CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1305|Reply: 0

5 Alasan untuk Bercinta yang Tidak Bagus

[Copy link]
Post time 28-7-2015 10:07 AM | Show all posts |Read mode
1. Kawan korang semua dah kahwin, korang je yang belum.

Sampai satu tahap tu, kawan korang semua dah kahwin. Tak pun dah ada pasangan masing2. Korang je yang belum ada pasangan lagi. Dengan perasaan "loser" dan "forever alone", timbul la niat di hati nak mencari pasangan dengan alasan "member aku semua dah ada pasangan, tak kan aku takde". Nak cari pasangan, biar la ikhlas. Kalo tak jumpa jodoh korang skang, insyaAllah masa2 akan datang korang akan jumpa gak. Jodoh tu kan di tangan tuhan.




2. Korang tak tahan hidup sorang2.

Keluar makan sorang2. Pergi shopping sorang2. Pergi main futsal sorang2 (ni gila nama nyer). Balik raya sorang2. Dan korang mula rasa bosan hidup sorang2. Sunyi sepi. Forever alone. Tapi alasan ni pun tak bole pakai untuk korang nak start cari pasangan. Tak kan nak jawab "saya start bercinta ngan awak dlu sebab saya tak tahan hidup seorang diri" time bini korang tanya.





3. Sebab si dia ajak korang dating

Jangan terima kalo korang tak suka dia. Jangan terima just semata2 sebab dia single dan korang pun single gak. Kalo berkenan di hati, layan kan aje. Tapi kalo tak berkenan, sila beritahu awal2. Macam aku cakap tadi, kalo tak ikhlas, macam mana nak berkekalan. Jadi tak perlu korang start bercinta just semata2 sebab dia ajak korang dating.



4. Korang dah sampai "umur" itu

Apa "umur" itu? Dah tua sangat ek. Hehehe... Alasan ni pun tak bole pakai. Walaupun umur korang dah sampai satu tahap yang korang rasa "umur aku dah sekian2, tak kan tak nak kahwin", korang tak perlu la desperate sangat nak cari pasangan. Bukan aku suruh jangan cari pasangan. Cari la. Tapi niat kena btol. Jangan maen sapu je sape2 untuk dijadikan pasangan. Susah sangat, suruh mak korang carikan jodoh. Hehehe...



5. Korang nak seseorang untuk perbetulkan hidup korang.

Ni alasan buruk yang paling tak bole pakai, paling WINRAR untuk entri ni. Korang nak start bercinta supaya pasangan korang bole perbetulkan habit korang. Contoh, korang ni jenis perokok tegar. Nak berhenti sendiri tak mampu. Korang pun couple la dengan pasangan yang korang rasa agak tegas untuk menghalang korang daripada merokok. Bole lak macam tuh. Haishhh... Tapi kalo isteri nak cari suami yang bole membawa ke jalan yang benar, anda dialu-alukan.




[Ayang, kalo nampak abang merokok, ayang tampar abang laju2 ye]



p/s: apa2 pun, nak cari pasangan tuh biar la ikhlas...
http://aswadz.blogspot.com

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-1-2025 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.198001 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list