CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 22870|Reply: 190

[Tempatan] Muhyiddin Jawab Persoalan Hari Ini Pukul 11 Pagi UPDATE#153 & #163

[Copy link]
Post time 29-7-2015 08:42 AM | Show all posts |Read mode
Edited by GhostWalking at 29-7-2015 09:05 AM

Muhyiddin jawab persoalan hari iniAstro Awani |                                                 Julai 29, 2015 07:46 MYT                    
                                                                                                                                                




                                 Muhyiddin akan menjawab semua soalan yang dikemukakan pada sidang media yang dijadualkan pada pukul 11 pagi hari ini. -Astro AWANI / Shahir Omar

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadualkan mengadakan sidang media di kediamannya hari ini, sehari selepas beliau disingkirkan daripada jawatan yang disandangnya sejak 2009 pada pengumuman rombakan Kabinet semalam.

Muhyiddin memberitahu pemberita yang berkumpul di luar kediamannya malam tadi bahawa beliau akan menjawab semua soalan yang dikemukakan pada sidang media yang dijadualkan pada pukul 11 pagi hari ini.

Kediaman Muhyiddin di Bukit Damansara terus menjadi tumpuan pemimpin dan ahli UMNO yang bersimpati dengan nasib yang menimpa ahli parlimen Pagoh itu.

Antara yang hadir ke kediamannya ialah, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Shafie Apdal yang turut disingkirkan dari Kabinet, Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee dan beberapa pemimpin UMNO yang lain.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir merupakan pemimpin UMNO yang terakhir berkunjung ke kediaman Muhyiddin malam tadi.

Dalam kenyataan medianya semalam, Muhyiddin memaklumkan beliau menerima keputusan Perdana Menteri yang menggugurkannya daripada senarai baru Kabinet dengan hati yang terbuka.

Bagaimanapun, beliau akan tetap mempertahankan prinsip dan pendiriannya dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Kecuali dalam isu 1MDB, saya mempunyai prinsip dan pendirian saya sendiri dalam mempertahankan hak rakyat, nama baik parti dan kepentingan negara.

"Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada Kabinet maka saya redha," katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook miliknya semalam.

Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, sebagai Timbalan Presiden Umno, beliau akan setia kepada perjuangan parti.

Pada masa sama, beliau berjanji akan terus melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan dan mencurahkan khidmat bakti demi memperkukuhkan parti serta mengembalikan keyakinan orang Melayu dan rakyat kepada UMNO.

Beliau mengakhiri kenyataannya itu dengan menyerahkan segalanya kepada Allah SWT.

"Kepada Allah saya berserah," katanya.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/muhyiddin-jawab-persoalan-hari-ini-67580



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2015 08:46 AM | Show all posts
kemah keming bohh...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
TT, tolong buat lintas langsung pukul 11 pagi kang okeehhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 08:51 AM | Show all posts
"Kecuali dalam isu 1MDB, saya mempunyai prinsip dan pendirian saya sendiri dalam mempertahankan hak rakyat, nama baik parti dan kepentingan negara.


mesti ade isu maha bsr ni....
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Kucut tulur jibby nnt
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 09:03 AM | Show all posts

jibby tak bertulur adek mia..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2015 09:05 AM | Show all posts
Buat pc nak tnya apa lg..aku rasa mcm dia dh jwb semua nya kan...satg balik2 ulang soklan yg sama..jwpn dah tentu2 sama gak  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2015 09:06 AM | Show all posts
EJALTI replied at 29-7-2015 12:47 AM
TT, tolong buat lintas langsung pukul 11 pagi kang okeehhhhh

iols serah pada uols dan yg lelain untuk hapdate kat sini kul 11 iols tak sempat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2015 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
harkktuih replied at 29-7-2015 09:03 AM
jibby tak bertulur adek mia..

Maap kn mia...

Mia terlupa...lol..
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 09:12 AM | Show all posts
Nasib Muhyiddin ni dah macam Abdul Wahub dalam citer 3 Abdul...

Abdul Wahub -" Sebut hospital jer harta kena potong?"

Muhyiddin- "Sebut 1MDB jer sume jawatan kena potong?"
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 09:13 AM | Show all posts

nanti saiful no.2 muncul...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 09:16 AM | Show all posts
sape2 bole hapdate nanti, tulunnnn
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 09:16 AM | Show all posts
GhostWalking replied at 29-7-2015 09:06 AM
iols serah pada uols dan yg lelain untuk hapdate kat sini kul 11 iols tak sempat

iols nk tgu abam ghost update.. xmo org lain.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Pukul 10am..keluar berita ada bekas menteri akan ditangkap berkaitan isu bestari?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2015 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
chinta89 replied at 29-7-2015 01:16 AM
iols nk tgu abam ghost update.. xmo org lain.

Arini abam bz sikit petang nnt baru dpt update xpe sesapa yg sempat boleh termasuk uols mmuah
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 09:29 AM | Show all posts
aku tak rasa Wak Yidin akan all out mcm anwar...
caya la...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2015 09:35 AM | Show all posts
kali ni lah kena all out wak yiddin.... kasi hantam sama itu ex big boss yang lupa daratan ....
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 09:40 AM | Show all posts
kamon wak yidin..spill the beans
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 09:49 AM | Show all posts
rasanya jib dah warn yg kaki2 jilat tu..if aku ke dalam, aku tarik ko jugak
dlm kes ni yidin mmg takde sangkut paut ngan 1mdb nampaknye..tidak pernah berkolaborasi ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 09:53 AM | Show all posts
Mgkin byk pertanyaan xkn dijawab..jawapan pn standard je..ok done
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mengumumkan..  Berakhirnya Hikayat Seekor Primadonna Wannabe
tumpanglalu74Mengumumkan.. Berakhirnya Hikayat Seeko
Views : 32206 Replies : 616
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3291 Replies : 39
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39519 Replies : 129
Kisah iblis betina yang tak pernah tidur pt.2
manoppKisah iblis betina yang tak pernah tidur
Views : 7581 Replies : 2
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 20600 Replies : 60
ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
kukukud450ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
Views : 1616 Replies : 0
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 45716 Replies : 57
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 356639 Replies : 3525
Wanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI Cha’ah buat netizen terkesima
YgBenarWanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI
Views : 63569 Replies : 74
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 4089 Replies : 100

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 08:06 AM GMT+8 , Processed in 1.699064 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list