CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14974|Reply: 4

Kreativiti Kitar Semula Pallet Kayu Terbuang

[Copy link]
Post time 4-8-2015 12:43 PM | Show all posts |Read mode
Kitar Semula Pallet Kayu Terbuang: Kayu merupakan sumber semulajadi yang cukup berharga. Nilainya semakin tinggi kerana sumbernya yang semakin lama semakin berkurangan. Salah satu produk dari kayu yang banyak digunakan dalam industri adalah pallet kayu. Ianya di gunakan senagai alas untuk sesuatu produk agar mudah diangkat dan disusun oleh forklift.
Sering kali pallet kayu ini hanya digunakan sekali sahaja dan kemudian ianya dibuang. Ini berikutan harga sesuatu barangan telah termasuk di dalam kos pembungkusan dan logistik, maka pallet tidak perlu di kitar dalam proses logistik ini. Adalah suatu pembaziran yang sangat merugikan bukan hanya dalam industri tetapi bahan kayu yang tidak ternilai ini terbuang begitu sahaja.

Mungkin kita tidak banyak terlibat dalam industri ini, tapi sebagai seorang yang prihatin, sanggupkah anda membiarkan pallet kayu yang masih elok ini di buang atau terbiar mereput mahupun dibakar begitu sahaja. Jika anda seorang yang prihatin dan tahu menilai betapa bernilainya kayu-kayu pallet ini...pasti anda mahukannya.

Pallet Terbuang Juga Berguna
Kreativiti kitar semula kali ini ingin fokus kepada idea kreatif produk dari pallet kayu terbuang. Semoga ianya dapat memberi idea dan kreativiti buat anda untuk menggunakan pallet terbuang menjadi satu barangan yang berguna semula dan mungkin mampu menjana pendapatan pula... "Jika ada kemahuan pasti ada jalan"...



Lihatlah...Pelbagai peralatan kegunaan harian boleh dihasilkan dari kitar

semula pallet kayu terbuang ini... Jika anda berminat dengan kerusi dan
meja hasil dari kitar semula pallet terbuang... anda boleh nikmatinya di SINI



Bagaimana pula dengan rak kitar semula pelbagai guna ini...Tidakkah ianya

sesuai diletakkan di dalam bilik stor anda. Pelbagai barangan anda boleh disimpan

dengan kemas dan tersusun.



Meja ini pasti menawan sesiapa yang memandang. Umpama sebuah

meja antik yang gah menawan di tengah-tengah ruang tamu anda.

Keativiti anggun dari pallet kayu terbuang



Kreatif...itulah yang paling sesuai di ungkapkan. Hanya dengan kitar semula

sekeping pallet kayu yang dicat dan di gantung di dinding...Pelbagai barangan

boleh digantung. Tiada lagi bersepah di lantai...



Pastinya kos adalah kekangan dalam apa jua aktiviti yang ingin diusahakan.

Kitar semula adalah jawapan terbaik. Antaranya adalah kitar semula pallet

kayu terbuang untuk reban, kandang dan tempat makanan binatang ternakan

anda. Pasti ianya menjimatkan...



Satu lagi kreativiti kitar semula pallet kayu terbuang yang mudah. Tergantung

kemas didinding. Sebuah rak untuk menyimpan buku dan majalah anda,



Sebuah tempat rehat yang sempurna di halaman rumah anda. Pastinya

tetamu anda tertawan..dan mungkin ada yang akan terpaku dengan idea kreatif

kitar semula pallet kayu terbuang ini. Anda pula pasti tersenyum lebar



Jika di lihat...ianya adalah rumah pondok mainan yang sangat menarik.

Ya...ianya dihasilkan dari kitar semula pallet kayu terbuang. Sesuai di bina

di taska, tadika dan di kelas pra persekolahan. Ianya dapat mendidik anak-anak

kecil ini akan berguna dan pentingnya kitar semula. Namun pastikan keselamatan

diutamakan dalam rekabentuknya.




Katil yang menarik ini di hasilkan dengan kitar semula pallet kayu terbuang.

Jimat dan hasilnya lebih menarik dari katil yang beribu harganya.



Bagaimana pula dengan kitar semula pallet kayu terbuang sebagai

tempat untuk bunga hiasan anda. Pasti cantik! bertingkat-tingkat lagi.

Kelainan yang pastinya di cemburui oleh jiran-jiran anda.



Keistimewaan pallet adalah jika di susun bertingkat, ia akan menghasilkan satu

ruang kpsong di antara pallet tersebut yang sekaligus menjadi tempat simpanan.

Lihatlah...amat bergunanya ia apabila kitar semula pallet kayu terbuang ini

di jadikan sebuah meja pelbagai guna di dapur anda.



Sebuah rak yang kelihatan begitu klasik sekali. Ianya juga hasil dari kitar semula

kayu pallet terbuang. Sungguh menarik sekali!



Satu lagi rekaan meja untuk dapur anda. Boleh juga sebagai meja makan.

Jimat, mudah dan berbaloi...hasil dari kitar semula pallet kayu terbuang.



Hampir kesemua kreativiti kitar semula diatas amat susah untuk di lakukan

oleh mereka yang tidak ada langsung kemahiran dalam bertukang. Bagaimana

pula dengan rak kasut ini? Oleh itu....Tiada alasan lagi untuk anda untuk tidak

mengitar semula pallet kayu terbuang ini. Mudah dan praktikal.


Jom Kitar SemulaJadi, marilah kita menyumbang dalam pemeliharaan alam sekitar. Fikir dulu sebelum buang... Bersamalah kita menjaga alam sekitar, Jom! kita kitar semula...


Janganlah semua benda yang sudah lama, rosak dan bahan terbuang itu dianggap sampah dan dibuang begitu sahaja. Setiap darinya terhasil dari sumber alam semulajadi yang terhad. Gunakanlah ia semula dengan kreatif atau juallah ia di tempat kitar semula agar ianya dapat di proses menjadi bahan asas semula.... Anda untung, alam pun terpelihara...Insyaallah.



relaksminda.blogspot.com


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2016 03:31 PM | Show all posts
kt mana blh beli kayu pallet ni ye
nk buat lapik katil

area putrajaya/bangi/kajang
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2016 11:45 PM | Show all posts
supernaturalee replied at 5-9-2016 03:31 PM
kt mana blh beli kayu pallet ni ye
nk buat lapik katil

boleh survey2 kat mudah...

http://www.mudah.my/Selangor/Others-8020/pallet-for-sale?lst=0&fs=1&w=108&cg=8020&q=pallet&so=1&st=s


kawan fb kita ada share post fb ni,

https://www.facebook.com/sajasharecom/photos/?tab=album&album_id=562142673971989

kat komen ada akak ni buat perabot dari kayu pallet, beliau suggest minta kat kilang..free je dapat..
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2016 11:46 PM | Show all posts
tapi pernah baca kena rawat dulu kayu pallet ni sebelum guna..takut dalam kayu tu dah ada anai2 je....
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2016 09:54 AM | Show all posts
Elle_mujigae replied at 7-9-2016 11:45 PM
boleh survey2 kat mudah...

http://www.mudah.my/Selangor/Others-8020/pallet-for-sale ...

thanx for ur reply


oh ye kilang mesti ada bnyk

ofismate ada bg tau
kt pasar borong pun ada bnyk


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:20 PM GMT+8 , Processed in 0.306538 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list