CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4243|Reply: 34

[Tempatan] Prof Mohd Agus - Semua Rakyat Malaysia Kena Tahu Apa Itu TPPA

[Copy link]
Post time 31-7-2015 08:26 AM | Show all posts |Read mode
https://www.facebook.com/mohammadagus.yusoff/posts/10201543480771917?fref=nf

Mohammad Agus Yusoff

SAYA
menerima banyak permintaan dari sahabat supaya menulis tentang Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik atau Trans-Pacific Partnership Agreement yang akan ditandatangani pada Oktober nanti. Pada mulanya saya tidak mahu menulis tentang isu ini kerana mahu serahkan kepada pakar ekonomi untuk menulis mengenainya. Tetapi apabila tidak ada ulasan yang saya harapkan, maka saya menulis juga untuk memberi pencerahan kepada kawan-kawan supaya kita semua tahu tentang inti Perjanjian ini dan kesannya kepada kita.

TPPA adalah perjanjian multilateral terikat yang melibatkan negara Asia Pasifik seperti Australia, AS, New Zealand, Kanada, Mexico, Chile, Brunei, Malaysia dan Vietnam. TPPA ini alah tentang liberalisasi pasaran di mana negara ahli bebas berniaga di pasaran negara ahli secara terbuka sesuai dengan konsep globalisasi.

Masalahnya dengan TPPA ini ialah semua perbincangannya dibuat secara rahsia dan semua teks perbincangan adalah rahsia sehinggalah selepas empat tahun perjanjian dimeterai. Ini bermakna perjanjian TPPA ini meletakkan rakyat dalam kegelapan, sesuatu yang cukup pelik dalam sebuah dunia terbuka tanpa sempadan.


Apabila ditanya mengapa dirahsiakan, jawapan kerajaan adalah standard: Perjanjian ini baik untuk negara kerana memudahkan barangan kita untuk memasuki pasaran luar. Persoalannya, jika TPPA begitu bermanfaat, mengapa teks perjanjian yang sedang dirundingkan tidak dibentangkan untuk pengetahuan umum? Mengapa perlu berahsia?

Saya tanyakan hal di atas kerana terdapat beberapa klausa dalam TPPA ini yang akan memberikan kesan yang cukup besar kepada rakyat dan negara dan cukup membimbangkan saya. Untuk maklumat ringkas, di bawah ini saya perturunkan beberapa kesan negatif yang perlu sangat kita ketahui:

i. Hampir 80% harga ubat akan menjadi mahal, sehingga mencecah 1000% dari harga sekarang. Ini kerana ubat generik yang lebih murah tidak boleh dijual lagi kerana Malaysia terikat menggunakan ubat patented (asli) yang dihasilkan syarikat famarkeutikal dari luar negara. Kesannya akan menyukarkan pesakit berpendapatan rendah dan sederhana kerana kos untuk mendapatkan ubatan menjadi sangat tinggi. Bayangkan jika seorang guru menghidap penyakit barah yang memerlukan ubat bernilai RM7000 sebulan, mampukah mereka untuk membayar kos perubatan semahal itu? Apakah nasib ramai rakyat di negara kita nanti?

ii. Syarikat gergasi akan bebas berniaga di negara kita menyebabkan usahawan-usahawan kecil terpaksa bersaing dengan syarikat gergasi dari luar negara. Ini seolah-olah meletakkan kepentingan syarikat asing mengatasi kepentingan rakyat kita. Ini juga seperti memberi kuasa kepada negara maju seperti AS, Singapura dan Australia untuk mencereboh ekonomi negara kita.

iii. Kerajaan boleh disaman oleh pelabur luar di tribunal antarabangsa yang berpangkalan di Washington dan Geneva jika terdapat dasar-dasar kerajaan yang boleh merugikan hak pelabur luar dan menghalang aktiviti perdagangan mereka. Ini tentunya menjejaskan bidang kuasa kerajaan dalam menentukan apa yang terbaik untuk rakyat dan negara.

iv. Petani kita terpaksa bersaing dengan hasil pertanian luar negara. Lebih merisaukan lagi ialah TPPA bakal memberi kesan buruk ke atas industri padi negara apabila beras dari AS yang menerima subsidi yang tinggi dipasarkan di negara ini. Ratusan ribu keluarga petani padi di negara ini akan terjejas jika TPPA dimeterai.

v. TPPA juga menyebabkan bidang pelaburan dan khidmat undang-undang dan pelbagai khidmat profesional tempatan yang lain terpaksa berhadapan dengan persaingan pasaran terbuka. Mampukah industri perkhidmatan kita berhadapan dengan kemasukan syarikat gergasi ini?

vi. TPPA melanjutkan perlindungan hakcipta bahan-bahan rujukan dari 50 tahun selepas kematian penerbit kepada 120 tahun. Ini bermakna segala bahan-bahan rujukan yang kini percuma dan telah didigitalkan akan menjadi terhad kepada pengguna. Ini juga bermakna segala bahan rujukan wajib dibeli atau wajib dibayar sewa, sekaligus menghadkan kemudahan ilmu kepada rakyat yang kurang mampu.

Justeru implikasi TPPA ini besar kepada rakyat dan negara, maka saya merayu supaya kerajaan mengambil tindakan berikut terlebih dahulu sebelum memetarai perjanjian ini. Antaranya:

i. Menangguhkan perundingan TPPA sehingga segala teks mengenainya didedahkan kepada rakyat untuk mendapatkan maklumbalas. Rakyat berhak tahu dan diberi hak memberi pandangan kerana perjanjian ini melibatkan kualiti hidup mereka.

ii. Ahli parlimen perlu diberi pencerahan dan perlu membahaskan baik buruk Perjanjian ini. Semasa membahaskan hal ini, ahli parlimen perlulah melihat Perjanjian ini dari aspek kebaikannya untuk rakyat dan negara, bukannya berterusan terikat kepada kepentingan parti.

iii. Kerajaan mesti menolak status layanan tempatan yang perlu diberikan kepada syarikat gergasi luar.

Saya akui TPPA ini ada baiknya untuk negara kerana kita bergantung kepada kemasukan pelaburan luar untuk memacu ekonomi negara kita. Namun, setelah mengamati kesan perjanjian ini, saya dapati perundingan TPPA ini perlu disemak semula dengan teliti oleh kerajaan kerana ia memberi kesan besar kepada rakyat. Sekiranya kerajaan mendapati keburukannya lebih banyak dari kebaikan, maka masih belum terlewat untuk kita menarik diri daripada Perjanjian ini.

Harapan saya cuma satu dari keputusan muktamad yang bakal diambil oleh kerajaan nanti: Jangan biarkan anak cucu kita tergadai melalui perjanjian yang bersifat globalisasi ini. Jangan biarkan menang sorak kampung tergadai.

https://www.facebook.com/mohammadagus.yusoff/posts/10201543480771917?fref=nf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2015 08:52 AM | Show all posts
Tok pa akan sign....tp bukan di hawaii....sign kat washington kot
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 08:53 AM | Show all posts
mungkin ka buat deal dgn US supaya kes 1MDB boleh recover...who knows...Melayu UMNO mmg suka jual kedaultan negara....tp sebab melayu bukan cina...x kesah gitu
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 08:54 AM | Show all posts
harisbee replied at 31-7-2015 08:53 AM
mungkin ka buat deal dgn US supaya kes 1MDB boleh recover...who knows...Melayu UMNO mmg suka jual ke ...

Gitu lah dengornya... Sign kalu 1MDB lenyap...

Terima kasih TT sebab beri ilmu pagi2 ni...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Hidupppp BN! Jibon kan lembu US..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 09:53 AM | Show all posts
Rakyat Amerika pun tak setuju TPPA ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-7-2015 09:58 AM | Show all posts
Ingat TPPA ingat treponema pallidum kihkihkih
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 10:08 AM | Show all posts
Edited by dcruins at 31-7-2015 10:10 AM

pasal benda yang rahsia tu laaa banyak negara2 yang berunding masih tak nak sign, mereka2 yang berunding ni tau apa  rundingan rahsia tersebut dan sebab tu lah mereka masih tak nak sign, mesti kerana ada clause2 yang sensitif dan merugikan negara masing2....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2015 04:58 AM | Show all posts
melingkup.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 10:52 AM | Show all posts
Lama jugak TPPA nih... tp betul, tak banyak yg kita tau. Semua terlalu rahsia.
Kalau bagus utk rakyat takda benda nak dirahsiakan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 11:01 AM | Show all posts
nampak nya pelobi2 Beijing di pelbagai negara yang berunding berjaya melengah kan rundingan TPP ni yang sebenarnya satu ancaman kepada industri mereka yang majoriti besar milik asing, kalau mereka nak join pun bahaya sebab ada clause2 yang mereka kena ikut dan merugikan mereka. Kiri atau kanan, mereka kena 'check', silap haribulan 'checkmate', lebih baik sabotaj jer melalui saluran2 agent2 pelobi mereka di seluruh dunia....
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 11:05 AM | Show all posts
kalau macai lobai benar2 paham pasal TPPA, macai lobai akan sedar TPPA la yang korang perjuangkan selama ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 11:06 AM | Show all posts
tak ada ka Prof ni tulis versi BI....


nak hencap silakan...

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 11:11 AM | Show all posts
kemungkinan dalam kepala strategist2 dan diplomats negara kita sebenarnya cuma nak bermain game diplomatic jerr ni, kita ikut perundingan ni semata nak balance hubungan USA dan China dengan negara kita jer, kita ikut berunding US gembira,kita tak sign China juga gembira sebab title "kilang dunia" mereka terselamat.....

kalau ini lah dalam kepala strategist dan think tank kita, not bad gak..... kedua-dua kuasa besar ni rakan dagang besar kita, kena hati-hati bermain diplomatic game.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 12:30 PM | Show all posts
prof agus ni pon amik info dari internet kan?
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
stania83 replied at 1-8-2015 12:30 PM
prof agus ni pon amik info dari internet kan?

Blog syok sendiri kut. Lebih kurang macam gaya pakar ekonomi CI.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2015 02:01 PM | Show all posts
harisbee replied at 31-7-2015 08:52 AM
Tok pa akan sign....tp bukan di hawaii....sign kat washington kot

tok pa pun ada masalah ngan TPPA ne..

tuh sebab kot kabinet baru ada menteri MITI baru.. so ada 2 menteri MITI..

perlu ke sampai 2 menteri?

jeng jeng jeng..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 02:06 PM | Show all posts
macam mana Malaysia boleh terlibat dengan TPPA ni... dipilihkah? atau dipaksa join? atau saje-saje nak join? nape negara-negara lain takde lak dalam TPPA ni? Indonesia ke? Laos ke? Peru ke? Bolivia ke?
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 03:09 PM | Show all posts
NURMIMIE replied at 1-8-2015 02:01 PM
tok pa pun ada masalah ngan TPPA ne..

tuh sebab kot kabinet baru ada menteri MITI baru.. so ada ...

setakat mat maslan sebagai second minister, apa la yang boleh diharapkan.. entah2 mat maslan diletak sebab senang  jadi pak turut US nanti...

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 03:13 PM | Show all posts
rundingan TPPA ni macam orang masuk meminang anak dara kita la...

masa meminang macam2 digula2kan dengan kata2 manis.. ibarat menanam tebu ditepi bibir... dah setuju nanti dah dapat secara sah, anak dara tu dibuat macam hamba suruhan.. kena jaga mertua yang tua dan sakit la, kena berkhidmat untuk adik2 ipar yang masih bersekolah la, kena buat kerja rumah utk mertua la...

secara tradisionalnya ada yang anggap itu sebagai satu honour, sebab mampu berbakti pada keluarga.. tapi bagi yang berfikiran moden dan praktikal, itu semua satu penganiayaan...

bottomline, orang yang bertanggunjawab masa proses rundingan tu yang menentukan masa depan subjek...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 10:28 PM GMT+8 , Processed in 0.774432 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list