CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1219|Reply: 0

Tips Bagaimana Bergaul Dengan Orang Yang Anda Tidak Sukai

[Copy link]
Post time 23-7-2015 01:47 PM | Show all posts |Read mode
Stress bermula apabila di hati kita wujud perasaan tidak puas hati, geram dan marah dengan situasi yang terjadi. Anda jadi stress sebab Anda tertekan memikirkan situasi yang akan  Anda lalui juga situasi yang telah Anda lalui. Anda stress sebab Anda  tidak suka dengan perangai seseorang. Anda merasa stress kerana tidak  senang memikirkan sikap sesetengah orang yang Anda kenali.

Ada  beberapa cara bagaimana menangani stress dalam pergaulan dan  perhubungan sesama kita. Jika Anda berada dalam situasi di mana Anda terpaksa berhadapan dengan orang yang Anda kurang senangi, caranya pasang niat di dalam hati.

Niatkan  Anda mahu berbaik-baik dengannya. Pastu tenangkan diri. Lafazkan niat  sekali diiringi dengan ketenangan, katakan “aku mahu berbaik-baik  dengannya, aku mahu merasa senang dengannya”.

Anda  akan perasan selepas beberapa minit Anda memasang niat tu di dalam  hati, dia akan baik-baik saja dengan Anda walau hakikatnya Anda kurang  senang dengan orang itu kerana sikapnya, perangainya, kata-katanya atau  mungkin dia pernah memarahi Anda hingga Anda merasa kurang enak  berdekatan dengan dia.

Sebagai  contoh, jika Anda seorang staff bawahan dan Anda merasa kurang senang  bila bos Anda ada berhampiran dengan Anda kemudian Anda pula merasa  stress dengan kehadirannya, gunakan cara ini. Pasang niat di dalam hati  Anda mahu berbaik-baik saja dengan bos Anda, selepas tu tenangkan diri.  Tak semua orang selesa bergaul dengan bos sendiri.

Minda separa sedar  Anda bekerja dengan cukup baik dalam keadaan emosi Anda tenang. Bila  Anda sudah pasang niat mahu berbaik-baik dengan seseorang, niat di hati  tu akan naik ke minda sedar Anda lalu di serap masuk ke dalam minda  separa sedar. Anda perlu bertenang untuk memudahkan niat tadi diserap  masuk dengan mudah ke dalam minda separa sedar. Jika Anda tidak  bertenang, niat itu akan terhalang dari diserap masuk.

Bila minda separa sedar sudah faham Anda mahu berbaik-baik dengan orang tadi tu, serta merta minda separa sedar akan menerbitkan gelombang positif .

Gelombang  ni keluar dari minda Anda, terlepas ke persekitaran Anda lalu diserap  masuk oleh minda orang-orang di sekeliling Anda. Orang yang Anda kurang  senangi tadi akan menyerap masuk gelombang yang terbit dari minda Anda kerana dia berada berhampiran Anda.

Gelombang minda Anda yang diterima oleh mindanya akan diserap masuk lalu turun ke dasar hatinya.Apa yang ada di dasar hatinya itulah yang akan mempengaruhi emosinya, kata-katanya dan perbuatannya.

Hatinya  mempengaruhi emosinya. Dia akan merasa senang dengan Anda walaupun  sebelum ni dia ada perasaan kurang senang dengan Anda.

Inilah caranya bagaimana Anda menjangkitkan perasaan positif, emosi positif dan fikiran positif  pada orang lain di sekitar Anda. Puncanya adalah Anda,semuanya bermula  dari Anda. Untuk Anda nak berbaik-baik dengan orang, Anda kena baik  hati, Anda kena pasang niat mahu berbaik-baik dengannya.

Cara ni langsung tidak akan berkesan jika di dalam hati Anda ada kebencian, dendam, rasa tidak puas hati, rasa tertekan, rasa tidak senang dan rasa marah. Jika semua perasaan ni ada walaupun sedikit, ia akan menggagalkan teknik tadi serta merta.

Sebelum  tidur dan selepas bangun, amalkan istighfar banyak-banyak , mohon ampun  pada Allah sebab Anda berisiko untuk menyakiti orang lain dengan merasa  benci dengannya atau tidak suka dengannya secara tidak sengaja tanpa  Anda sedari.



Allah  tidak suka orang yang benci-membenci, kesannya Anda akan mendapat  kemurkaan Allah, Anda akan mendapat musibah sebagai balasan atas  perbuatan Anda.


Maafkanlah kesalahan-kesalahan yang orang lain lakukan pada Anda. Kenapa? Supaya hati Anda bersih sentiasa.
Bila  hati sudah bersih, Anda senang untuk bergaul baik dengan orang-orang di  sekeliling dalam apa jua situasi. Mereka juga akan merasa senang dengan  Anda simply sebab Anda ada aura yang menyenangkan.


Aura adalah gelombang tenaga yang berada di sekeliling badan Anda.


Aura terbit dari minda separa sedar. Minda separa sedar pula di pengaruhi oleh hati dan fikiran Anda.


Itulah sebabnya amat penting sekali Anda menjaga kebersihan hati dan kepositifan fikiran supaya Anda senang ‘ngam tune’ dengan sesiapa sahaja.


Jika  Anda merasa benci dengan seseorang, secara automatik orang tu akan  benci dengan Anda. Dia akan merasa kurang senang dengan Anda secara tak  semena-mena.


Dia  tak tahu kenapa. Apa yang dia tahu, dia merasa timbulnya rasa benci,  meluat, kurang senang. Semua tu timbul secara tiba-tiba.


Puncanya, Anda benci dengan dia di dalam hati. Nampak tak kesannya? Inilah sebab kenapa Anda perlu belajar bagaimana mengemudi hati.

shauqi


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54892 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55320 Replies : 25
Mangkuk kosong pun kena bayar
ultra78Mangkuk kosong pun kena bayar
Views : 16312 Replies : 7
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 36419 Replies : 1323
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 5543 Replies : 178
'Lily' ditemui mati dengan menyayat hati, kaki dipotong. Update 26/12/2024 - Bangkai kucing dan anjing ditemui
ultra78'Lily' ditemui mati dengan menya
Views : 70731 Replies : 164
Aisar Khaled 'kejar'  Fuji ratu fyp Indonesia
sonya21Aisar Khaled 'kejar' Fuji ratu
Views : 30706 Replies : 39
Tanda tanya akhirnya terjawab, mahu berkahwin punca Syasya tinggalkan Dolla
babyorangeTanda tanya akhirnya terjawab, mahu berk
Views : 27719 Replies : 191
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 108431 Replies : 1133
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 43139 Replies : 1209

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 10:32 AM GMT+8 , Processed in 0.077960 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list