CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2319|Reply: 2

Fakta - Keunikan Cinta

[Copy link]
Post time 1-8-2015 12:14 PM | Show all posts |Read mode

Kehidupan kita di dunia ini penuh dengan informasi. Kita dihujani pelbagai maklumat baik yang berguna dan juga yang negatif. Berita-berita negatif seperti peperangan, pembunuhan, jenayah dan seumpamanya memberi energi negatif terhadap pemikiran kita.
Kita memerlukan cinta untuk mengimbangi energi negatif yang berada di persekitaran kita. Jadi saya bawakan fakta cinta yang boleh menceriakan hari anda dan boleh digunakan  inspirasi kepada hubungan anda.


1 Kajian otak manusia menunjukkan bahawa jika sesorang melihat dan merenung gambar orang yang disayanginya dalam tempoh yang lama, ia akan meransang bahagian ‘caudate’ otak – bahagian yang menghasilkan rasa kemahuan yang kuat (craving).

2 Lelaki yang mencium isterinya di pagi hari dikatakan akan hidup 5 tahun lebih lama daripada lelaki yang tidak melakukannya. ( Ape lagi, ciumlah isteri anda atau sekadar pelukan manja pun ok)

3 2 per 3 orang mengatakan bahawa mereka jatuh cinta kepada seseorang yang mereka kenal lama berbanding dengan seseorang yang mereka baru kenal.(Selebihnya cinta pandang pertama kot)

4 43% wanita tidak suka lelaki menulis ‘love’ atau ‘cinta’ di atas kad,email dan sms melainkan kata-kata tersebut disertakan dengan komitmen. ( Nampaknya kaum hawa memandang serius terhadap kata-kata cinta)

5 Seseorang yang baru jatuh cinta dan dilamun cinta akan mengeluarkan hormon serotonin yang sedikit, jumlahnya seperti tahap kandungan hormon orang yang dilanda penyakit obsesi terlampau. Sebab tu orang yang dilamun cinta memang kelihatan seperti orang gila

6 Mengikut kajian Dr. Helen Fisher dari  Rutgers University, penulis buku ‘Why We Love, apabila seseorang baru berpisah (break up), dia akan berasa semakin sayang terhadap bekas pasangannya. Bahagian otak yang membuat kita rasa gembira terus aktif pada ketika ini. (Sebab tu lah kebanyakan pasangan yang baru berpisah tak boleh tahan perasaan sayang dan rindu sewaktu mereka masih bersama dulu)

7 Mengikut teori matematik, seseorang seharusnya bercinta/couple dengan sedozen orang sebelum menemui pasangan yang boleh dijadikan pasangan hidup sejati. (Teori matematik je pon, sukati andalah nak ikut ke tak)

8 Ini akan mengejutkan anda : Cinta yang bahagia akan membuatkan kedua-dua lelaki dan wanita menjadi gembira. Semakin kuat komitmen mereka terhadap hubungan, semakin bertambah gembira mereka.

http://hafizan-malik.blogspot.com



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2015 06:38 PM | Show all posts
cinta juga boleh menghilangkan stress jika pandai menghargai cinta...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2015 01:59 PM | Show all posts
info #no 7
nanti di cop playgirl lak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54892 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55320 Replies : 25
Mangkuk kosong pun kena bayar
ultra78Mangkuk kosong pun kena bayar
Views : 16312 Replies : 7
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 36419 Replies : 1323
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 5543 Replies : 178
'Lily' ditemui mati dengan menyayat hati, kaki dipotong. Update 26/12/2024 - Bangkai kucing dan anjing ditemui
ultra78'Lily' ditemui mati dengan menya
Views : 70731 Replies : 164
Aisar Khaled 'kejar'  Fuji ratu fyp Indonesia
sonya21Aisar Khaled 'kejar' Fuji ratu
Views : 30706 Replies : 39
Tanda tanya akhirnya terjawab, mahu berkahwin punca Syasya tinggalkan Dolla
babyorangeTanda tanya akhirnya terjawab, mahu berk
Views : 27719 Replies : 191
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 108431 Replies : 1133
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 43139 Replies : 1209

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 10:25 AM GMT+8 , Processed in 0.083197 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list