CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4580|Reply: 17

Elak Terjerat! Kenalpasti Lelaki Sudah Beristeri

[Copy link]
Post time 4-8-2015 12:31 PM | Show all posts |Read mode

Oleh : Dean BZ


Sumber foto : www.wom.my

Bukanlah suatu perkara baru kita terbaca atau terdengar tentang gadis bercinta dengan suami orang. Ramai gadis terperangkap dengan lakonan lelaki "hidung belang" yang pandai "mengayat" disamping lakonan gred A yang cukup mantap, dan akhirnya si gadis terjerat dalam cinta gelap.

Namun bila status lelaki itu mula terbongkar, mungkin sudah terlambat kerana sudah terlanjur mencintainya. Hinggakan ada gadis yang sanggup menjadi madu atau menjadi "kekasih gelap", adakah ini kesudahan yang anda inginkan?

Pasti jawapannya tidak kerana anda sentiasa mempunyai peluang untuk memilih pasangan hidup anda.


Sumber foto : terbakor.com

Jadi sebelum terjebak bercinta dengan suami orang, mari kenali ciri-ciri lelaki yang mungkin sudah beristeri :


#1. Panggilan telefon.
Lelaki yang sudah berkahwin biasanya akan menetapkan waktu berhubung atau hanya dia sahaja yang boleh menghubungi anda atas alasan yang langsung tidak masuk akal. Bila bersama dan si dia menerima panggilan telefon, dia akan bangun dan menjawab panggilan itu jauh dari anda. Jadi awas jika anda ada mengenali lelaki seperti ini, pasti ada sesuatu yang cuba disorokkan.

#2. Sentiasa gelisah bila bersama di tempat awam.

Jika si dia sentiasa gelisah dan tidak senang duduk bersama anda ketika berjalan-jalan ditempat-tempat terbuka, ini mungkin mengundang seribu persoalan. Lelaki perahsia ini juga biasanya suka mengelak ke tempat  terbuka dan lebih gemar mengajak anda "date" ditempat tersorok, mungkin bimbang terjumpa orang yang dikenali?

#3. Hari hujung minggu bukan milik anda.
Bagi pasangan normal, hujung minggu adalah waktu tepat untuk menghabiskan masa bersama-sama. Namun, lelaki yang berkeluarga tidak mungkin menghabiskan hari minggunya bersama anda. Si dia akan cuba mengelak keluar bersama anda dan pelbagai alasan akan diberikan.

#4. Elak bercerita tentang perkahwinan.
Suami orang biasanya tidak berminat bila ditanya soalan serius tentang masa depan, bila nak kahwin dan segala yang berkaitan. Kebiasaannya si dia akan sedaya upaya mengelak dan mengubah topik bila ditanya soalan cepumas itu.

#5. Percaya "instinct atau naluri".
Diawal perkenalan anda, pasti ada rasa sedikit curiga kerana masih lagi dalam proses mengenali antara satu sama lain. Tetapi jika lama kelamaan perasaan curiga itu makin menjadi-jadi, anda perlu tanya naluri atau kata hati anda. Jika naluri anda kuat merasakan yang si dia pasti berbohong, maka anda perlu segera menyiasat siapakah si dia sebenarnya.

Buat si gadis yang sedang bercinta, jika pasangan anda  tergolong dalam ciri-ciri diatas, maka segeralah minta si dia berterus terang. Jangan buang masa kerana lelaki hidung belang ini hanya ingin bercinta namun bukan ingin memiliki anda. Jika ada yang benar-benar ingin memiliki, kenapa perlu berbohong dengan anda? Kenapa tidak berterus terang? Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua dan jangan lupa kongsikan dengan rakan-rakan supaya lebih berhati-hati memilih pasangan. - CARI Infonet.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2015 12:45 PM | Show all posts
tetapi ramai juga gadis yang lebih suka kepada lelaki yang dah kawin....
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2015 02:32 PM | Show all posts
bini orang pulak macam mana nak kenal
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2015 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ke trend skrg laki org lebih diminati sb lelaki single dianggap loser
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 12:56 AM | Show all posts
minta dijauhkan drpd jumpa laki orang... paling scary kes2 yg dh kawin baru tahu dia bini no 2,3... dahsyat sungguh laki mcm ni.. n family dia pun bersekongkol sekali...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 08:43 AM | Show all posts
the OBVIOUS signs
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-8-2015 08:45 AM | Show all posts
jiwarasa replied at 4-8-2015 02:32 PM
bini orang pulak macam mana nak kenal

yg cantik, yg lawa tu bini orang lah...

tu org cakap lah...bukan saya ckp
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 01:24 PM | Show all posts
jiwarasa replied at 4-8-2015 02:32 PM
bini orang pulak macam mana nak kenal

pakai cincin nikah

tapi x guna gak. sbb setengah pmpn suka kumpul jewelries
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2015 03:13 PM | Show all posts


1. kalau seopis, sila tanya HR. hahah
2. Menolak untuk bergambar berdua. hanya reramai aje boleh
3. dating kejap-kejap
4. selalu suruh rahsiakan hubungan daripada kawan-kawan.
5. kalau nak dating akan minta gunakan kenderaan kita


ni orang cakap.. bukan aku .. eh?
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2015 02:34 PM | Show all posts
yang pastinya kalau lelaki tu pakai minyak wangi bau org permpuan n awas itu tandanya dia guna bini dia punye...dansudah tntu dia sudah berkahwin
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2015 04:54 PM | Show all posts
bagi lah sign yg mcm mana pun...kalau hati dah berpaut laki org ke x dah xkisah dah...
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2015 09:25 PM | Show all posts
alaaaa....kalau tak lelaki yg dah kawen tekel..sapa lagi nak tekel? nisbah pompuan dah melebihi lelaki sangat2 skang ni.


Okaylah...to be fair...pompuan andartu take it jelah laki orang pun...kalau dah jodoh kannnn
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2015 11:22 PM | Show all posts
Okay...noted...
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2015 11:23 PM | Show all posts
kambeng_masam replied at 6-8-2015 09:25 PM
alaaaa....kalau tak lelaki yg dah kawen tekel..sapa lagi nak tekel? nisbah pompuan dah melebihi lela ...

Excuse me..mana you dapat fact nisbah bilangan wanita >> lelaki ni ?? aaiyoo...


Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2015 12:40 AM | Show all posts
Elle_mujigae replied at 6-8-2015 06:23 PM
Excuse me..mana you dapat fact nisbah bilangan wanita >> lelaki ni ?? aaiyoo...

err.....boleh check kadar jantina kelahiran bayi di HKL contohnya...?

Okay....kalau sesapa bekerja di opis...student di kolej, di dalam bas/lrt ketika pergi dan balik kerja dan sebagainya. Saya minta cuma satu hari  buatkan pemerhatian selama satu hari sahaja, sila buat kira2 dan cuba nisbahkan total lelaki dan perempuan di semua lokasi sepanjang hari anda tu.

Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2015 09:45 AM | Show all posts
Ermm.. takde fakta di tangan rupanya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2015 07:43 PM | Show all posts
kambeng_masam: alaaaa....kalau tak lelaki yg dah kawen tekel..sapa lagi nak tekel? nisbah pompuan dah melebihi lelaki sangat2 skang ni. Okaylah...to be fair...pompua ...


"perempuan andartu take it aje lah"
ade ke laki org yg target perempuan andartu...??.....lol
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2015 07:50 PM | Show all posts
mystica replied at 5-8-2015 12:56 AM
minta dijauhkan drpd jumpa laki orang... paling scary kes2 yg dh kawin baru tahu dia bini no 2,3...  ...

horror story....

mmg ade....last2...bile 1st wife dpt tahu....(2nd wife pun dpt tahu...right after die dah nikah)....
1st wife tgh preggy anak ke 4....so lepas beranak je.....(yg tlg pun...madu die..time pantang......yg hubby enjoy la kot..dpt 2 wife..x tau p mana)...
after pantang..terus mintak divorce....heartbroken sgt...rsnye...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:38 PM GMT+8 , Processed in 0.580987 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list