View: 3048|Reply: 5
|
Wanita tua dipancung dituduh amal sihir
[Copy link]
|
|
GUWAHATI: Seorang wanita berusia 63 tahun di India dipenggal kepala dan mayatnya dikerat oleh penduduk kampung yang menuduhnya mengamalkan sihir, mengikut polis.
Tujuh orang ditangkap berhubung kematian Moni Orang, ibu kepada lima anak yang diculik dari rumahnya di negeri Assam, kelmarin selepas beberapa sami menuduh dia membaca mantera.
"Penyerang bersenjatakan parang dan senjata tajam lain menyerbu kampung dan menculik Moni Orang dari rumah dan membunuhnya secara kejam."Dia dipancung dan anggota tubuhnya dikerat," kata pegawai kanan polis, Manabendra Dev Roy.Semalam, penduduk kampung menyerbu balai polis bagi membantah penangkapan rakan mereka."Moni ahli sihir dan menjampi musuhnya. Dia memang patut dibunuh," kata seorang penduduk, Kiran Teronpi.Suami mangsa, R Orang, berkata isterinya tidak bersalah dan menuduh sami mencetuskan syak wasangka dan provokasi.
Percaya kepada sihir dan ajaran sesat masih berleluasa di beberapa kawasan miskin di India. Dalam sesetengah kes, wanita dibogelkan sebagai hukuman, dibakar hidup-hidup atau dihalau dari rumah dan dibunuh.Beberapa negeri termasuk Jharkhand memperkenalkan undang-undang khas untuk cuba mengekang jenayah terhadap sesiapa yang dituduh sebagai ahli sihir. - AFP
Sumber : http://www.bharian.com.my
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
baru dituduh ...belum terbukt lg |
|
|
|
|
|
|
|
Sami tu tak kene pancung ke?sukati jek nak tuduh2.... |
|
|
|
|
|
|
|
Sami tu yg salah.patut kena pancung sekali |
|
|
|
|
|
|
| |
|