CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1325|Reply: 0

Adakah Dia Masih Isteriku di Akhirat Kelak?

[Copy link]
Post time 1-8-2015 12:11 PM | Show all posts |Read mode
Ada satu persoalan cinta yang ditanya kepada Pakar Cinta baru-baru ini. Adakah kita masih boleh menjadi suami isteri di akhirat kelak?

Yelah, kalau kita lihat, di kaca tv, di radio, di dalam filem, sering kali pasangan bercinta menyebut: “Semoga kita berbahagia hingga ke akhir hayat”.

Sedangkan kita boleh je kalau nak terus menyebut ayat ini sambil berdoa:

“Semoga kita berbahagia hingga ke akhirat kelak”.



Buat pengetahuan sahabat Pakar Cinta semua, di bawah ini adalah sedikit penerangan yang akan menjelaskan persoalan di atas:




1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.

Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda: “Tiada si bujang di dalam syurga”
~ (HR Muslim).
Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita meninggal dunia setelah diceraikan & tak b’kahwin sesudahnya.

Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.

Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.

Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.

Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda:
“Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.”

pakar cinta


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 11:30 AM GMT+8 , Processed in 0.039588 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list