CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1557|Reply: 10

[Politik] Fikrah “Hollier Than Thou” Yang Meresahkan

[Copy link]
Post time 1-8-2015 04:27 PM | Show all posts |Read mode
Fikrah “Hollier than thou” yang meresahkan – Ahmad Zhafri Md Noor

Pasca Muktamar PAS 2015 yang lalu begitu meresahkan saya, dan mungkin menyebabkan sebahagian daripada pemuda dan anggota masyarakat di Malaysia ini tidak senang duduk. Keresahan ini bukan bermula daripada penyingkiran sebahagian kumpulan dan menggantikan kumpulan tersebut dengan kumpulan yang lain. Keresahan ini juga bukan berakibatkan daripada merajuknya  golongan tersingkir daripada jawatan parti yang akhirnya membawa kepada penubuhan NGO baru – Gerakan Harapan Baru.

Dan saya fikir, keresahan ini bukan sekadar  pembunuhan karekter (character assassination)  secara berkala yang dilakukan dalam majlis-majlis rasmi parti dan tertutup yang dilakukan bertahun-tahun. Istilah barua, pengkhianat, parasit , munafiq haraki dan pelbagai lagi tohmahan diberikan  daripada satu kelompok kepada kelompok yang lain sehinggakan fenomena ini pernah ditegur Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) N Balasubramaniam  yang menyatakan rasa terkejutnya melihat amalan fitnah memfitnah dan saling melabel yang berlaku dalam parti Islam itu.

Keresahan saya adalah disebabkan kewujudkan segelintir anggota masyarakat yang melihat perbezaan ijtihad politik ini sebagaimana perbezaan antara Islam tulen dengan Islam tak tulen , antara pihak yang tuhan ‘meletakkan tanganNya’ kepada jemaahnya (organisasinya) dengan pihak yang menentang kebenaran,  antara para “mujahidin ” yang menegakkan hukum Allah dengan golongan tali barut Zionis antarabangsa.  Bahkan boleh dikatakan segelintir daripada mereka mentafsirkan  kelompok mereka sendiri secara jazm (tuntas)  sebagai kelompok yang disebut sebagai “jamaatul Muslimin” (jemaah orang Islam) , ghuraba’ (kelompok asing dan sedikit) dan juga firqatun najiyah (kelompok yang selamat).

Tuhan dijadikan satu objek yang dipergunakan untuk mewujudkan persepsi kelompok mereka cukup relevan, terpilih dan mulia di sisi Allah. Sesiapa yang menentang mereka adalah terdiri daripada kelompok yang menentang hukum Allah, paling tidak bersekongkol dengan musuh Allah, munafiq haraki, pembantu kuffar, parasit ,golongan yang mengikut hawa nafsu dan sebagainya. Bahkan diwujudkan istilah  tapisan  dan ditapis untuk menunjukkan Allah menapis kelompok mereka daripada perencanaan kelompok-kelompok ‘jahat’ tadi. Akibatnya, sebarang perbezaan cara pandang sesuatu isu dilihat sebagai satu dosa ,celaru fikrah, tidak mentaati pemimpin utama, bahkan dipandang sebagai kelompok yang terkeluar daripada jemaah mereka.

Istilah jemaah parasit ,pro-IRC, jemaah dalam jemaah, biro politik NGO dan Grand Design mula dipopularkan dan tersebar secara besar-besaran pasca Muktamar PAS yang lepas. Selama ini , istilah –istilah tersebut hanya tersebar di tamrin-tamrin, perjumpaan tertutup sesama ahli dan dalam program terpilih. Ia juga boleh dikatakan sebagai rahsia umum yang hanya diketahui pengamat-pengamat politik, ahli-ahli harakah Islamiyyah (Gerakan Islam)  dan kelompok Islamis yang lain. Namun istilah ini  dikeramatkan bagi mentahzir sesuatu kelompok melalui beberapa penulisan samaada dalam bentuk buku atau dalam bentuk status facebook.

Salah satunya adalah buku yang ditulis seorang pemegang Ijazah Doktor Falsafah Pengurusan Latihan yang dipasarkan dan dipromosikan semasa Muktamar yang lepas. Buku itu sendiri dikritik ketulenan faktanya orang terlibat. Dan ajaibnya, orang yang terlibat itu masih lagi hidup, sihat dan masih lagi aktif berpolitik namun tidak dijadikan sumber primer dalam penulisan buku sejarah jemaah  tersebut.  Akhirnya , ketulenan fakta itu menjadi polemik yang tak berkesudahan antara pengarang buku dengan  mereka yang terlibat.

Facebook juga dijadikan medan perjuangan dan jihad persis medan  Badar, Uhud, Khaibar, Mu’tah bahkan persis Medan Rabia di Mesir pada zaman moden ini. Dan ironinya, ‘jihad’ itu bukan dilancarkan kepada golongan murtad dan enggan bayar zakat seperti mana zaman pemerintahan Saidina Abu Bakar, atau kepada Nabi Palsu Musailamah Al Kazzab , tetapi dilancarkan terhadap sekelompok Islam yang lain. Peperangan ini bukan lagi dilihat sebagai peperangan hujah, intelektual dan penuh fakta tetapi dilihat sebagai peperangan disaluti persepsi, penuh prasangka, terpalit emosi, hikayat politik dari mulut ke mulut jauh daripada hujah yang benar. Malangnya , segelintir daripada manusia meyakini dan beriman inilah peperangan antara haq dan batil. Pemahaman literal ini amat sukar dibendung dalam udara penuh ketaksuban ini.

Saya berpandangan setiap manusia berhak mempunyai pemikiran mereka berada dalam kelompok (bangsa, negara, jemaah, organisasi) yang lebih baik daripada kelompok yang lain. Namun ia menjadi suatu sikap yang ekstrem apabila hanya menghadkan kebenaran itu hanya berada dalam kelompok mereka, dan kelompok lain berada dalam kesalahan dan kesesatan yang nyata. Apatah lagi menjadikan parti atau jemaah sebagai syarat lengkap keimanan !

Penggunaan dalil berupa nas Al Quran, hadis, bahkan kata-kata ulama untuk merujuk kepada kelompok mereka sahaja ditentang ramai ulama dan asatizah seperti Sheikh Solāh ‘Abd al-Fattāh al-Khālidī , Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin, Dr. Zaharuddin Abdul Rahman ,pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris, Dr. Rozaimi Ramle dan penceramah bebas, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil yang secara tuntas mengkritik penyalahgunaan dan penyalahtafsiran nas-nas Al Qur’an dan hadis. Sifat keumuman sesuatu nas itu tidak selayaknya dijadikan harta intelektual dan eksklusif sesuatu kelompok.

Saya fikir, setiap parti yang bergerak atas landasan demokrasi di Malaysia harus sedar mereka membawa satu bebanan untuk menterjemahkan demokrasi sepertimana yang diungkapkan Sir Abraham Lincoln , “Government of the people, by the people and for the people” (pemerintahan dari rakyat, rakyat dan untuk rakyat”. Setiap daripada parti politik, ahli politik bahkan anggota kepada parti politik harus sedar setiap daripada mereka membawa suara rakyat. Keberadaan  mereka sebagai perwakilan rakyat adalah dengan asbab untuk menjadi khadam kepada rakyat, bukan sebaliknya. Rakyat tidak seharusnya ditakutkan dengan dalil dan penghukuman di akhirat akibat tidak mengikut pandangan dan ijtihad mereka.

Sebenarnya mengungkapkan perkara-perkara di atas adalah sukar dalam situasi dan iklim politik Malaysia yang tak menentu. Ini ditambah lagi dengan kisah-kisah penyelewengan yang dikatakan dilakukan pegawai tinggi kerajaan dan pergolakan dalaman parti samaada bagi pihak parti-parti pembangkang dan juga Barisan Nasional.  Kedua-dua pihak, samaada pembangkang dan Barisan Nasional menghadapi satu krisis yang amat memenatkan, yakni krisis pemahaman dan pengamalan amalan demokrasi. Sebagai seorang anak muda yang membesar sepenuhnya di Malaysia, menonton “filem-filem “ sandiwara politik amat menakutkan.  Kesimpulannya, biarkan nas agama  berada dalam “daerahnya” yang tersendiri tanpa dimonopoli sekelompok manusia. Kita bukan berada dalam negara yang mengamalkan Wilayatul Faqih ! – 1 Ogos, 2015.

* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/fikrah-hollier-than-thou-yang-meresahkan-ahmad-zhafri-md-noor

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-8-2015 04:37 PM | Show all posts
Video muzik macam kerap terjadi. Kita nak tonton lagu. Tetiba ada pula yg cakap pasal aurat. Rimas. Jika nak beragama sangat jangan berinternet sebab byk image. Image kan haram.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2015 04:37 PM | Show all posts
Tak bertudung macam selalu jadi mangsa. Kena sindir jika bertudung nampak lebih cantik.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 04:39 PM | Show all posts
pikiran holiye ye ye ni bukan saje tertakluk pada lobai....pada satu ketika dulu lobai mendominasi pemikiran jenis begini...tapi di era moden ni...puak2 modenis yg paling ramai berpikiran begini.....suka kondem org..fahaman org lain..kepercayaan org lain yg dia pikir dia lagi bagus dari org lain.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 04:43 PM | Show all posts
--budak budak sekolah menengah budak budak uni mmg besar bakat dalam hollier than tho. makcik makcik mmg tak dapat nak tolong aaa dah blend dalam darah daging.

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Islam x dibentuk oleh kerajaan tapi wujud dr individu, keluarga, dan masyarakat.

Recep tayyip erdogan takkan wujud jika beliau bersekolah di aliran Sekular.

Adakah anak2 yg bersekolah di aliran kebangsaan boleh dipersalahkan sedangkan memang pendidikan negara sudah sebegitu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-8-2015 04:50 PM | Show all posts
Mia bc tajuk tt pastu mia pelik nape terngiang2 lagu spice Girls neh...

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
isele meleis ni lebih pd halal haram n nak hukum org... bukan pd nak selami ajaran islam n value sbg seorg islam... sekian..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2015 06:57 PM | Show all posts
tok-aji-perasan-ulama pas memang macam tu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Eloklahtu. Mmg ada sesetgh org tu yg ingat bila merata2 duk komen kalau bertudung kan cantik tu sebagai dakwah. Ni bukan pasal holier than sape2 pun tp pasal diasuh supaya dok suruh org ke jalan kebaikan la konon2nya tanpa menyedari yg bak kata najib, beliau boleh dinasihat tp ada caranya .

Kalau non melayu perasan entitled kat semua benda, nak masuk u, nak dapat diskaun, nak kontrak gomen , ada melayu perasan menyebarkan syiar islam tu keje diorang. Padahal kalau akhlak baik tak payah berdakwah pun org sejuk je mata memandang. Ada tu dahlah pic tak semenggah dgn bopren, post semua selfie edit pastu nak berdakwah kat retis.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 09:40 PM | Show all posts
Biarlah  orang  nak amal ajaran agama.  kalau semua pakat sekular mcm korang kang tak cukup pula harta dunia ni. Sebab masing2 nak jadi terkaya.  Lagi pula agama yg rules hidup manusiawi sejak berzaman.  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:02 PM GMT+8 , Processed in 0.059776 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list