View: 1541|Reply: 18
|
[Dunia]
Di China, ada kedai buku pertama tanpa pekerja, bayar ikut kemampuan
[Copy link]
|
|
NANJING 31 Julai - Sebuah kedai buku tanpa juruwang dan pekerja untuk memerhatikan buku-buku yang dijual di kedai itu, telah dibuka di wilayah ini dalam usaha memupuk semangat kejujuran dan integriti.
Sebaliknya, pelanggan di kedai buku yang diberi nama Honesty Bookstore itu hanya perlu melihat buku-buku yang dijual di kedai itu dan membayar mengikut kemampuan mereka dengan memasukkan wang tersebut ke dalam satu kotak berkunci yang ditempatkan di rak-rak buku di kedai berkenaan.
Laman web Oddity Central melaporkan, Honesty Bookshop yang terletak di Xinjiekou Street itu me­mpunyai empat rak buku yang menempatkan kira-kira 1,500 buku termasuk novel, buku kanak-kanak, dan bahan bacaan sains sosial.
Pemilik kedai berkenaan berkata, pembukaan kedai buku tersebut merupakan satu eksperimen untuk meningkatkan kesedaran tentang kejujuran dan integriti.
“Setakat ini, tiada lagi penipuan atau kecurian berlaku di kedai ini.
“Tanpa pekerja, tiada apa yang akan menghalang sesiapa sahaja untuk mengambil buku berkenaan kecuali nilai kejujuran,’’ kata pemilik kedai itu.
Laporan tentang kedai buku berkenaan disambut baik di China terutama selepas eksperimen itu mencapai hasil yang positif.
Dua tahun lalu, sebuah restoran di Fujian membenarkan pelanggan membayar harga makanan seikhlas hati dan tidak berdasarkan harga di dalam menu seperti yang dikenakan kedai makan biasa.
Bagaimanapun, kira-kira 20 pe­ratus pelanggan restoran itu tidak membayar dan pemiliknya dilaporkan mengalami kerugian sebanyak 250,000 yuan (RM153,755).
|
|
|
|
|
|
|
|
Bkn kt China.. kt Malaysia pn sama
Sah2 rugi la |
|
|
|
|
|
|
|
kt sni, sapa nk curi buku kecuali majalah seks oleh btg2 gatal |
|
|
|
|
|
|
|
kat surau, masjid pun selipar hilang
inikan taraf kedai buku |
|
|
|
|
|
|
|
selipar x pa la ilang bende leh dibawak..yg heranya kepala paip masjid pun ilang. |
|
|
|
|
|
|
|
tak cina kalau tak menipu
kata puribahasa melayu lah
|
|
|
|
|
|
|
|
dtg semejid siap bwk spanner dgn hammer....
|
|
|
|
|
|
|
|
Buku photostat jual harga buku betul
|
|
|
|
|
|
|
|
klu bayar RM1 utk sebiji buku kira bayarlah kan |
|
|
|
|
|
|
|
Kan? Macam dua magnet kutub utara dan selatan bertembung.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalo bt kt msia rmai tk yg jujur n mmbayar??? |
|
|
|
|
|
|
|
sini rugi memanjang je la kalu letak buku camtu..
bayar rm1 pun kira bayar la kan..
|
|
|
|
|
|
|
|
malaysia dah tak selamat..
polis mana?
|
|
|
|
|
|
|
|
cuba buat kat KL kalau berani?
dengan kedai2 tu sekali hilang. |
|
|
|
|
|
|
|
hanya bukak kat german je yang tak rugi....
kat china lantai escalator pon lupa nak screw...inikan nak bayar...lagi la wat2 lupa |
|
|
|
|
|
|
| |
|