CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: anniez08

[Perak] UCAPAN BOD PANTAI BARAT - Ucapan SELAMAT HARI MALAYSIA - 16 SEPTEMBER 2022.

   Close [Copy link]
Post time 25-8-2017 10:31 AM | Show all posts
Salam AidilAdha 1438H kepada semua. Semoga AidilAdha pada tahun ini membawa 1000 keberkatan kepada semua umat Islam. Hayatilah pengertian ibadah korban dalam kehidupan kita seharian. Semoga Allah SWT memberkati kehidupan kita dunia dan akhirat.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2017 01:47 PM | Show all posts
Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-60, negara Malaysia yang tercinta
Moga keamanan dan keharmonian ini terus kita kecapi

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2017 01:50 PM | Show all posts
Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua
Kepada bakal haji, semoga ibadah diterima dan dikurniakan haji mabrur
Kepada yg berkorban, semoga korban kita diterima

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2017 12:06 AM | Show all posts
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke - 60

"Semoga keamanan dan kedamaian yang dinikmati sejak dahulu
berjaya dikekalkan sampai bila-bila.”


NEGARAKU SEHATI SEJIWA









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2017 12:29 AM | Show all posts
Selamat Hari Raya Aidiladha 1438H

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal.

Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua hari-hari ini dipanggil Hari Tasyrik.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2017 10:35 AM | Show all posts
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke 60


Negaraku Malaysia



semoga Malaysia terus makmur

dan rakyatnya hidup harmoni

negara kita sememangnya unik kerana

ada pelbagai bangsa










Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-8-2017 10:42 AM | Show all posts
Salam Aidil Adha 1438H

kepada semua warga Perak








Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2017 12:29 AM | Show all posts
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 60 Tahun.Semoga negara kita sentiasa aman dan makmur.. Aamin.









Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2017 12:30 AM | Show all posts
Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha 1438H
kepada semua warga CARI yg beragama Islam.





Tiga Peristiwa Sejarah Sempena Hari Raya Korban


Hari Raya Aidil Adha dipanggil juga hari raya haji atau hari raya korban bukan saja bagi meraikan kejayaan Umat Islam mengerjakan Fardu Haji tetapi terdapat tiga peristiwa sejarah yang perlu kita jadikan iktibar.


Peristiwa pertama adalah kisah Siti Hajar dan anaknya Ismail a.s yang diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada Nabi Ibrahim agar meninggalkan mereka di satu kawasan padang pasir yang tandus. Ia kini menjadi tumpuan jutaan umat islam menunaikan rukun islam yang ke lima iaitu Mekah.


Peristiwa kedua‚ adalah ibadah korban dilakukan sempena memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s. Namun, berkat kesabaran serta ketaatan kedua-dua ayah dan anak ini maka ALLAH telah menggantikannya dengan seekor binatang ketika Nabi Ibrahim sudah bersedia menyembelih anaknya itu.


Peristiwa ini telah dirakamkan oleh ALLAH sebagaimana firman ALLAH S.W.T:


“Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku akan menyembelihmu. Apakah pendapatmu?


Anaknya menjawab: Wahai ayah, lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu. Insya ALLAH, ayah akan mendapati aku termasuk orang-orang yang sabar.


Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah ALLAH itu), Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah. (Kami sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami).


Lantas Kami menyerunya: Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.


Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata dan kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar serta kami kekalkan baginya (nama yang harum) di kalangan orang-orang yang datang terkemudian.” Surah al-Soffaat: 101-108.


Peristiwa ketiga ialah pembinaan semula Kaabah oleh kedua-dua Nabi Allah yang mulia ini.


Allah mengutuskan Nabi Ibrahim untuk membina kembali Kaabah. Mematuhi perintah Allah itu, Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail membina semula Kaabah di atas timbunan batu dan tanah liat daripada bekas binaan Kaabah yang pernah dibuat oleh Syith yang runtuh akibat banjir dan taufan pada zaman Nabi Nuh.


Pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim daripada batu dari tujuh bukit di sekitar kota Mekah. Binaan Kaabah kali ini mempunyai dua sudut utama iaitu sudut Rukun Al-Hajarul Aswad dan Rukun Yamani dan satu sudut berbentuk melengkung pada bahagian yang bertentangan dengan kedua-dua sudut.


‘Dan (ingatlah), ketika kami menjadikan rumah itu (Baitullah) tempat berkumpul bagi manusia dan tempat yang aman. Jadikanlah sebahagian makam Ibrahim tempat solat.’

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2017 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Salam AidilAdha 1438H kepada semua warga cari
SELAMAT MENJALANKAN IBADAH KORBAN..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2017 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
**SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 60**


Sempena dengan hari kemerdekaan negara kita yang bakal tiba tidak lama lagi, kami nak kongsikan dengan anda tentang fakta yang jarang diketahui oleh rakyat Malaysia. Mungkin ada segelintir yang tahu tetapi kebanyakan rakyat Malaysia cuma tahu 31 Ogos 1957 sebagai Hari Kemerdekaan Malaysia dan juga hari-hari lain seperti Hari Penubuhan Malaysia, 16 September 1963.

Berikut 15 Fakta “Rare” Tentang Malaysia Yang Jarang Diketahui

1. Tunku Abdul Rahman pertama kali mengumumkan tarikh Kemerdekaan Tanah Melayu di Padang Pahlawan kat Bandar Hilir, Melaka, pada Feb 20, 1956.


2. Malaysia pernah menjalankan eksperimen Latihan Khidmat Negara yang pertama pada 1962, semasa Konfrontasi Indonesia. Pada ketika itu, remaja yang berumur antara 21 hingga 28 tahun diwajibkan untuk menjalani selama 2 tahun. Lebih lama berbanding latihan sekarang ini.

3. Perkampungan Wang Kelian di Perlis merupakan satu-satunya tempat di dunia di mana perlombongan timah di gua yang berskala besar dijalankan.


4. “Tun” merupakan gelaran persekutuan yang tertinggi dan bilangan penerima tidak bolehlebih daripada 25 orang yang masih hidup dalam satu masa.


5. Ruang gua yang paling besar di dunia adalah Gua Nasib Bagus yang terletak di Taman Negara Gunung Mulu di Sarawak, yang mana boleh memuatkan sebuah kapal terbang Boeing 747-200.


6. Malaysia mempunyai lebuhraya sejauh 65,877 km. Ini merupakan jarak yang lebih jauh daripada lilitan bumi yang sejauh 40,075 km.

7. Panggung wayang mula beroperasi di Tanah Melayu pada tahun 1933 dengan tayangan filem Melayu pertama iaitu Laila Majnun. Filem ini dihasilkan oleh B.S. Rajhans, seorang pengarah dari India. Filem ini diterbitkan oleh syarikat Motilal Chemical, yang berasal dari Bombay tetapi beroperasi di Singapura. Karya ini diadaptasi dari cerita cinta klasik rakyat Timur Tengah mengenai percintaan yang tidak direstui dan dipisahkan oleh keluarga masing-masing melalui watak Laila dan Majnun.


8. Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri Malaysia yang kedua dan Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia yang ketiga merupakan pelajar Silat Seni Gayong yang terkenal.

9. Penang Free School merupakan sekolah Inggeris yang tertua di Asia Tenggara, ia ditubuhkan oleh Rev. Sparke Hutchings pada tahun 1816.


10. Pulau Sipadan di Sabah merupakan salah satu tempat menyelam yang terbaik di dunia.


11. Gereja St. George di P.Pinang, dibina pada tahun 1818, merupakan gereja Anglican yang tertua di Asia Tenggara.


12. Ular Tedung yang terpanjang di dunia, yang berukuran 5.54 meter, telah ditangkap hidup-hidup di Port Dickson pada April 1937 dan kemudiannya membesar sehingga 5.71 meter di dalam kurungan di Zoo London.

13. Dr. Mani Jegathesan menjadi rakyat Malaysia yang pertama untuk memenangi pingat emas Sukan Asia pada tahun 1962 di Jakarta.


14. Semasa pertandingan rekabentuk Bendera Malaysia, sebanyak 373 reka bentuk bendera dikemukakan kepada Majlis Perundangan Persekutuan untuk pertimbangan dan pemilihan. Daripada jumlah itu, hanya tiga rekaan disenarai pendekkan sebelum benderaMohamed Hamzah dipilih kerana bendera Mohamed Hamzah mendapat pilihan majoritidan perkenan Mesyuarat Majlis Raja-raja.


15.  Nasi Kandar, sajian yang unik di Malaysia dan dibawa masuk oleh golongan India Muslim, ia merupakan makanan kegemaran di kebanyakan rakyat Malaysia. Nasi Kandar yang terbaik terdapat di P.Pinang.




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2017 01:42 PM | Show all posts
Edited by anniez08 at 28-8-2017 01:52 PM
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yg ke 60 kepada seluruh rakyat Malaysia
Semoga negara kita aman dan makmur serta sentiasa dalam lindungan Allah swt selalu hendakNya..
InsyaAllah.. aamin.


"Negaraku Sehati Sejiwa"








Sejarah

Persekutuan Malaysia, yang terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura dijadualkan diisytiharkan secara rasmi pada 31 Ogos 1963, bersamaan ulang tahun ke-6 kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu membuat tinjauan umum di Borneo Utara dan Sarawak.[2] Bagaimanapun, Borneo Utara dan Singapura masih lagi mendapat kemerdekaan daripada British pada 16 September 1963. Sarawak telah merdeka sebulan lebih awal pada 22 Julai 1963.

Pembentukan Malaysia kemudian diisytiharkan pada 16 September 1963, dan disambut sebagai Hari Malaysia. Sambutan kemerdekaan besar-besaran tetap diadakan pada 31 Ogos, tarikh asal kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, manakala Hari Malaysia cuma menjadi cuti umum di Sabah. Bagaimanapun, mulai 2000-an terdapat sedikit ketidakpuasan hati di Malaysia Timur yang mendakwa sambutan hari kebangsaan pada 31 Ogos terlalu bertumpuan Semenanjung Malaysia.[3][4] Pada 2009, kerajaan memutuskan bahawa bermula 2010, Hari Malaysia 16 September disambut sebagai cuti umum persekutuan bersama-sama dengan Hari Merdeka pada 31 Ogos.[5] Manakala bermula 2015, Menteri Ahmad Shabery Cheek menyatakan sambutan hari kemerdekaan mungkin disambut tanpa menyebut bilangan tahun agar tidak meminggirkan penduduk Sabah dan Sarawak.[6]




Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dibawa menyaksikan perbarisan ketika Hari Kebangsaan Tanah Melayu 1958.



Bapa Kemerdekaan, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj melaungkan "Merdeka" pada 31 Ogos 1957. Ini diikuti dengan upacara menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu sambil lagu Negaraku dimainkan buat pertama kalinya.


credit to: wikiwand.com




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2017 10:06 PM | Show all posts
Salam Aidil Adha di ucapkan kepada umat islam di CARI Forum.















Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2017 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts

Assalamualaikum warga forum.





Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2017 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2017 01:31 PM | Show all posts
selamat menyambut hari kebangsaan
yang ke 60



Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2017 01:35 PM | Show all posts
salam aidiladha


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2017 07:49 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2017 07:53 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2017 10:59 AM | Show all posts
SALAM KEMERDEKAAN KE -60, MALAYSIA.
SEMOGA TERUS BERSATU PADU DAN MAKMUR SEJAHTERA






Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.525810 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list