ali..mana dia orang ni?" Mahat terhenti langkahnya. Keadaan di sekitar rumah Nab, Yam dan Tik sunyi sepi.

"Ada dalam  kut.." Ali jenguk ke dalam rumah Nab, Yam dan Tik. "Tak ada la ayah.."

"Cari mereka sampai dapat! Aku dah agak dah!" Mahat genggam kuat tangannya. Dia mengetap bibir. Hansur berkecai hasratnya yang disimpan selama ini.

Ali segera mengarahkan adiknya, Abu dan Abe turut sama mencari. Pencarian mereka gagal, hanya penat yang dapat. Sudah dua jam mencari masih tidak berjumpa juga.

"Sudahlah ayah. Kami nak ke pasar ni..." Pujuk Ali melihatkan ayahnya teresak-esak menangis.

"Yam..Tik..Nab..sampai hati.." Perasaan sebak Mahat sudah berganda-ganda.



ALI bersama adik-adiknya segera ke pasar. Mahat pula masih bersedih di rumah. Sampai saja di pasar, semua daging sudah habis. Kecewa mula terasa. Ali dan adik-adiknya hampa. Apa yang hendak mereka lakukan untuk ceriakan ayah di pagi raya nanti?

"Abang! Tengok tu! Macam ada orang jual daging  tu!" Unjuk Abu pada seorang budak yang sedang bertenggong di bawah pokok. Mereka bertiga mula menapak ke sana.

"Dik..berapa ringgit daging ni sekilo?" Tanya Abe pula pada budak yang pada hemahnya berusia lingkungan belasan tahun. Selonggok besar daging diletakkan di atas daun pisang.

"Saya bagi harga special untuk abang, abang nak ke? Cepat bang, nanti terlepas. Ni je yang tinggal." Sengih budak itu menawarkan pada Abe.

"Ok..abang nak. Berapa?" Jawab Ali pula.

"Semua sekali..RM150."

Mereka bertiga saling berpandangan dan terkejut kerana terlalu mahal untuk semua daging itu namun memandangkan ayah mereka teringin hendak makan, mereka beli juga lalu duit sebanyak seratus lima puluh ringgit dihulur dan daging bertukar tangan.

"Err..tak pernah nampak adik berniaga kat sini?" Abu pula mencelah. Dari tadi dia ingin bertanya.

"Oh..saya tinggal kampung sebelah bang. Baru hari ni berniaga.." Sengih bila diajukan soalan seperti itu. Budak itu menggaru kepala yang tak gatal.

Abu mengangguk-angguk. Dia mengajak Ali dan Abe pulang ke rumah. Hari itu, mereka bertiga pulang dengan perasaan lega.

Budak itu hanya melihat pada ketiga pemuda itu. Dia senyum sambil mencium wang kertas yang diterima tadi. Rezeki bulan ramadhan. Tidak sangka, bangun pagi tadi, dia ternampak seekor ayam, itik dan arnab sedang tidur di reban usangnya di belakang rumah. Terus saja diambil dan dibawa ke rumah Pak Karim untuk disembelih sebelum dibawa ke pasar untuk dijual.

"Nasiblah ada Nab, Yam dan Tik dalam reban aku tu..dapatlah aku merasa baju baru untuk raya tahun ni.."




Sekian.... hanya untuk suka-suka aje..

Selamat Hari Raya..



TAMAT...................................




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2015 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh agak dh mesti bukan orang...
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 09:45 PM | Show all posts
beh ipo.tpi bca komen org tu dulu bru sy bca.hiks.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 11:00 PM | Show all posts
jadi satay teruuihhh ccik nab oiii

pernah terjadi suatu hari.. nampak lauk ayam kat meja.. lantas ku baham nyum nyum nyum..
sekali kazen aku tanya.. 'sedap arnab goreng tuu?'
terus errkkk.. ... sedap sebenornye.. tapii fikirkan arnab yg comel.. adehhh...

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 06:41 AM | Show all posts
lama x makan sate... jahat permainan Conan ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Suspen saja...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-8-2015 04:09 PM | Show all posts

lma x nmpk u cegitu
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2015 03:17 PM | Show all posts

hehehe..cegitu malas nak masuk forum sebab iklan banyak sangat lately..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:10 PM GMT+8 , Processed in 0.070893 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list