CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3083|Reply: 35

[Tempatan] Setiap pertukaran Menteri Pendidikan, pelajar jadi mangsa perubahan dasar

[Copy link]
Post time 1-8-2015 07:57 AM | Show all posts |Read mode
Kementerian Pendidikan akan mengekalkan dasar-dasar pendidikan sedia ada tetapi akan membuat pengubahsuaian jika terdapat keperluan, kata menterinya yang baharu Datuk Seri Mahdzir Khalid hari ini.

Beliau berkata walaupun dasar pendidikan sedia ada dikekalkan tetapi terdapat beberapa isu yang perlu diberikan perhatian termasuk berkenaan peningkatan bebanan tugas luar hakiki guru ketika ini.

"Dari semasa ke semasa kita akan tambah nilai dasar-dasar (pendidikan) sedia ada dan bukan bermaksud apabila berlakunya pertukaran Menteri Pendidikan, kita akan tukar semua sekali," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan rasmi untuk beliau di Kuala Nerang, di Padang Terap.

Katanya, dasar-dasar pendidikan negara digubal oleh mereka yang pakar dalam bidang pendidikan dengan objektif untuk menyediakan modal insan terbaik kepada negara.

Dalam rombakan Kabinet diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Selasa lepas, Mahdzir dilantik sebagai Menteri Pendidikan bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turut digugurkan sebagai timbalan perdana menteri.

Mahdzir sebelum ini ialah Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan juga bekas Menteri Besar Kedah.

Berhubung dakwaan kononnya pelajar bakal menjadi mangsa setiap kali perubahan dasar akibat pertukaran Menteri Pendidikan, beliau berkata dakwaan itu tidak berasas dan lebih kepada "cakap-cakap pembangkang."

Mengenai isu bebanan tugas bukan hakiki yang ditanggung guru, Mahdzir berkata kementerian memerlukan masa untuk mengkajinya.

Katanya, beliau terlebih dahulu perlu tahu apa yang dimaksudkan tentang bebanan luar tugas hakiki guru serta peratusannya terhadap keseluruhan tugas yang dilaksanakan oleh guru.

Lebih 1,000 masyarakat setempat hadir pada majlis sambutan rasmi untuk Mahdzir yang merupakan ahli Parlimen Padang Terap, yang diadakan di perkarangan Pejabat Umno Bahagian Padang Terap. – Bernama, 31 Julai, 2015.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2015 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Buat kajian je la kerja kementerian ni kan...:zz
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Betoi le tu...

Naseb korg lahhhhh...papepon mia da lepas hazab blajo..xkoser mia laaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Kajian lagi..hak kajian dulu mana pi dah?  
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti lah Ada projek program Baru... Nak buat duit jugak.. Juta2 masuk poket.. Yg jd mangsa mak pak n anak2
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 01:01 PM | Show all posts
mommymonster82 replied at 1-8-2015 11:50 AM
Kajian lagi..hak kajian dulu mana pi dah?

standard la kat mesia ni..nak nampak buat keje..samada gabung, tukar nama, kajian (yang x habis2), x pun penjenamaan semula
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-8-2015 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
saladin780 replied at 1-8-2015 01:01 PM
standard la kat mesia ni..nak nampak buat keje..samada gabung, tukar nama, kajian (yang x habis2), ...

Kan??? Tunggu jerlah sampai berjanggut...pusing2 situ tak habis2...hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 01:26 PM | Show all posts
mcm tulah ... keadaannya... kesannya cikgu n anak murid... n duit yg berhabisan dilaburkan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2015 02:03 PM | Show all posts
tu yang cikgu2 susah nak mahir dalam satu2 sistem..

blom sempat habis baca sistem sedia ada, dah mai pulak sistem baru..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Pendidikan elok duduk bawah negeri je la.  Senang.  Ikut dasar dan sistem kerajaan negeri.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
NURMIMIE replied at 1-8-2015 02:03 PM
tu yang cikgu2 susah nak mahir dalam satu2 sistem..

blom sempat habis baca sistem sedia ada, dah  ...

Tu 1 sebab...pastu sbb yg lain...pentadbir ikut pemahaman otak sendiri..xbaca SOP betul2..buku2 panduan xtak habis2 khatam.. main ikut otak dia jer...
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
as expected  ::
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 03:13 PM | Show all posts
Cikgu-cikgu sekarang nak habiskan silibus pun payah, kursus sana kursus sini, kena isi online sana online sini, program sana program sini, jap lagi tukar lak silibus kursus lagi, dipaksa lak menghadiri majlis kalau ada menteri turun, last skali budak terbiar terkapai-kapai di sekolah sebab cikgu duk sebuk dengan tugasan bukan mengajar dan tugasan luar - bila result murid jatuh menteri salahkan guru gak. Kalau ada sepuluh jabatan kat atas tu, sepuluh-sepuluh nak buat program masing-masing dan semuanya mengarahkan guru untuk melaksanakan setiap program tersebut. Diorang ingat cikgu ni apa, diorang boleh dump jer sebarang tugasan pada guru seolah-olah guru takda kerja lain di sekolah. Sepatutnya setiap pegawai yang ada kat atas tu sebelum dilantik perlu buat orientasi di sekolah selama 1 tahun dan kena mengajar macam cikgu-cikgu lain, barulah diorang lebih memahami situasi sebenar di sekolah. Konsep macam put yourself in other people's shoes.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 05:31 PM | Show all posts
meke apoh nak pedulikan...anak anak meke hatar obersee le...
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Prefer Madrasah!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
tukar menteri,tukar dasar la jawapnye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2015 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak cikgu yang sakit jiwa nanti ...... sekarang ni cikgu pun dah sibuk lagi dari doktor.
Cuti penggal kursus dan aktiviti sekolah.  Malam pulak kena key in maklumat kt internet macam maklumat sekolah dan murid.
Nanti salahkn cikgu gagal didik murid.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2015 06:35 PM | Show all posts
Menteri yg tukar dasar, pembangkang yg disalahkan

dakwaan itu tidak berasas dan lebih kepada "cakap-cakap pembangkang."
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Kementerian yg Ada brtukar menteri...
Pasti kena tempias nya.

CTH as this while...project pmbangunan dkt parlimen A...ttiba tukar mnteri..menteri tu Dr parlimen B...kena shift utk bangunkn parlimen B pula...

Nasib nasib hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Menteri pendidikan lantik dr kalangan akademik bukan politaik cakap senohong gelama ikan duri. Tak kira la pembangkang baik kerajaan. Biar dia setup kementerian dia sendiri. Panel khas diqujudkan utk menilai calon2 berkelayakan. Bukan main tunjuk dan lantil sesuka hati
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:12 PM GMT+8 , Processed in 0.843892 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list