View: 5466|Reply: 12
|
6 Tips Berkesan Bagaimana Untuk Mengekalkan Hubungan Baik Dengan Kawan
[Copy link]
|
|
Islam menyuruh kita untuk berkenal-kenalan dengan seberapa ramai orang yang boleh. Ada banyak kelebihan kalau kita ada ramai kenalan atau kawan.
Antaranya kawan kita boleh menjadi :
- tempat kita meluah perasaan
- teman untuk kita berborak dan bertukar-tukar fikiran
- boleh juga jadi pelanggan (kalau kita berniaga)
- boleh menjadi teman dikala kita kesunyian @ boring
- boleh juga jadi penasihat kita kalau kita dalam kebuntuan
- dan banyak lagi laaa…
Pepatah Melayu pun ada mengatakan ;
Berkawan biar beribu, berkasih biar satu! Bermaksud, kita digalakkan untuk berkawan dengan seberapa ramai orang yang boleh.
Cuma persoalannya sekarang ialah ;
Bagaimanakah kita dapat mengekalkan hubungan baik dengan kawan kita yang sedia ada? Apakah caranya untuk kita kekalkan hubungan dengan kawan-kawan kita? Berikut ini saya kongsikan 6 tips berkesan bagaimana untuk mengekalkan hubungan baik dengan kawan-kawan kita.
Kalau anda jumpa kawan, pastikan anda beri salam dulu. Dan bila nak berpisah pun, ucap juga salam kepadanya. Fahami maksud kalimah salam itu. Dan ucapkanlah dengan penuh keikhlasan dan dengan niat kita berdoa kepada Allah supaya Allah sejahterakan sahabat kita tu.
Mengenai salam ni, nabi SAW ada berpesan dalam sabdanya ”
”Sesungguhnya manusia yang paling utama di sisi Allah ialah sesiapa yang memulakan salam.” (Hadith riwayat Abu Daud) - 2. Kenali perangai kawan anda
Bak kata pepatah Melayu ;
”Tak kenal, maka tak cinta”. Bermakna anda kena betul-betul mengenali siapa kawan anda. Adakah anda tahu faham perangai kawan-kawan anda? Apa kelemahan mereka? Apa kelebihan mereka? Dengan mengenali mereka sebenar-benarnya, anda dengan mudah dapat bertolak ansur dan memaafkan sekiranya berlaku perselisihan pendapat. Jadi, kenali mereka dan layan mereka mengikut personaliti mereka.
- 3. Menjadi pembela kepada kawan anda
Kalau kawan anda kena aniaya, kena kutuk atau kena umpat ker, anda kena la menjadi pembela kepada mereka. Kalau ada orang lain cerita keburukan mereka, jangan la anda mengiakan pula. Anda kena menafikannya dan cover mereka sebaik mungkin. Cerita tentang kebaikan mereka. Anda kena jadi penyokong, pemberi semangat dan menyebelahi kawan anda.
Kadang-kadang berlaku pergeseran atau perbalahan @ perselisihan faham antar anda dengan kawan anda. Itu perkara biasa. Kita kan manusia biasa. Sedangkan lidah lagi tergigit maa. Yang penting, anda jangan mudah ambil hati. Saling bermaafanlah dengan kawan anda. Kalau dia sakitkan hati anda, maafkanlah dia. Kalau anda pula yang telah melukakan hati dia (samada secara sengaja atau tidak), anda jangan segan untuk minta maaf. Minta maaf dan kira kosong-kosong balik.
- 5. Setia dalam persahabatan
Jangan khianati persahabatan anda. Contohnya, kalau kawan anda ada kongsi pengalamannya dan minta dirahsiakan. Jangan pula anda jaja cerita tu pada orang lain. Anda kena jaga amanah, jaga rahsia dan tidak mendedahkan keburukan kawan-kawan anda kepada orang lain. Jangan sekali-kali TIKAM BELAKANG kawan anda.
Jangan lupa untuk doakan kebaikan untuk kawan-kawan anda. Sebutlah nama mereka dalam doa anda. Doa adalah senjata yang paling ampuh dalam mengekalkan hubungan. Doakan apa saja kebaikan untuk kawan anda. Berdoalah pada Allah supaya hubungan anda dengan kawan-kawan sentiasa baik, mesra dan berkasih sayang antara sesama anda.
InsyaAllah, saya yakin, sekiranya anda amalkan 6 tips di atas tu, pastinya hubungan baik anda dengan kawan akan dapat dikekalkan.
Kongsikan artikel ini dengan semua kawan-kawan anda supaya mereka juga memahami perkara ini. Dan seterusnya menjaga hubungan baik dengan anda sebagai kawan mereka.
Saya doakan semoga hubungan persahabatan anda berkekalan dan sentiasa mesra. Aamiinn.
pakarhowto
|
|
|
|
|
|
|
|
tq krn share tips di atas.... kdg2 kite dlm b'kawan tp kite xknl peribadi kwn kite, xpnh tau mslh kwn kite tu, bile b'selisih phm je trs bwk diri.... |
|
|
|
|
|
|
|
saya cuba untuk menjadi kawan yang terbaik tapi sayang seribu kali sayang, diri ini masih lagi disalah erti............. |
|
|
|
|
|
|
|
itu okay lagi...ada yang tahu kita tak sihat, terus angkat kaki...
btw...bagus tip2 di atas mmg berkesan...InsyaAllah.
|
|
|
|
|
|
|
|
xpe, tatirania...
trskan usaha utk jd kwn yg t'baik tanpa m'hrpkan blsn.
in shaa Allah, kebaikan awak akan dibalas dgn blsn yg xdisangka kelak.
mane tau awak bakal m'dpt kwn baru yg lbh hargai awak. |
|
|
|
|
|
|
|
xptt kwn yg mcm tu.
kwn yg baik akan ade di sisi kite.
xkire sakit @ sihat, ssh @ sng... |
|
|
|
|
|
|
|
ada kawan mcm tu tapi ada juga yg tetap bersama walaupun kita susah/sakit...alhamdulillah...
semoga kita pun akan jadi kawan/sahabat yang baik untuk kawan/sahabat kita yang baik...InsyaAllah.
|
|
|
|
|
|
|
|
kan...
in shaa Allah...
sentiasa b'doa semoga hati sy selalu berasa kasih kpd kwn2... |
|
|
|
|
|
|
|
dulu i mcm ni..slalu bawa diri bila selisih paham tp skng slowly nak berubah lebih relax dan lebih empati
|
|
|
|
|
|
|
|
sy plak xde lah merajok @ bwk diri.
besenye kami settlekan dlm ari tu jgk jika ade mslh.
alhamdulillah, persahabatan sy dgn bff ade yg tlh b'usia 29thn (1 org), 20 thn (6org) & 15thn (5 org).
slbhnye hny kwn2 bese je... |
|
|
|
|
|
|
|
bestnya ramai bff...mcm mn u blh bkwn lama sgt mcm tu? i nk maintain pun ssh...pemalu pun ye jgk
|
|
|
|
|
|
|
|
samperit replied at 7-8-2015 07:29 PM
bestnya ramai bff...mcm mn u blh bkwn lama sgt mcm tu? i nk maintain pun ssh...pemalu pun ye jgk : ...
resepinye?
ikhlas, saling menerima segala kekurangan yg ade, jd pendengar & penasihat yg baik, jgn tikam blkg... |
|
|
|
|
|
|
|
InshaAllah akan dicoba...hehehe..tq |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|