CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14441|Reply: 177

[Tempatan] Kutipan tiket filem tempatan merosot. Ada yang kutip cuma RM6,763.50

[Copy link]
Post time 29-7-2015 11:28 PM | Show all posts |Read mode

Mungkinkah industri perfileman - sama seperti sektor lain - mengalami zaman lembab pada tahun ini?

Berdasarkan data rasmi dikeluarkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) sehingga 20 Ogos ini sebanyak 43 filem sudah ditayangkan di pawagam seluruh negara dan empat lagi menunggu giliran.

Daripada jumlah itu hanya RM24,611,251 dipungut daripada jualan tiket.

Secara bandingan, pada tahun lalu sebanyak 81 filem dihasilkan dan ditayangkan, manakala jumlah kutipan pula ialah RM74,611,454 menjadikan jumlah purata diperoleh setiap filem ialah RM921,129.

Berdasarkan data Finas untuk tahun ini, jumlah purata bagi setiap filem (setakat Julai) cuma RM572,354.

Dua filem terbaru ditayangkan - sejak 17 Julai lalu - ialah Suamiku Jatuh Dari Langit terbitan MIG Pictures Sdn Bhd memperoleh kutipan RM83,000 berbanding Gangsterrock - Kasi Sengat (YKS Film Maker Sdn Bhd) hanya RM44,000 selepas lima hari ditayangkan.

My Papa Rich - sebuah filem komedi dalam bahasa Mandarin terbitan Film Kingdom Group Sdn Bhd - menduduki tempat pertama dengan kutipan sebanyak RM3.03 juta bagi tempoh 22 hari tayangan.

The Journey pegang rekod

Filem kedua terlaris ialah Suamiku Encik Perfect 10 (Astro Shaw) yang mengumpul RM2.99 juta daripada 33 hari tayangan di 53 pawagam, diikuti Villa Nabila (terbitan Skop Production dan Viper Studios) yang meraih RM2.81 juta bagi tempoh tayangan selama 28 hari di 84 pawagam.

Produksi fiksyen Kru Studios, Cicakman 3 berada di tempat keempat apabila memungut RM2.56 juta selepas ditayangkan selama 28 hari di 69 pawagam.

Tempat kelima terlaris tahun ini ialah Pilot Cafe (Astro Shaw dan Tarantela Pic) mengumpul hanya RM1.69 juta selepas ditayangkan selama 19 hari bermula dari 30 April lalu.

Pada 2014 filem terlaris ialah produksi Astro Shaw, The Journey, yang memungut RM17.17 juta.

Filem paling rendah ialah produksi berbahasa Tamil, Khaithin Agarathi terbitan Anjana Film Production yang memungut hanya RM3,132 selepas enam hari ditayangkan di 16 pawagam.

Bagi tahun ini pula produksi paling rendah kutipan tiketnya ialah Kid, sebuah filem jenayah terbitan Fenomena Seni Produksi yang mengumpul RM6,763.50 hasil tayangan selama tujuh hari di 14 pawagam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2015 11:29 PM | Show all posts
Suamiku Jatuh Dari Langit


Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau cerita lelaki anak org kaya..muka nak konttol kawen paksa dengan pompuan miskin baik takyah masuk pawagam....kasi adam jitaria aq aq je la tgok...lol
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 11:37 PM | Show all posts
Awat AbamKucem semenjak dua ni asyik aq aq jer neh.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Dpt 6k je....? Byr sorang pelakon pn x lepas
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 11:39 PM | Show all posts
filem malaysia terutama filem melayu...tahap drama jer...
drama time raya lagi best layan....

dulu citer hantu...
kemudian citer gangster...
sekarang nih pulak aku tgk....
filem2 melayu main kat tajuk pulak.....
jalan citer kompom kelaut....

apa kebangangnyer....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2015 11:43 PM | Show all posts
Tajuk filem melayu yg mungkin pecah panggung:

-Dimanakah Kegelapan Ittew
-Ujikaji Dan Kajian Semula Cinta
-Cinta Kuku Kakimu
-Noda-Noda Berahi GST
-Kutitipkan Berahi Buatmu
-Bergocoh Cinta Kita

Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 11:43 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-7-2015 11:45 PM | Show all posts
tak laku?
jgn risau
akan ditayamg di TV masa Hari Raya
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 29-7-2015 11:37 PM
Awat AbamKucem semenjak dua ni asyik aq aq jer neh.

Saje je bang erpilter...lol
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 11:46 PM | Show all posts
industri muzik dah lama bungkus.. sekarang industri filem pula follow bungkus...nasib malaysia...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 11:58 PM | Show all posts
hehehe... aku tahu sgt punca semua ni bungkus... mmg ada dalang yg boleh dikatakan hebat bestari. tp bukan kategori jenayah.  'good luck' industri hiburan Malaysia..
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
The journey..best..
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 12:09 AM | Show all posts
Rakyat nak tengok sesangat 2 pilem nih:

1) Rahsia Rosmah tanpa mekap
2) Najib insap bersimpuh di pagi raya

Mesti pecah panggung untung berbilion-bilion habaq ang
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 12:26 AM | Show all posts
Xpayah tgk kat pawagam... Raya tagun depan ada tayang... Hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 12:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Suamiku encik beruang,sotong, jatuh dari langit...isteri separuh masa ni semua very the sampah punye tajuk.....tolong la industry kat Malaysia ni please grow up.  Indon yang miskin tu pun kalau buat filem mesti berkuality sampai nangis2 tengok.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2015 12:39 AM | Show all posts
iols rasa kalau si nedim tu tak kapel ngan nora bagi 4 bintang, dia pon x kuasa nak layan filem2 melayu...i bet u! hanya ummah pprt kg.com je yang gigih beli tiket filem2 melayu sebab corak jalan cerita lebih menjurus kepada market luar bandar. Tapi kalau filem2 macam arahan Yasmin Ahmad, ummah kg.com x layan...itulah masalah produser filem yang hanya fikirkan keuntungan sahaja tanpa mengambil kira impak keatas pemikiran/mentaliti masyarakat...lepas tu nak bising2 filem tak laku..ewwwww
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 12:39 AM | Show all posts
rasanya isu ni untuk tutup kes najib!
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 01:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Baek tgk spongebob kt tv dr mgabeh kn wet tgk film mlayu kt wyang..tak beshh n bosangg..
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 01:18 AM From the mobile phone | Show all posts
selayaknyala

asyik bikin cite gengster bapok lorong xpun cite akak2 tudung bawal felda  pprt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:31 PM GMT+8 , Processed in 1.040732 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list