View: 6818|Reply: 9
|
Misteri kerlipan cahaya kunang-kunang terungkai selepas 60 tahun
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Selama 60 tahun ahli saintis tidak dapat merungkai misteri di sebalik tindak balas kimia yang menghasilkan kerlipan cahaya yang terhasil dari abdomen kelip-kelip atau kunang-kunang.
Memetik laporan National Geographic, saintis Bruce Branchini dari Kolej Connecticut bersama rakan-rakan setugasnya berjaya merungkai misteri itu dengan penemuan partikel elektron oksigen yang bertanggungjawab memancarkan cahaya.
Eksperimen yang dijalankan Branchini mendapati oksigen yang terlibat dalam pemancaran cahaya kunang-kunang itu berbentuk khas dan dikenali sebagai ‘anion superoksida’.
“Anion superoksida merupakan satu bentuk oksigen molekul yang mengandungi elektron tambahan,” kata Branchini sambil menambah ‘anion superoksida’ mungkin menyebabkan fenomena bio-pendarcahaya (bioluminescence dalam istilah Inggeris yang bermaksud penghasilan dan pemancaran cahaya oleh organisma hidup) lain di alam semula jadi.
Hasil penemuan itu diterbitkan dalam sebuah jurnal berjudul, ‘Journal of the American Chemical Society' dan berjaya memberi gambaran komprehensif tentang proses biokimia yang berlaku dalam badan serangga itu.
"Cara enzim dan protein mengubah tenaga kimia kepada cahaya adalah satu fenomena yang sangat asas dan kami ingin tahu bagaimana proses biokimia tersebut berlaku," kata Branchini dalam laporan itu.
Kajian mendalam berhubung proses biokimia kunang-kunang dipercayai boleh memanfaatkan bidang penyelidikan kesihatan manusia di masa depan.
sumber : Astro Awani
|
|
|
|
|
|
|
|
dekat kuala selangor banyak.. cantik2 |
|
|
|
|
|
|
|
suke kelip2.. lawa! |
|
|
|
|
|
|
|
anion superoksida. berbelit nak nyebutnya.
susah dah nak jumpa kelip-kelip sekarang. |
|
|
|
|
|
|
|
dulu kat depan rumah je, kt pokok mangga
skrg nk jmpe payah gila |
|
|
|
|
|
|
|
dah lama x nampak kunang2...
dulu2 time kecik2 selalu nampak kt kampung.... |
|
|
|
|
|
|
|
haah dh lama xnmpk.dlu mmg ada tp zaman kecik la.skrg xde lg,kecuali g kampung kuantan |
|
|
|
|
|
|
|
Dekat kampung boleh terjumpa kunang kunang ni. Tapi kalau jumpa pun setakat sekor je.
Punye eksited nampak. Masa tu budak budak jadi ade satu perasaan nak tau dalam perut die tu ade ape. Picit picit. Malangnya tiada apa apa yg berkelip kelip didalam perut beliau. |
|
|
|
|
|
|
| |
|