|
Edited by obelisk at 30-7-2015 06:44 PM
Gunting terbenam di muka
Oleh Aliana Lohan
am@hmetro.com.my
GAMBAR X-RAY menunjukkan gunting terbenam berhampiran mata.
Kota Samarahan: Murid lelaki cedera tertusuk gunting di muka dalam kejadian di kantin sekolah di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian 10 pagi itu, muka Faiz Kamirin, 10, tertusuk gunting yang dimain rakannya ketika makan di kantin sekolah.
Sumber berkata, ketika kejadian rakan mangsa yang bermain gunting secara tidak sengaja sehingga tertusuk di kiri muka hanya beberapa inci dari mata.
"Rakan mangsa kemudian memaklumkan mengenai kejadian itu kepada guru sekolah dan dibawa ke Pusat Jantung Samarahan.
"Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut," katanya.
Setakat ini, difahamkan mangsa masih di hospital, namun gunting itu sudah berjaya dikeluarkan.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Julai 2015 @ 2:09 PM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/67086
|
|