View: 3364|Reply: 11
|
[Politik]
Jika Inilah Cabarannya, Sama-sama Kita Hadapinya Demi Negara
[Copy link]
|
|
Oleh Adib Za
Pelbagai insiden, situasi dan perkara yang melanda rakyat Malaysia pada tahun 2015 ini khususnya.
Ternyata ia menjadi tahun yang sangat mencabar dan getir bukan sahaja di kalangan pemimpin negara malah keseluruhan rakyat.
(Sumber foto: 1dasia)
Masalah ekonomi global yang memberi impak kepada mata wang negara, penguatkuasaan GST dan kenaikan harga minyak.
Ini sahaja telah mencetuskan kegusaran di hati masyarakat. Ini kerana, bukan semua yang mempunyai pendapatan besar, mereka yang lain terpaksa bergelut dengan ekonomi harian yang kurang menentu.
Ditambah pula dengan isu perkauman yang diwujudkan oleh mereka yang sama sekali tidak bertanggungjawab dan ingin melihat kerapuhan perpaduan antara kaum. Isu Lowyat dilihat sengaja dibarakan terutamanya dengan kewujudan media sosial yang cepat merebak.
(Sumber foto: kleiklooster)
Bukan itu sahaja, barisan kepimpinan negara dilihat semakin goyah dengan skandal 1MBD, terbaru dengan rombakan kabinet yang menggugurkan orang kedua terpenting iaitu Timbalan Perdana Menteri.
Kegusaran dan kemarahan rakyat nampaknya tidak berpenghujung. Dibarakan lagi dengan pelbagai insiden dan kejutan dalam kerajaan ini, kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan dan kerajaan semakin menipis.
Begitulah antara bibit-bibit cabaran yang dipikul oleh semua rakyat Malaysia pada hari ini. Namun, persoalannya janganlah sampai semua masalah dan cabaran ini sesekali menggoyahkan kecintaan anda kepada negara.
(Sumber foto: Afsmas)
1. Andai inilah cabaran dan dugaan, sama-samalah semuanya berganding bahu dan bersatu padu membawa semula keamanan dan keharmonian dalam negara.
2. Jangan disimbah lagi api yang marak dengan minyak. Ada masanya, ketepikan seketika fahaman politik dan sama-sama kita sebagai rakyat memimpin tangan demi memartabatkan negara dan bangsa.
3. Menjelang bulan Ogos ini, bulan penuh sejarah, sama-sama kita mengekspresikan sentimen dan nilai positif, malah kecintaan pada negara meskipun ia mungkin semakin berbaki sedikit. Gabungkan semuanya, nescaya negara kita mampu naik semula.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
tema sambutan hari kemerdekaan ker
|
|
|
|
|
|
|
|
Choii la sis. |
|
|
|
|
|
|
|
konklusi?
apa yg akan dicapai setelah point 3 tercapai? |
|
|
|
|
|
|
|
Majoriti masalah berpunca dari najib
|
|
|
|
|
|
|
|
msalahnya Najib mengaku duit tu masuk dalam akaun die.. tapi kenapa tak SAMA-SAMA agihkan kepada rakyat?
sekarang nak SAMA-SAMA tangguh sebab negara... BANYAK SAMA SAMA CANTIK |
|
|
|
|
|
|
|
Sambut hari merdeka ni Bida'ah |
|
|
|
|
|
|
| |
|