CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 12436|Reply: 61

~^^CERPEN (U)^^~ PEDIHNYA BAHAGIA.

[Copy link]
Post time 27-7-2015 04:41 PM | Show all posts |Read mode
Edited by wipers81 at 27-7-2015 09:35 PM

Pstt.... ada buah tangan baru ya.
Cerpen.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-7-2015 04:43 PM | Show all posts
Edited by wipers81 at 27-7-2015 05:04 PM

PART 1


Terkial-kial Arfah mahu memakai kasut kerana terlalu gopoh. Paginya, sedikit kelam-kabut. Sudahlah dia terlewat bangun, boleh pula bekalan elektrik terputus pagi tadi. Baju yang dipakai, disambar mana yang sempat. Kerana terlalu mengantuk dia terlupa mahu mengunci jam locengnya. Itulah padah, jika semua kerja pada waktu pagi mahu dilakukan. Sumpah, lepas ini pakaiannya akan digosok di waktu malam. Setelah kasut tersarung kemas di kaki dan uniform kerja disangkut di lengan, dia melangkah dengan pantas menuju ke pintu pagar rumah sewanya. Sebaik mahu menutup pintu pagar, dia terpandang akan sesuatu lalu diamat-amatinya.

“Rasa macam ada yang tak kena aje?” Keningnya kelihatan sangat jelas bertaut. Tidak lama selepas itu dia menepuk dahi. Pemandangan yang terbentang luas di depan mata adalah pintu rumahnya yang sedang terpelangah dengan luas hinggakan perabot dan anak tangga di dalam kelihatan sangat jelas.

Aduh, dahlah aku lambat, boleh pula lupa tutup pintu. Nasib baik aku perasan, kalau tak buat amal jariahlah aku hari ni. Encik pencuri mesti berterima kasih dengan aku nanti.” Bebelan dituju khas kepada diri sendiri. Sendiri yang alpa. Dia berjalan masuk semula. Setelah memastikan pintu rumah telah berkunci, barulah dia kembali mengetap mangga di pintu pagarnya.

Enam tahun dia bekerja sebagai Quality Control (QC) di sebuah kilang membuat telefon, belum pernah lagi dia lewat. Hampir-hampir sahaja dia ketinggalan van yang mengambilnya di tempat biasa tadi. Sudahlah minggu ini dia perlu kerja di syif pagi. Subuhnya tadi pun cepat-cepat dikerjakan. Betul-betul kelam kabut dia.

Tiba sahaja di perkarangan kilang, tergesa-gesa dia berjalan. Kelompok manusia semakin berkurangan di kawasan kantin kerana ramai sudah mula beransur ke tempat masing-masing. Langkah semakin dihayun laju. Jika mempunyai sepasang sayap, sudah lama dia terbang. Berbaki tiga minit sahajalagi waktu syifnya akan bermula. Kerana terlalu mengejar masa, entah bagaimana langkahnnya pincang lantas dia terpelecok. Arfah jatuh terduduk dan dengan spontan tangannya memegang kaki. Belum sempat dia mahu mengaduh, tiba-tiba dia mendengar suara orang sedang ketawa, kuat pula tu. Terbahak-bahak empunya susuk itu ketawa. Meliar matanya, mencari punca suara itu.

“Kelam kabut betullah dia ni.”

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2015 04:48 PM | Show all posts
Edited by wipers81 at 27-7-2015 04:50 PM

PART 2


Mata Arfah semakin besar. Semakin kuat pula dia melihat empunya susuk itu gelak. Perlahan-lahan Arfah cuba bangun dan kini dia sudah berdiri dengan agak stabil. Sambil bibir bawah digigit kuat, matanya memainkan peranan, menjeling susuk itu dengan begitu tajam sekali. Geram pula melihat gelagat manusia di depan yang sesuka hati menggelakkannya. Memang cari nahas betul!

“Encik Ikram, gelakkan orang yang dalam kesusahan, satu tabiat yang tak baik,” tapi bertambah kuat lelaki itu ketawa. Arfah mengetap gigi, cuba menyabarkan hati. Lelaki itu, memang selalu mencari pasal dengannya. Ada saja kata-kata yang selalu menyakitkan hati akan dilemparkan padanya. Oleh kerana geram yang teramat dalam dipendam, atas bawah dia melihat lelaki yang memakai pakaian ala korporat, berseragam biru muda yang dikhaskan untuk penyelia. Pakaian saja kemas tetapi perangai... mengalahkan budak-budak pula. Rengusan halus sudah terhasil.

“Encik Ikram betul-betul tak ada kerja lain? Apa, tak pernah tengok orang jatuh?” Oktaf suara Arfah sudah bercampur baur. Semakin ditahan rasa geram. Jelingan tajam dilempar lagi tapi tak makan saman pula lelaki itu dengan maksud jelingannya. Semakin terbahak-bahak ketawa. Jangan-jangan, otak lelaki tu dah tak? Ah malas Arfah nak fikir lagi.

“Arfah, nilah hobi saya. Gelakkan awak, kenakan awak. Okeyapa? Terisi juga masa lapang saya ni. Sekurang-kurangnya, terubat juga rindu saya nak tengok awak.” Selamba sahaja jawapannya sedangkan bukan dia tidak nampak Arfah sudah mencebik bibir. Semakin tergoda dia dengan jelingan dari susuk itu. Nampak comel sangat.

Ei, meluat betullah. Tepilah, saya nak lalu. Buang masa melayan encik.” Arfah berlalu pergi berserta bebelan dan sungutan. Sakit di kaki tidaklah sehebat sakit di hati. Berdepan dengan lelaki itu selalu sahaja geram, meluat, menyampah dan entah apa lagi yang boleh menimbulkan rasa jengkel, menempel. Jika dihitung, belum pernah lagi ada kenangan manis terjadi antara mereka. Langkah semakin melaju, mujurlah tidak terseliuh teruk kakinya tadi. Dia mahu cepat sampai ke mejanya.

“Arfah, Ikram panggil!”

Arfah mendecit, “dia nak apa?”

Eh, manalah aku tahu? Pergilah tanya dia sendiri!”

Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2015 04:52 PM | Show all posts
Wow sis... Cerita baru sis... i like
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2015 04:54 PM | Show all posts
Edited by wipers81 at 27-7-2015 05:07 PM
PART 3



“Siapa nak ganti tempat aku ni?” Sambil matanya memandang deretan telefon yang sudah bersusun-susun, menanti untuk diperiksa. Memang itu tugasnya sebagai seorang QC. Sudahlah hari ini dia ditempatkan di line, bukan di tempat biasa. Duduk di line memang memenatkan, tambahan pula di line yang diselia oleh lelaki itu.

“Pandai-pandai kaulah Arfah.” Zarina berlalu pergi siap ditambah jelingan lagi.

Arfah merengus. Nada yang ditutur oleh Sabrina itu semakin menyakitkan hati. Penyelia dengan pembantu, sama saja perangai. Berlagak ya amat. Dijeling susuk pembantu penyelia di linenya yang sedang berjalan melenggang-lengguk bagai lagak seorang model. Pakaian wanita itu... tidak pernah dilihat longgar. Dah elok-elok seragam yang diberi longgar, diketatkan, mengalahkan seragam pramugari pula. Nak nasihat... makan nasihat ke Zarina?

“Lekaslah Arfah. Ikram tengah tunggu kau!”

Arfah tersentak dengan laungan itu. Ceh, hampeh betul Zarina. Boleh pula terpekik-pekik begitu. Mata-mata yang memandangnya, dia buat tidak endah.

Dia bangun, menuju ke tempat tuan penyelia itu. Tuanlah sangat. Mujurlah Raziq sudi menggantikannya. Mengada-ngada betul! Sesuka hati mengeluarkan arahan, memanggilnya. Padahal, dia bukanlah di bawah seliaan lelaki itu. Jika engkar, bimbang ada masalah akan timbul. Takut juga jika lelaki itu mengenakannya lagi, mengadu kepada pihak atasan bahawa dia cuai. Melepaskan barang yang rosak. Dia serik, sangat serik.

“Ada apa Encik Ikram panggil saya?” Mimik muka ditambah dengan nada yang jelas terkandung maksud... menyampah ditunjuk. Encik Ikram, memang itu yang dia panggil sejak dari mula kenal. Loya tekak mahu memanggil Ikram atau Abang Ikram seperti mereka yang lain.   

“Amboi, sombongnya. Tak nak duduk ke?”

“Tak apalah. Saya ada banyak kerja kat line tu.” Arfah langsung tidak memandang wajah lelaki yang dikata tampan, di mata orang lainlah. Sambil-sambil menjeling sekeliling, bukan dia tidak nampak mata-mata yang memerhati, memandangnya dengan pandangan sarat sinis sampai ada yang jeling-jeling. Belum lagi dikira yang berbisik-bisik sesama sendiri. Rimas! Puas dia berlagak selamba.

“Ada apa ni panggil saya?” Rimas pula dia melihat mata lelaki gatal itu yang merenungnya bagai mahu ditelan. Cungkil juga mata tu nanti, Arfah bergumam geram.

“Saja, nak tengok muka awak yang lawa tu. Tak boleh ke?”
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2015 04:54 PM | Show all posts

bookmark dulu yer..

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-7-2015 04:59 PM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 27-7-2015 04:52 PM
Wow sis... Cerita baru sis... i like

Selamat membaca Zam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2015 04:59 PM | Show all posts

Silakan UsuFie
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2015 05:02 PM | Show all posts
wah... Akak ni.hmm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2015 05:05 PM | Show all posts

Dia mai dah. Sila, silalah masuk ya.

Ya cheq... Esmiria. Awatnya?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2015 05:09 PM | Show all posts
Edited by wipers81 at 27-7-2015 05:12 PM

PART 4


Arfah sudah menyengetkan mulut sambil menjulingkan mata ke atas. Dia menarik nafas sedalam mungkin. Lelaki di hadapan... memang lapar penampar campur seranah agaknya?

“Salah ke Arfah?” Ikram bertanya lagi.

“Encik Ikram, saya ada banyak kerja nak dibuat. Tak ada masa nak layan encik. Saya tak nak nanti orang kata saya makan gaji buta pula. Oleh itu, saya minta diri dulu ya.” Fuh, formalnya bahasa.

“Nanti Arfah.”

Langkah Arfah terhenti. Masih teragak-agak, mahu berpaling atau tidak? Memang rasa menyampah sedangmenyemarak di dalam hati. Enam tahun mengenali lelaki itu, memang perasaan itu yang selalu ada padanya. Nak dikata terencat akal, elok saja dia tengok lelaki tu. Sempurna saja kejadian. Nak dikata tak matang lagi... dah 30 tahun pun umur. Tidak tahu apa yang tidak kena? Adakah dia yang salah menilai kerana rakannya yang lain mengatakan Encik Ikram itu sangat okey orangnya tetapi mengapa bagi Arfah sebaliknya pula?

“Arfah,” panggilan lelaki itu menyebabkanArfah pantas berpaling.

“Encik Ikram nak apa lagi!” Kan,sudah tertinggi nada suara. Mujurlah bunyi bising dari mesin-mesin di sekitar sedikit menenggelamkan nadanya itu.

“Saya, nak awak Arfah!”

Mata Arfah terbeliak, memandang muka lelaki yang beriak selamba.

“Encik Ikram demam ke? Kalau tak sihat pergilah klinik.”

“Sebab awaklah saya demam. Tak payah pergi klinik, awaklah ubat saya.”

“Encik Ikram ni dah tak betul agaknya?”

“Awak tak kisah ke kalau kawan dengan saya yang tak betul ni?”

Mata Arfah terasa mahu julingbetul-betul pula, berkali-kali aksi juling sudah dia buat dalam masa beberapa minit itu. Entah apa yang tidak kena pada otak lelaki itu. Berlaku litar pintas ke? Merepek, meraban. Geramnya dia.

“Encik Ikram jangan nak merepek. Saya tak suka!”

“Tapi saya suka.”

“Memang Encik Ikram dah gila.”

“Memang... saya gilakan awak Arfah.”

Ei...”sambil mengetap gigi, detap langkah semakin dilaju. Keinginan mahu segera pergi semakin meningkat hingga tiada tahap yang boleh dicapai. Entah angin apa pula yang melanda encik penyelia itu? Nasib baik itu penyelia... rasa hormat masih bersisa lagi. Kalau pekerja yang sama taraf sepertinya pasti akan makan penampar.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2015 05:50 PM | Show all posts
Edited by wipers81 at 27-7-2015 05:53 PM

PART 5




Arfah sedang duduk bermenung di tepi sungai, tempat dia selalu melepak. Batu-batu kecil yang dikutip, dibaling satu-persatu ke dalam sungai. Nafas panjang dihela. Jika orang lain pulang ke kampung halaman, pasti kedamaian akan menanti tetapi bagi dia... sebaliknya pula. Arfah tidak tahu statusnya dalam keluarga. Adakah anak kandung atau anak angkat? Emaknya, kalau meminta duit macamlah dia mesin ATM bergerak yang penuh dengan duit. Cucuk saja kad maka keluarlah duit. Tidak perlu risau tentang jumlah baki di dalam akaun.

Perbelanjaan untuk dirinya pun tidak pernah cukup, perlu pula menyara sepenuhnya emak di kampung. Bukanlah dia mengeluh. Ke mana pergi adik-beradiknya yang lain? Sejak mereka senang, semua menghilang. Dahulu, dari perbelanjaan sekolah adik-adiknya hinggalah berjaya masuk ke universiti semua dia yang tanggung. Dan kini setelah masing-masing sudah mendapat pekerjaan malah lebih bagus darinya, batang hidung pun tidak nampak.

Arman, sejak berkahwin, bayang pun tidak kelihatan. Amna yang baru lima bulan berkahwin, dengar khabar baru dinaikkan pangkat, turut sama menghilang. Arfah sudah letih menangisi nasibnya. Hingga kini, dia yang masih membujang. Bukan tidak ada rupa tapi kalau dah terlalu sibuk dengan kerja hingga terabai kesihatan, selalu sahaja dia kelihatan sugul dan lesu. Seri wajah, macam semakin menjauh darinya. Dia juga hairan dengan emak, tiap-tiap minggu akan menelefon meminta duit sedangkan semua keperluan rumah dan bil-bil emak, dia yang bayarkan. Tubir matanya sudah terasa panas. Serta-merta, air mata gugur. Sudah lama dia tidak menangis. Kali terakhir yang dia ingat, semasa ayah meninggal sepuluh tahun lepas.

“Habislah naik lagi tinggi air sungai tu nanti. Penuh dengan batu-batuyang awak baling.”

Arfah tersentak. Kejung tubuhnya seketika. Setelah agak bertenang, perlahan-lahan dia menoleh.

Kuss semangat.” Arfah meletak tangan ke bahu.

“Lah, terkejut ke Arfah.”

Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2015 07:52 PM | Show all posts
wipers81 replied at 27-7-2015 05:05 PM
Dia mai dah. Sila, silalah masuk ya.

Ya cheq... Esmiria. Awatnya?

asal ckp cmtu? apa? xleh mai ka?kalau akak dpn sy ni..sy cubit akk sbb ckp.cmtu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2015 07:55 PM | Show all posts
wipers81 replied at 27-7-2015 04:48 PM
PART 2

Mata Arfah semakin besar. Semakin kuat pula dia melihat empunya susuk itu gelak. Perlahan- ...

Jangan-jangan, otak lelaki tu dah tak?


you mean dah xde?
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2015 07:56 PM | Show all posts
wipers81 replied at 27-7-2015 04:54 PM
“Siapa nak ganti tempat aku ni?” Sambil matanya memandang deretan telefon yang sudah bersusu ...

jap.i know the ending.haha.last2 kawen kn?muahaha
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2015 08:00 PM | Show all posts

Leeme guess..kwn lma dia?Saja misteri.hmm


Sehangat perasaanku padamu.Muahahahaha.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2015 08:00 PM | Show all posts
muahaha.habih aku masuk.setiap part aku komen.hahaha.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2015 09:34 PM | Show all posts
Edited by wipers81 at 27-7-2015 09:37 PM

PART 6


“Awak ni Zul, buatnya saya terterjun dalam sungai tu tadi, tak ke jadi satu masalah. Dahlah saya ni tak reti berenang.” Cepat-cepat dia menyeka air mata. Enggan membenarkan lelaki itu nampak kerana tidak mahu ada sesi soal jawab nanti.

“Alah, macamlah saya nak tengok aje awak lemas. Dah tentu saya pun ‘terterjun sama.” Zulhasmi mengukir senyum.

“Ada-ada ajelah awak ni Zul. Bila balik?”

“Semalam. Tak sangka, jumpa juga awak akhirnya Arfah. Sihat?” Sesekali, dia menoleh ke arah gadis di sebelah.

“Alhamdulillah, Zul. Awak pula, sihat ke?” Saling berbalas soalan klise pula dia.

“Macam awak juga Arfah, sihat.”

Suasana berlalu sepi. Jika dulu, berdepan dengan Zulhasmi ada saja gurau senda antara mereka namun sejak Zulhasmi meluahkan isi hati padanya... semuanya bertukar kekok. Arfah mati kata-kata. Mahu melanjutkan perbualan tapi apa topik yang mahu dibualkan? Nak menoleh ke arah Zulhasmi yang sudah melabuhkan duduk di sebelah, keras pula batang lehernya. Duduk Arfah sedikit tidak kena. Dia... tidak selesa berdua-duaan begitu.

“Arfah,”

Panggilan itu... alahai kedengaran begitu romantik di telinga Arfah. Bagai angin sepoi-sepoi bahasa yang menampar cuping telinga hingga mampu membuatkan dia menelan liur yang tiba-tiba terpayau pula rasanya. Semua perkataan yang mahu dikeluarkan, tersekat di kerongkong. Terasa seperti di awang-awangan pula. Sekejap, bila pula dia berpacaran dengan Zulhasmi hingga perasaan begitu terbit?

“Arfah, kenapa ni? Semacam aje saya tengok?”

“Tak ada apa-apa Zul.” Takkanlah dia nak kata, ‘semacam sebab kau’. Arfah kembali mengeraskan lidah.

Zulhasmi mengerut kening. Kebisuan Arfah semakin menambah kerisauan dia. Dia perasan, semakin menjarang hubungan persahabatan mereka sekarang. Dia tahu, Arfah memang sengaja mengelak darinya kebelakangan ini. Itulah, mulutnya yang gatal, berani sangat meluahkan isi hati tapi... itu lima tahun yang dulu. Sampai sekarang dia masih menanti jawapan Arfah.

“Awak tak suka saya ada kat sini ke?” Dia menoleh sekilas, melihat riak Arfah.

“Zul, tak, bukan macam tu. Tak ada apa-apa cuma,” Arfah sudah gelabah.

Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2015 04:08 PM | Show all posts
sambung lagi cpt2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2015 04:23 PM | Show all posts
Edited by wipers81 at 24-8-2018 03:50 PM

PART 7


“Cuma apa Arfah?”

“Entahlah Zul, saya tak tahu kenapa sekarang saya macam segan dengan awak?” Arfah pantas berpaling ke kanan. Keningnya dikerut sebaik melihat susuk sasa di sebelah sedang ketawa, terbahak-bahak pula tu. Dia ada buat lawak ke hingga teruk begitu Zulhasmi ketawa?

“Awak memang pandai buat lawak Arfah. Segan atau awak memang ada hati kat saya?”

“Zul...” sambil gigi diketap dia menyebut nama lelaki itu. Ya tak ya juga. Mengapa perlu dia segan? Sudah lima tahun berlalu. Entah-ntah, Zulhasmi sudah ada pilihan hati. Dia pula yang perasan lebih. Arfah malas mahu melanjutkan kata-kata, lantas mendiamkan diri. Perasaan malu, semakin menyeruak. Kebas mukanya, menahan asakan malu dari dalam.

“Arfah,”

Yup.”

“Awak... solo lagi ke?”

Arfah membulatkan mata. Terkejut dia dengan soalan maut dari Zulhasmi.

Ah sudah, dia buat dah! Arfah, jangan perasan!’ Dialog timbal balik di dalam hatinya.

“Arfah,”

“Siapalah yang nak kat saya ni Zul?” Arfah senyum tawar.

“Saya nak, awak yang jual mahal.” Zulhasmi terdiam sebaik melihat palingan pantas Arfah memandangnya.

“Zul... marah nanti buah hati awak.”

“Buah hati? Siapa buah hati saya?”

“Takkan tak ada kot? Takkan semua perempuan kat luar sana rabun?” Arfah menggigit bibir sebaik Zulhisham meletuskan gelak.

“Yang saya tahu, awak sorang aje buah hati saya Arfah.”

Arfah bungkam. Dia bagai mahu tercekik dengan air liur sendiri. Lima tahun sudah berlalu, takkanlah Zulhasmi masih menyimpan perasaan padanya? Orang sekacak Zulhasmi, takkanlah tiada wanita sudi berkawan?

“Zul, saya...”

“Arfah, saya masih tunggu awak.”

Eh Zul, saya minta diri dulu. Terlupa, mak saya pesan suruh beli barang tadi.” Bingkas Arfah bangun, melajukan langkah ke motorsikal yang diparkir tidak jauh. Meninggalkan Zulhasmi yang sedang terpinga-pinga. Kejam. Sekali lagi melukakan hati lelaki itu. Dia sayangkan persahabatan antara mereka. Payah benar pintu hatinya mahu terkuak untuk menerima cinta teman sepermainan. Zulhasmi, sahabat sejak kecil. Mana mungkin diterima sebagai cinta hati.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:28 PM GMT+8 , Processed in 0.211196 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list