CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4401|Reply: 6

[Tempatan] Tolong Utamakan Keselamatan Pengguna Pengangkutan Awam!

[Copy link]
Post time 28-7-2015 05:31 PM | Show all posts |Read mode




Minggu lalu, dalam tempoh kira-kira 4 jam berturut-turut, tren Transit Aliran Ringan (LRT) bagi aliran Kelana Jaya dan laluan sekitar kawasan Lembah Klang menghadapi kerosakan.

Pada mulanya, gerabak tren LRT berhampiran Stesen Setiawangsa terbakar dan berasap tebal, namun tidak sampai 3 jam, tren LRT berhampiran Stesen Universiti pula turut berasap tebal berikutan masalah brek.




Walaupun kebakaran dapat dipadam segera dan tiada kecederaan ataupun kematian, tetapi insiden merbahaya yang terjadi dalam masa yang begitu singkat itu bukan sahaja mencemaskan pengguna LRT, malah juga memberi gambaran negatif buat orang ramai terhadap tahap keselamatan tren LRT yang sedia ada.

Kesannya amat besar sekiranya pengangkutan awam mengalami kerosakan, khususnya pada sebelah pagi yang merupakan waktu kemuncak bagi kebanyakan warga kerja yang sedang sibuk ke tempat kerja .



Ramai warga kerja pasti akan terlambat sampai ke pejabat dan juga menyebabkan kesesakan lalulintas akan bertambah teruk kerana terpaksa menggunakan kenderaan sendiri, sekaligus mengundang kemarahan orang ramai.   

Berdasarkan siasatan awal, punca kerosakan kedua-dua kejadian yang berlaku adalah disebabkan masalah brek. Ini merupakan kejadian kali keempat selepas dua kejadian yang berlaku pada bulan Februari dan September lalu yang juga berpunca dari kerosakan akibat masalah brek.



Pengangkutan awam mengalami kerosakan adalah perkara biasa, namun jika tren LRT aliran yang sama sahaja asyik berlaku kerosakan yang sama, ia tidak bolehlah dianggap masalah teknikal saja, ia mungkin juga disebabkan kelemahan pengurusan.

Selain memohon maaf, Prasarana Malaysia Berhad juga perlu segera mencari jalan penyelesaian bagi mengelakkan perkara seumpama ini berulang lagi di masa hadapan.



Transit Aliran Ringan (LRT) memberi kemudahan dari aspek pengangkutan buat orang awam, selain menjimatkan perbelanjaan, hasil penggunaan tren LRT turut membantu mengurangkan masalah kesesakan lalulintas yang semakin serius di kawasan Selangor dan Kuala Lumpur.

Dalam beberapa tahun ini, di bawah perancangan sistem pengangkutan awam, kerajaan sedang giat melakukan beberapa projek pembangunan di beberapa tempat termasuk sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Projek LRT Zon Ekonomi Iskandar, Projek Landasan Berkembar dari Gemas ke Johor Bahru dan Projek Keretapi Laju Malaysia Singapura.

Semua ini bertujuan untuk memberi perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih selesa dan menjimatkan masa untuk seluruh rakyat Malaysia. Sebahagian stesen LRT mempunyai kemudahan yang moden dan cantik, malah sistem penjualan tiket juga bertaraf antarabangsa.

Walaupun kemudahan pengangkutan awam kini dikatakan moden dan canggih, tetapi jaminan keselamatan juga harus diutamakan. Jika tren LRT sering berlaku kerosakan, ini akan menimbulkan kegusaran kepada orang ramai terhadap keselamatan strukturnya dan akan menyebabkan keyakinan pengguna tren LRT menurun.






Kerosakan pengangkutan awam yang lain seperti keretapi monorail turut pernah berlaku pada 30 Mac lalu, stesen di Titiwangsa dan stesen berhampiran Bukit Bintang turut berlaku insiden tayar berasap dan terkandas di landasan yang turut menjadi bualan hangat masyarakat ketika itu.



Kadar jumlah pengguna pengangkutan awam agak tinggi. Sekiranya berlaku kemalangan, ia boleh menyebabkan kecederaan dan kematian yang serius yang boleh berlaku pada bila-bila masa.

Pihak berwajib tidak boleh lagi memandang ringan terhadap perkara ini. Langkah yang sewajarnya seperti pemantauan yang lebih kerap dan mengadakan pemeriksaan berskala supaya keselamatan penumpang lebih terjamin. - CARI Infonet





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2015 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Nox ai dah fed up sesangat dgn lrt ni. Mantra ai kalau masuk stesen lrt je ai akan cakap imagine you're maya karin yg naik lrt 4 taun sekali dan uols akan backpacking di chile hujung taun ni tp still duduk hotel ada swimming pool dan bilik ada aircond.

Prasaranap sgt lrt ni.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2015 06:06 PM | Show all posts
tgk gambo berasap2 mcm ngeri je
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2015 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Bahaya nyaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2015 06:30 PM | Show all posts
Bagi meleis memimpin jadi mcm ne la ....
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2015 02:58 PM | Show all posts
revolusi_30: Bagi meleis memimpin jadi mcm ne la ....


tu pun xde tanda nak turunnn~~~
selain geleng kepala...apa yg boleh kita buat ya?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-8-2015 08:22 PM | Show all posts
Hemmm nk komen lelebih kang kne bash
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:20 AM GMT+8 , Processed in 0.062203 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list