CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1617|Reply: 2

Janji Allah Untuk Mereka Yang Ingin Berkahwin ( berdasarkan ayat Quran )

[Copy link]
Post time 23-7-2015 01:57 PM | Show all posts |Read mode


Apabila  seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan  timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau,  bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping.  Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan  keraguan.


Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…



1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki  yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita  yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah  untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)
Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah  sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang  soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang  baik buat kita. Amin.

2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan  orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki  dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan  kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”.  (An Nuur: 32)

Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk  berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan.  Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga.  Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka,  “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.

Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke  jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada  para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah,  dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.

Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila  tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah  kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang  lebih. Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka  yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian  Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?

3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu  seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya  merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara  kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits  no. 2518, dan Hakim 2: 160)

Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya,  maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan  Rasulullah dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.

4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu  isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram  kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang.  Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda  bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)

5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan  Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri  dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “.  (Al Mu’min : 60)

Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah  nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa  memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan  sebagainya.

Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya  adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat,  mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.

Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya  adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah  ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan  iqamah,

Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan  minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram  serta melakukan apa yang diharamkan Allah,

Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah,  mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha  Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.

Sebahagian orangapabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi  ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas  dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan  peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan  sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh  malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).

Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah  kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).

Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan  guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud  (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).

6. “Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)

Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang  pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah  Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.

7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,  sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 –  6)

Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak  kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik  sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada  kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam  Nasyrah.

8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah,  nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)

Agar Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan  berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan  penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan  pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita.

9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya.  Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj :  40)

10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)

Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun  Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih  sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka  kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.

Jadi, kenapa ragu – ragu dengan janji Allah?



-Sumber: Group Mahligai Sakinah ( Cinta / Mencari Jodoh / Perkahwinan )-


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2015 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Ajal, maut, jodoh pertemuan adalah tugas Allah.. sama2 kita berdoa agar dipertemukan jodoh yg bkekalan hingga ke jannah.. in sya Allah.  
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2015 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Ujian itu tanda Allah sayang, maka yakinlah akan janji Allah it.. sesungguhnya Allah tidak pernah memungkiri janji...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54892 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55320 Replies : 25
Mangkuk kosong pun kena bayar
ultra78Mangkuk kosong pun kena bayar
Views : 16312 Replies : 7
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 36419 Replies : 1323
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 5543 Replies : 178
'Lily' ditemui mati dengan menyayat hati, kaki dipotong. Update 26/12/2024 - Bangkai kucing dan anjing ditemui
ultra78'Lily' ditemui mati dengan menya
Views : 70731 Replies : 164
Aisar Khaled 'kejar'  Fuji ratu fyp Indonesia
sonya21Aisar Khaled 'kejar' Fuji ratu
Views : 30706 Replies : 39
Tanda tanya akhirnya terjawab, mahu berkahwin punca Syasya tinggalkan Dolla
babyorangeTanda tanya akhirnya terjawab, mahu berk
Views : 27719 Replies : 191
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 108431 Replies : 1133
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 43139 Replies : 1209

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 10:21 AM GMT+8 , Processed in 0.040510 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list