CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7338|Reply: 39

[Jenayah] GEMPAR!:Ketua Muslimat PAS Batu Melintang DiBunuh!UPDATE#24 MOTIF DIBUNUH

[Copy link]
Post time 3-8-2015 12:49 PM | Show all posts |Read mode
Edited by GhostWalking at 10-8-2015 08:46 AM

Ketua Muslimat PAS Batu Melintang dibunuh kejam, mayat mereput di tepi sungai
Mayat mereput yang dijumpai di Kuala Air Kepala dekat Sungai Pergau, Jeli, Khamis lalu adalah milik Ketua Muslimat PAS Batu Melintang dan dipercayai adalah mangsa bunuh.



[size=100%]
KOTA BHARU, 2 Ogos:
Mayat mereput yang dijumpai di Kuala Air Kepala dekat Sungai Pergau, Jeli, Khamis lalu adalah milik Ketua Muslimat PAS Batu Melintang dan dipercayai adalah mangsa bunuh.

Bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat mangsa mendapati ada kesan hirisan di bahagian tangan dan kaki.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kelantan, ACP Ahmad Taufek Abdullah, dalam kenyataannya memberitahu hasil siasatan yang dijalankan pihaknya berjaya menahan seorang suspek berusia 32 tahun yang mempunyai talian persaudaraan dengan mangsa.

Katanya, suspek ditahan 7.30 malam Jumaat lalu dan kini direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut.
Ketua Muslimat PAS Cawangan Batu Melintang, Rudziah Shaufee, 50, mangsa bunuh di Batu Melintang, Jeli, yang mayatnya ditemui di Tepi Sungai Pergau, Jeli, Khamis lalu.
Sebelum ini mangsa, Rudziah Shafiee, 50, yang juga guru mengaji dikatakan hilang sejak Selasa lalu sebelum mayatnya ditemui dalam keadaan terlentang dan sudah reput di tepi sungai.

Sehubungan itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi membolehkan siasatan terperinci dilakukan.

Mangsa yang tinggal sendirian di Kampung Batu Melintang, di sini, itu dijumpai dekat Kuala Air Kepal, Sungai Pergau oleh seorang penjala ikan.

Siasatan polis mendapati, mangsa dipercayai meninggal dunia sejak kehilangannya Selasa lalu berdasarkan keadaan mayat yang sudah mereput.

Sementara itu, abang mangsa, Abu Hassan, 55, ketika dihubungi memaklumkan jenazah adiknya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Dendung, Batu Melintang, Jumaat lalu.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob (duduk kiri) berjumpa dengan ahli keluarga mangsa bunuh di Jeli yang juga Ketua Muslimat PAS Batu Melintang, Jeli, semalam.
Dalam perkembangan sama, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang menziarahi keluarga mangsa semalam melahirkan rasa sedih berikutan mangsa adalah seorang wanita yang tidak berdaya selain dia juga adalah Ketua Muslimat PAS Cawangan Batu Melintang.

Beliau berkata disebabkan perkara seperti inilah kerajaan negeri ingin merealisasikan Kanun Jenayah Syariah (KJS) kerana kita ingin membendung gejala jenayah yang semakin menular.

“Biar rakyat merasa gerun kepada hukum islam… Kanun Jenayah Syariah ini ialah rahmat Allah dan tuhan bagi rahmat dengan laksanakan undang undang Islam..apabila kita laksana undang-undang Allah, maka Allah turunkan rahmatNya.

“Tetapi apabila kita tiada usaha untuk mendaulatkan undang undang Allah, maka Allah akan tunjuk kepada kita gejala yang dahsyat berlaku dan tiada undang undang yang mampu menyelesaikannya,” katanya.

Ahmad berkata beliau berharap pihak polis dapat membuat siasatan yang rapi supaya pihak yang tidak bertanggungjawab dapat diambil tindakan sewajarnya dan dibawa kemuka pengadilan.



Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/08/02/ketua-muslimat-pas-batu-melintang-dibunuh-kejam-mayat-mereput-di-tepi-sungai/#ixzz3hiynCVRu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2015 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku syak kes dadah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2015 01:06 PM | Show all posts
                                            
Lokasi mayat ditemui. Gambar kecil, Ruziah.


                                                                                                                              KOTA BHARU - Polis menemui kesan kelar masing-masing pada sebelah pergelangan tangan dan kaki mayat guru mengaji al-Quran yang ditemui terbaring di tebing Sungai Pergau, Batu Melintang, Jeli, Khamis lalu.
        Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Ahmad Taufek Abdullah berkata, hasil itu diperoleh daripada bedah siasat yang dilakukan ke atas mayat Ruziah Saupi, 50, yang juga anggota Muslimat Pas cawangan Batu Melintang.
“Pemeriksaan di dalam rumah mangsa tidak menjumpai sebarang kesan pergelutan atau selongkar dan barangan berharga milik mangsa juga tidak hilang.  
“Bedah siasat mendapati ada kesan-kesan kecederaan iaitu hirisan benda tajam pada mayat tersebut.Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
        Beliau memberitahu, sehingga kini polis masih mencari senjata yang digunakan dalam kes tersebut.
        Sementara itu, bagi membantu siasatan, seorang lelaki berusia 52 tahun yang tinggal di kampung sama dan mempunyai pertalian persaudaraan dengan mangsa ditahan pada petang Jumaat lalu.
“Kami menahan suspek untuk membantu siasatan sama ada terdapat unsur-unsur lain menjadi punca kematian mangsa yang juga ibu tunggal. Mangsa tinggal bersendirian di rumah dan disedari hilang sebelum abangnya membuat laporan polis.
“Suspek mempunyai hubungan kekeluargaan dengan mangsa, namun motif pembunuhan masih disiasat,” katanya pada sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kontinjen Kelantan, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini, semalam.  
        Pada majlis itu, Asisten Komisioner Ahmad Fadzillah Mohamed yang berkhidmat selama 27 tahun dan terakhir sebagai Ketua Jabatan Pengurusan, IPK Pahang dilantik ketua jabatan berkenaan menggantikan Asisten Komisioner Dahlan Mohd Noor yang bersara.  
        Sementara itu, mayat Ruziah dijumpai seorang penjala ikan di atas batu dalam kawasan Kuala Air Kepal, Sungai Pergau kira-kira 400 meter dari rumahnya di Kampung Dendong pada Jumaat lalu selepas dilaporkan hilang pada 28 Jun.




[url=]
[/url]   

Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Seriau la mak
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 01:14 PM | Show all posts
Biar rakyat merasa gerun kepada hukum islam… Kanun Jenayah Syariah ini ialah rahmat Allah dan tuhan bagi rahmat dengan laksanakan undang undang Islam..apabila kita laksana undang-undang Allah, maka Allah turunkan rahmatNya.


hudud bukan untuk menakut-nakutkan penganut...tp sebagai pengajaran kan?
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 01:23 PM | Show all posts
kentel replied at 3-8-2015 01:14 PM
hudud bukan untuk menakut-nakutkan penganut...tp sebagai pengajaran kan?

belajar dulu baru bercakap ... semua undang2 ada 2 tujuan utama ... punishment and deterrent ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-8-2015 01:32 PM | Show all posts
kudajantan77 replied at 3-8-2015 01:23 PM
belajar dulu baru bercakap ... semua undang2 ada 2 tujuan utama ... punishment and deterrent ...
...

MOHON PENCERAHAN PERBEDAAN TERSEBUT SIS.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 01:33 PM | Show all posts
kudajantan77 replied at 3-8-2015 01:23 PM
belajar dulu baru bercakap ... semua undang2 ada 2 tujuan utama ... punishment and deterrent ...
...

perkataan menakutkan tu....bagi perspective buruk penganut agama lain dkt agama islam...so, belajar dulu baru bercakap...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2015 01:36 PM | Show all posts
hudud tu hukum Allah. kenapa masih nak menafikannya?

sebab tak boleh nak songlap duit????
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 01:54 PM | Show all posts
Innalilahiwainnailaihirajiun
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 01:58 PM | Show all posts
hihkhihkhikkk....
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 02:00 PM | Show all posts
takziah, gerun pulak. main kelar-kelar bagai.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena rompak kot,amik gelang tgn/kaki emas.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 02:05 PM | Show all posts
Innalilahiwainnailaihirajiun

Takziah kepada ahli keluarga mangsa.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
kentel replied at 3-8-2015 01:33 PM
perkataan menakutkan tu....bagi perspective buruk penganut agama lain dkt agama islam...so, belaja ...

Dalam surah Al-Maidah ayat 33 Allah sebut hukuman itu adalah satu KEHINAAN bagi mereka di dunia...

Dalam ayat 38 pulak Allah sebut satu hukuman PENCEGAHAN dari Allah...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 02:11 PM | Show all posts
apa motip?  dendam ker?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2015 02:35 PM | Show all posts
namirulmukminin replied at 3-8-2015 02:10 PM
Dalam surah Al-Maidah ayat 33 Allah sebut hukuman itu adalah satu KEHINAAN bagi mereka di dunia... ...

so betul lah perspektif yg ai sampaikan..pengajaran...dan bukannya menakutkan...?
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 02:46 PM | Show all posts
itik_kuning replied at 3-8-2015 01:36 PM
hudud tu hukum Allah. kenapa masih nak menafikannya?

sebab tak boleh nak songlap duit????

songlap mcm umno dok buat tu (rasuah) tak masuk dlm hukum hudud
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
kentel replied at 3-8-2015 02:35 PM
so betul lah perspektif yg ai sampaikan..pengajaran...dan bukannya menakutkan...?

Pengajaran lebih tepat... Pengajaran itu yg akan menimbulkan rasa gerun plk kpd org lain agar takut utk membuat kesalahan yg sama di masa hadapan...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 02:59 PM | Show all posts
Pada majlis itu, Asisten Komisioner Ahmad Fadzillah Mohamed yang berkhidmat selama 27 tahun dan terakhir sebagai Ketua Jabatan Pengurusan, IPK Pahang dilantik ketua jabatan berkenaan menggantikan Asisten Komisioner Dahlan Mohd Noor yang bersara.  


kopipes berite muke sebelah ke wartawan ni..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 01:17 PM GMT+8 , Processed in 0.065342 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list