Luahan Hati Anak Perempuan Zahid Hamidi Di Instagram..
Jul 29, 2015
http://mynewshub.cc/2015/07/29/luahan-hati-anak-perempuan-zahid-hamidi-di-instagram/#gs.9ee198ebe3b047adaa37c8c2200e41c5
PELANTIKAN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang baharu menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin nyata menerima pelbagai reaksi daripada netizen sejak diumumkan petang semalam.
Reaksi itu turut menarik perhatian anak perempuan Ahmad Zahid, Nurul Hidayah yang menzahirkan sokongan penuh terhadap bapanya selain mengucapkan tahniah menerusi laman Instagram, Sayanurulzahid.
Abah betapa orang sedang menyanjungmu, memujimu, memakimu, menyumpah seranahmu, kau tetap suami, abah, grandpa kami.
Tetaplah dengan Istiqamahmu, janjimu kepada Maha Pencipta. Sebagai anak, bukan status yang kami pandang. Abah tetap abah.
Pandanglah tanggungjawabmu dengan ‘mata hati’.
Kami redha akan perkongsian abah dengan tanggungjawab yang digalas.
Ketentuan Allah tidak terjangkau dek akal. Pesan abah ikut rasmi padi “makin berisi tambah menunduk” akan kekal sehingga akhir hayat kami.
Ini suatu amanah dan ujian Allah. All the best dan semoga Allah memberi kekuatan iman, taqwa, tabah n sabar pada Abah.
Ucapan yang dimuat naik anak kepada bapa ini nyata mencuri perhatian pengikutnya hingga ada menyifatkan status itu mempunyai makna mendalam dan menyentuh hati.
Menerusi kapsyen tersebut, Nurul Hidayah, 36, yang merupakan anak sulung Ahmad Zahid meluahkan perasaannya untuk cuba memahami tanggungjawab yang disandang si bapa meskipun menyedari masa untuk mereka bersama akan berkurang.
Apa yang diharap Nurul Hidayah, semoga bapanya akan menjalankan amanah yang diberi ini dengan tabah dan sabar.
– MYNEWSHUB.CC Oleh: CARRIE
|