CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2789|Reply: 26

[Tempatan] Skesta hujung minggu: Rayuan sayangilah UMNO

[Copy link]
Post time 1-8-2015 06:29 PM | Show all posts |Read mode
PULAU CAREY: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu agar ahli-ahli UMNO tidak bertindak mengorbankan parti itu hanya kerana masalah individu di dalam parti.

Itu reaksi beliau ke atas tindakan perletakan jawatan tiga pemimpin sayap UMNO bahagian selatan susulan pengguguran bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada Kabinet Selasa lalu.

Ismail yang baru dilantik sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dalam rombakan Kabinet baru-baru ini meminta agar semua ahli bertenang dan terus mempertahankan parti.

"Kita tunggu dan lihat, bagi saya kalau kita sayangkan UMNO, kita tidak akan korbankan UMNO hanya kerana seseorang.

"Saya harap kita bertenang, UMNO mesti dipertahankan, kalau kita hanya mempertahankan pemimpin, itu yang telah terjadi ketika peristiwa Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dahulu,” kata Ismail yang ditemui ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kuala Langat.

Ismail turut mengingatkan bahawa rombakan Kabinet merupakan satu perkara biasa berlaku di dalam kerajaan dan pernah beberapa kali berlaku di zaman pentadbiran Perdana Menteri terdahulu.

Dalam laporan media pada Jumaat, Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Tenggara Asrul Esreen Mohd Salleh dan  Saiful Zakry Ripin telah melepas jawatan dalam satu kenyataan rasmi.

Manakala, seorang lagi pemimpin sayap, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tebrau Suriyani Subar juga sudah meletakkan jawatan pada 13 Julai lalu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2015 06:38 PM | Show all posts
Siapa yang mempertahankan pemimpin.................???????
KIHKIHKIH - kuali kata belanga hitam.....
Bak kata seorang pemimpin Fiji lama dulu, KEADILAN is on
whose side u are. If u are on Najis' side, it is alright mempertahankan
pemimpin, tak gitu...............
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 06:47 PM | Show all posts
maey sobri masih kekal menteri bleh la eksen suruh ahli parti bersabar.
kalu esok lusa dia plak kene tendang, silap2 dia meroyan lagi hero dari wakyidin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2015 06:54 PM | Show all posts
Zahid minta ahli Umno terus sokong PM

Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta ahli Umno berdiri teguh untuk terus menyokong dan menyatakan taat setia kepada kepimpinan presiden parti Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata pihak tertentu, terutama pembangkang, sering kali berusaha menaburkan budaya kebencian terhadap Umno khususnya kerajaan Barisan Nasional.

Beliau berkata usaha yang cuba ditimbulkan oleh pembangkang itu dilihat sebagai untuk menimbulkan rasa kegelisahan dalam kalangan rakyat sehingga kebolehpercayaan terhadap kerajaan semakin terhakis.

"Pada ketika ini, apabila ada hal-hal yang dilanda gelombang, jangan ada sesiapa yang berusaha untuk mencampakkan nakhoda dari kapal, kita perlu bersama-sama nakhoda menempuh badai. Inilah sumpah dan janji kita.

"Tidak ada isu yang tidak boleh diatasi. Oleh itu, kita perlu memberikan sokongan dan dokongan yang sekuat-kuatnya kepada perdana menteri," katanya.

Zahid berkata demikian ketika berucap pada mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Bagan Datoh yang dirasmikan Pengerusi Perhubungan Umno Pahang di Wisma UMNO di Bagan Datoh hari ini.

Beliau juga mengulangi pendirian bahawa pelantikannya sebagai timbalan perdana menteri bukan sebagai "ghanimah" tetapi merupakan kebertanggungjawaban kepada seluruh rakyat di negara ini.

"Saya tidak akan pernah menggagalkan amanah dan kepercayaan yang diberikan oleh Perdana Menteri. Mudah-mudahan kombinasi ini akan digunakan sebaik-baiknya.   

"Apabila berada di sesuatu kedudukan, kita perlu memberikan perkhidmatan yang baik kepada seluruh rakyat tanpa mengira agama, kaum dan budaya," katanya. – Bernama, 1 Ogos, 2015.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 06:55 PM | Show all posts
Baik buat kempen "Makanlah Buah-buahan Tempatan". Lagi ada faedah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 07:07 PM | Show all posts
Kalu kaki kelentong kaa, kaki korup kaa, kaki propa jadi presiden parti tetap kena sokong jualah. Demi parti dan bangsa katanya.

Letak selipar jadi presiden buleh? Nak tengok dorang sembah demi parti ke tidak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-8-2015 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Jom nyanyi lagu umngok ramai2
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 07:08 PM | Show all posts
umno dah tak disayangi ahli sendiri. tu yang kena buat rayuan sana sini tu. kesian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2015 07:08 PM | Show all posts
Kalu sayangkan parti, buang jer yg buat taik pada parti.... tak kira laa jawatan apa pun.

Tapi kalu dah selipar pun disanjung-sanjung (atas nama demi parti) nak buat lagu mana lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Sayangi umngok
Yakini be end
Kita menjalin harapannnnn

Umngok terus maraaaa
Untuk rakyat banglaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 07:37 PM | Show all posts
Sandal replied at 1-8-2015 06:55 PM
Baik buat kempen "Makanlah Buah-buahan Tempatan". Lagi ada faedah.

Sayangi Sungai Kita tak masuk dalam acara kempen..?
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
ismail ni paham ke xpaham apa yg blaku skrg??
saper yg bmasalah skrg nih?? saper yg merosakkan  parti ko tuh??  ckp berpusing2 bputar2
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 07:43 PM | Show all posts
makin meluat tgk ada la...
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 07:45 PM | Show all posts
kalau makan taik pun org dah anggap hina,  ni SIAP JADI TAIK
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 07:45 PM | Show all posts
dulu ada lagu sayangi selangor bla2 masa nk pilhanraya. naik kejang telinga aku dalam KTM dok ulang2 lagu tu sbb nk amek alih slangor, last2 tumbang. adakah sumpahan yg sama terjadi?
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh la nyanyi lagu anak kecil main api reramai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2015 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku nk die kna tendang, apa ucapan die pastu??? Baru adil kn..stkt ko dpt jwatan menteri mmg lah blh bg stemen gud2..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dah tak paham ahli parti sendiri...kita boleh paham la betapa bengap pemimpin mereka dan ke mana hala tuju parti itu
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Middle finger
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia dah tau camtu suruh la najib turun...rakyat kurg bising, umno pun stable balik...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:19 PM GMT+8 , Processed in 0.066354 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list