ANDA DIJEMPUT MEMBUAT UCAPAN SEMPENA HARI KEPUTERAAN SULTAN PERAK YANG KE-61
Merafak Sembah Setinggi-tinggi Tahniah dan Ucapan Selamat Kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda yang ke-61 pada 3 November 2017 Masihi bersamaan 14 Safar 1439 Hijrah.
Semoga Allah S.W.T merahmati Baginda sekeluarga dengan kebahagian, keafiatan serta melanjutkan usia Baginda sekeluarga. Amin.
Post time 4-11-2017 06:06 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Dirgahayu Tuanku, semoga seluruh negeri Perak Darul Ridzuan sentiasa didalam RahmatNya dan maju jaya serta aman tenteram di setiap ketika. Daulat Tuanku...
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah sempena sambutan Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Semoga Tuanku dilanjutkan usia dalam keafiatan dan senantiasa berada dalam lindungan ILAHI, hidup dengan penuh kebahagiaan dan kerukunan serta dianugerahkan segala taufik dan hidayah, kewibawaan dan kebesaran, kehormatan dan kemuliaan, darjat dan daulat, bersemayam di atas takhta singgahsana sebagai Amirulmukminin dengan penuh keberkatan fid-dunia wal-akhirat.
Semoga Allah lanjutkan usia Tuanku
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan
Sultan Nazrin Shah Muizzuddin Shah Ibni
Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al- Maghfur-lah
Sultan, Yang Dipertuan dan Pemerintah
Negeri Perak Darul Ridzuan
Merafak Sembah Setinggi-tinggi tahniah kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghful-Lah..
Semoga Perak bertambah aman dan maju dibawah naungan DYMM Tuanku Sultan ..
Selamat Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah yang ke-61..
Info
Kenapa Tarikh Keputeraan Sultan Perak Berubah Setiap Tahun?
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan hari ulang tahun keputeraan baginda diraikan pada hari Jumaat, minggu pertama bulan November setiap tahun, bermula tahun 2016..
Sembah tahniah dan panjang usia sempena sambutan rasmi hari ulang tahun keputeraan 2017 pada Hari Jumaat 3 November 2017.
“Hari ini maruah bangsa semakin diaibkan dengan perbuatan rasuah, pecah amanah, penipuan dan salah guna kuasa. Sewajarnya bangsa berwaspada dengan titik-titik nila yang akan memusnahkan susu sebelanga.” – Sultan Nazrin Shah, Sultan Perak.