CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1038|Reply: 4

[Tempatan] Kuching diisytihar Bandaraya Perpaduan, gelaran pertama di dunia

[Copy link]
Post time 30-7-2015 12:11 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Ibu negeri Sarawak, Kuching, akan diisytihar sebagai ‘Bandaraya Perpaduan’ dalam satu majlis khas yang diadakan di Stadium Perpaduan Kuching pada 1 Ogos ini.

Pengisytiharaan itu sekali gus menjadikan Kuching sebagai bandar raya pertama di Malaysia dan juga di dunia yang menerima gelaran tersebut.

Cadangan untuk mengisytiharkan Kuching sebagai Bandaraya Perpaduan ini diusulkan oleh Yayasan 1Malaysia pada 7 April lalu kepada Ketua Menterinya, Tan Sri Adenan Satem.

Menurut Pengerusi Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia, Dr Chandra Muzaffar, kelayakan Kuching adalah berdasarkan suasana interaksi kaum yang positif yang menjadi amalan negeri itu seperti perkahwinan campur serta kepekaan penghuninya terhadap budaya etnik masing-masing.



Antara lain, kata Dr Chandra, penggunaan bahasa Sarawak sebagai bahasa pertuturan utama di negeri itu turut menyumbang kepada perpaduan rakyat.

Sementara itu, sebuah forum akan diadakan pada 2 Ogos jam 9 pagi bertempat di Hotel Pullman, Kuching bagi menjelaskan perkara ini.

Antara ahli panel yang dijemput adalah Prof Madya Madeline Berma dan Prof Micheal Leigh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2015 12:17 PM | Show all posts
rakyat Kuching sangat bertoleransi antara satu sama lain..xde kira bangsa atau agama..mereka hormat satu sama lain.. Love Kuching people..
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan PBB yg kasi gelaran....
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 12:30 PM | Show all posts
La, self proclaim ke? ingatkan dapat pengikhtirafan antarabangsa... macam tu bandar raya lain pon boleh claim macam-macam title... ape pun, Kuching memang antara bandar raya yg bez, bersih, tenang, humble..
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2015 02:27 AM | Show all posts
setuju

tak macam melayu caprut semenanjung .. rasis esp org johor.. dah la jawa indon DNA... rasis lak tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:39 AM GMT+8 , Processed in 0.293673 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list