CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: owen81

All About Perth, Australia Part IV

  [Copy link]
Post time 3-5-2018 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Makan kat Charcoal Chicken Dianella memang sedap, berbaloi-baloi. Menu dan harga dah berubah sikit.

Kitorang amik lamb rib set, AUD17.90. Amik biryani rice dgn mediterranean salad. Mmg sedap, puas hati makan share 2 org. Teringat-ingat sampai balik KL padahal iols tak makan kambing sebenarnya





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2018 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
New price Charcoal Chicken Dianella

LAMB

Lamb ribs+biryani rice+1 salad 17.90
Lamb ribs+chips 15.90
Lamb ribs+3 salad 17.90

Lamb only:
Full rack of lamb ribs 19.90
Half rack of lamb ribs 12.90

CHICKEN

Quarter chicken+biryani rice+1 salad 14.90
Half chicken+biryani rice+1 salad 19.90

Chicken only:
Portugues chicken quarter 6.50
Portuguese chicken half 12.50
Portuguese chicken whole 18.50

Biryani rice:
Small 6.90
Medium 8.90
Large 10.90
Extra large 14.90
Jumbo 19.90

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2018 09:20 AM | Show all posts
moonbug replied at 3-5-2018 02:51 PM
Makan kat Charcoal Chicken Dianella memang sedap, berbaloi-baloi. Menu dan harga dah berubah sikit.  ...

TQ for sharing. Nmpk sungguh menyelerakan..

Camne nak g CCD ni via public transport? Last time g tk smpt / tk tau, next trip kena pegi ni..

Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2018 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by moonbug at 4-5-2018 11:12 AM
bonita replied at 4-5-2018 09:20 AM
TQ for sharing. Nmpk sungguh menyelerakan..

Camne nak g CCD ni via public transport? Last time  ...


Charcoal Chicken Dianella via public transport:

From Perth CBD boleh naik bus Transperth no 960 (to Mirrabooka stn). Journey dlm 20 minutes. Nanti turun kat Alexander Drive after Grand Prom. Dalam bas, tgk on your right side across the street nanti nampak Caltex, Coles, Dianella Plaza. Turun bas, cross jalan. Charcoal Chicken ni sebelah Caltex. Dia kecik je, kena jalan pusing2 sikit ke belakang baru jumpa. Sebelah tu ada byk kedai makan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2018 03:14 PM | Show all posts
Adelisa replied at 27-2-2018 01:35 AM
Salam pkenalan
selama ni active kt bod gossip bru smlm kwn bgtau ada bod pelancongan psl perth..
...

Thank you very much for your input and infosDefinitely sangat membantu kawan2 yang nak ke Perth




And agree sangat2 tentang habits segelintir Malaysian ni when abroad and pasal issue prayer room


But satu je yang I nak pesan
This PM2 thing sangat2 tak di encourage di sini kecuali yg personal
Nanti penuh posting2 yang type 'PM iols jugak' 'Iols pun nak' etc etc
Sebab kalau you jawab di sini in open forum semua boleh share OK


Thanks again and teruskan berforum


Peace
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2018 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Thank you momod bagi kacang Nips
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-5-2018 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Entrance fee utk national parks sekarang dah naik to AUD13.00 per vehicle.

Yg nak ke Pinnacles tu kalau terus ke Nambung National Park bayar AUD13 nanti simpan resit tu kalau lps tu nak singgah national park lain. Boleh guna same receipt utk any national parks for one day.

Kalau singgah Yanchep national park dulu before ke Pinnacles then sama juga, bayar masa masuk Yanchep lps tu pakai resit tu kat Nambung.

Yg tak tau lagi, Pinnacles desert kat Nambung. Yanchep ada byk wild kangaroos and koalas. Boleh picnic tepi tasik Loch McNess and trail walking kat sini. Also kalau ada masa boleh pegi Yanchep Lagoon, cantik.

Kalau nak tgk Indian Ocean up close, boleh singgah Two Rocks Beach dekat dgn Lancelin. Tapi sini byk dog poo sbb dogs are allowed on this beach so hati-hati melangkah ye.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2018 11:04 AM | Show all posts
sape pernah ke pertu during summer aka curi sekolah disember...mmg panas dan byk lalat ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2018 11:59 AM | Show all posts
moonbug replied at 4-5-2018 11:10 AM
Charcoal Chicken Dianella via public transport:

From Perth CBD boleh naik bus Transperth no 9 ...

Thank you very much, really2 appreciate this.

Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2018 12:18 PM | Show all posts
tukul replied at 6-5-2018 11:04 AM
sape pernah ke pertu during summer aka curi sekolah disember...mmg panas dan byk lalat ke

Macam cuaca kat sini je tapi menjelang petang selalunya dah sejuk sikit.  Bab lalat bukan semua tempat ada nak2 kalau CBD area, hanya area park tu kadang ada so pakai ler repallent dan pasang net pada stroller kalau ada bawak anak kecik.  Selalunya kalau hujung tahun kat sana ada sale sebab dah nak dekat Xmas.  Kedai pun kadang banyak yang lambat tutup dari biasa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2018 02:25 PM | Show all posts
Hai semua.. saya baru balik dari Perth minggu lepas 1 Mei.. Nak share sikit pengalaman saya kat sana.

First day, 26 April flight AA jam 0005 from KUL to Perth. Sampai Perth airport dalam lebih kurang 0530, settlekan imigresen semua dalam jam 7pagi baru settle. Saya berdua je dengan suami.. makanan kami bawak makanan dalam tin, semua lepas je. Tapi please declare. Beli sim Optus aud10, line laju unless kat tengah2 hutan.

7.30pagi, naik bas nombor 380 (kalau tak silap) ke Bandar untuk ambik kereta kat Bayswater car rental. Smooth process, around 8pagi dah start kereta untuk ke Albany. Kereta kami Toyota Corolla hatchback, bersih dan baru, minyak pun full. Nanti pulangkan kena full balik ya.
Perjalanan ke Albany amik masa dalam 5-6 jam, sebab kami ada berhenti di IGA supermarket dan isi minyak. Ikut hadlaju, so perjalanan slow dan tenang je. Jalan kiri kanan banyak ladang je. Tak bukak aircond sebab weather sangat best masa tu, sejuk je. Truck besar2 banyak betul menghala ke Bandar Perth.

Around 2-3 ptg tu kami sampai Bandar Albany, check in kat 1849 Backpackers. Book through Agoda. One thing about Australian is they are really polite, friendly and helpful. orang yang attend kami ialah Megalis (mungkin salah eja), sangat membantu dan layan kami macam dah lama kenal. Kami amik bilik double bed tapi dia bagi katil 2 tingkat yang bawahnya double atasnya single. Toilet di luar, payah sikit la. Tapi kami stay 1 malam je so takde masalah.

Lepas check in, kami ke The Gap & Natural Bridge. In my opinion, this was the best view throughout our journey. Saya sangat recommend tempat ni, view dia sangat2 indah. Lepas habiskan masa kt sini kami balik ke tempat penginapan dan tapau kebab di sana. Jalan dalam 5 minit je sampai dah kedai tu dari hostel. Pukul 5.30 ptg kt sana dah gelap dah. Sejuk, nyaman je. Malam tu mungkin terlalu penat sebab tak selesa tidur kat dalam airplane, kami tidur awal.

27 april, pagi tu kami ke Middleton Beach dan Dog Rock. Kemudian, kami bercadang untuk terus ke Busselton dan skip Augusta sebab takut tak sempat. Kami nak singgah di Elephant Rock dan Greens Pool. Tak jauh pun dari Albany.. Sini pun sangat cantik, aman damai je. Siapa2 rasa nak ketenangan boleh la singgah sini. Disebabkan trip ni honeymoon, kami takde rushing ke mana2, just enjoy dan masa flexible. Kemudian kami terus ke Busselton. Journey ke sana baru terasa lama dan boring sebab kiri kanan hutan dan ladang je. Ada juga jual buah dan sayur murah2 tapi kami tak singgah beli.

Sampai di Busselton dalam 6.30ptg, dah gelap. Kami check in di Itacha Motel, recommended juga. Bangunan lama, ada rasa seram sikit tapi okay je kami tidur. Malam tu kami keluar ke area Busselton Jetty dan kat sekitar tu ada macam event, ada food truck, rally race.. Dan recreation park dia jugak full dengan remaja dan budak yang main skateboard, scooter dan roller blade. Mungkin sebab malam minggu, so ramai kat tempat tu. Duduk tepi pantai tu sangat2 sejuk tapi orang sana ade je yang pakai seluar pendek.. haha. Tak sejuk ke?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2018 02:26 PM | Show all posts
Edited by hanshinbi at 7-5-2018 02:28 PM

28 april. Kami mula bergerak ke Bandar Perth balik sebab nak pulangkan kereta petang tu. Kami singgah di Cicerello’s Mandurah. Husband amik lobster dan fish, saya amik salt and pepper squid. Sedap tapi portion besar sangat sampai kami kena tapau bawak balik. Dan sebenarnya takdela sedap mana, muak sikit. Hehe. Depends kot pada orang. Then, kami teruskan perjalanan ke Perth. Jem sikit masa nak masuk Bandar tu. Lepas isi minyak full dan hantar kereta, kami berjalan kaki ke Criterion Hotel. Jujurnya, Bandar Perth ni panas, tak macam tempat sebelum2 ni yg kami pergi. Jalan pun susah nak jumpa orang putih, ramai foreigners. Jalan sikit dengar orang berbahasa Jepun, Thailand, Korea, etc. Melayu pun ramai. Boring sikit. Orang2 sini pun tak se-friendly di town2 kecil.. Petang tu kami berjalan2 di Hay Street, London Court dan sekitarnya. Review utk Criterion hotel ni, pada saya okay sangat2 sebab lokasi sangat strategic, betul2 di area Bandar, sebaris dengan McD, 7 eleven. Jalan 5 minit dah sampai. Malam tu kami jalan2 die Elizabeth Quay, jalan kaki je.

29 April, kami ke Fremantle untuk beli souvenir dan jalan2. Kami amik train je. Kami ke E-Shed, dekat sangat dengan stesen keretapi. Mula2 masuk Aussin, kedainya besar dan banyak barang. Kemudian saya masuk ke Megabes, dan aunty tu suggest kami ke Fremantle Market dan pergi ke kedai anaknya di sana. Lebih murah dan lebih banyak barang, kedai pun lagi besar. So kami jalan je ke sana. Kami borong baju untuk family, fridge magnet, keychains. Berbaloi beli kat sini. Owner pun friendly and boleh berbahasa melayu. Utk pengetahuan, kedai Megabes kt E-shed akan ditutup dalam 2 bulan ni dan hanya yg dekat Fremantle Market je ada. Kedai souvenir kat Bandar perth pun ada, slightly pricey sikit but kalau tak sempat pegi Fremantle pn boleh beli. Balik ke Perth, kami ke Watertown Outlet naik CAT Bus warna kuning. Sempat la grab beberapa barang and baju. Balik ke hotel, kami tak keluar malam tu sebab taktau nak buat apa kalau keluar. Hehe.

30 April, kami ke Caversham Wildlife. Naik train line Midland berhenti di Bassendean, amik bas no 965 untuk ke Caversham tu. Sampai sana, tekan intercom untuk mintak shuttle van bawak masuk.. kalau nak jalan, dalam 1.6km jugak. So better naik van dorang. Kangaroo dorang semua jinak2, tapi macam kotor sikit dan pemalas. Haha. Quokka, wombat, penguin, semua haiwan dalam tu semua comel2. Farm show pun entertaining, seronok kalau bawak budak2 kat sini. Balik tu kami berjalan lagi dekat Hay Street tu sampai la dia tutup jam 5ptg. Sesungguhnya Bandar Perth ni penuh dengan orang melayu. Huhu.

Malam tu kami bergerak ke airport dan tidur sana sebab flight jam 6.50am. overall, kami suka sangat dengan trip kali ni tapi kalau nak repeat, kami akan stay kat Perth 1 malam je kot. Yang lain kami nak explore small towns je. Rindunya!

Sekian laporan sepanjang kami di sana. Sorry panjang pulak cerita. Hehe

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2018 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa replied at 7-5-2018 12:18 PM
Macam cuaca kat sini je tapi menjelang petang selalunya dah sejuk sikit.  Bab lalat bukan semua te ...

Tq art...repellent tu kita beli dr sini ke...yg jenis tampal @ sembur tu...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2018 11:14 AM | Show all posts
tukul replied at 7-5-2018 10:40 PM
Tq art...repellent tu kita beli dr sini ke...yg jenis tampal @ sembur tu...

Boleh beli dari sini tapi kalau terlupa kat sana pun banyak je jual jangan risau, kalau boleh yang jenis sembur tu lagi ok
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2018 12:12 PM | Show all posts
Artemesiaa replied at 8-5-2018 11:14 AM
Boleh beli dari sini tapi kalau terlupa kat sana pun banyak je jual jangan risau, kalau boleh yang ...

huhuhu last time i went there pun lalat kusss semagat. nak nak kat pinnacles tu. nak turun amik gamba pun tak selesa banyak gambar tangan mengibas je
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2018 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
LelaRentaka7 replied at 4-5-2018 03:14 PM
Thank you very much for your input and infosDefinitely sangat membantu kawan2 yang nak ke Perth

...

Oraits min insyaALLAH will do as per advise..
Maaf la ye xtau rules kt sini slalu lepak bod lain..peace

Comments

Thank you for your cooperation and understanding   Post time 8-5-2018 05:46 PM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2018 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
tukul replied at 6-5-2018 11:04 AM
sape pernah ke pertu during summer aka curi sekolah disember...mmg panas dan byk lalat ke

Ye pns smpai 42 kot haha
Lalat mmg byk..tp tgk tmpt jgk..memula smpai sini dlu iols jmpe lalat kaler orange.. Kemain taksub lg tgk..sekali husband ckp lalat tu bahaya! Bleh tmbgkan sekor lembu kot katanya..terus cuak..sebaik xgtl pg hulur2 tgn kt lalat tu..
Bt summer sgttt cantik tp my fav always autumn
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2018 07:28 PM | Show all posts
tukul replied at 6-5-2018 11:04 AM
sape pernah ke pertu during summer aka curi sekolah disember...mmg panas dan byk lalat ke

bab lalat ni tak sanggup.. masa tu pergi fremantle pun lalat berterbangan.. hingga ke hamelin bay pun ada lalat.. nak makan tak tenang.. nak keluar kan makaroni goreng & burger pun takut takut.. so aku tahan lapar.. makan dalam kereta akhir nya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2018 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
moonbug replied at 28-4-2018 01:25 PM
Kitorang sewa kereta dgn Bayswater car rental. Sewa 2 hari saja sbb tak jalan jauh. Mana yg boleh na ...

Boleh minta no tel pak jubaidi?
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2018 02:18 PM | Show all posts
ajasani replied at 18-5-2018 11:52 AM
Boleh minta no tel pak jubaidi?

Ada di post belakang di sini.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 01:13 PM GMT+8 , Processed in 0.259073 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list