CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14380|Reply: 0

Idea DIY- Bekas Serbaguna Kitar Semula

[Copy link]
Post time 5-8-2015 12:16 PM | Show all posts |Read mode
Kreativiti DIY (Do It Yourself) bukan sesuatu yang amat sukar dilakukan. Namun ianya memerlukan idea kreatif untuk melakukannya. Selebihnya adalah perlukan sedikit kerajinan dan usaha. Selain dari mengisi masa lapang, aktiviti ini dapat mengurangkan kos dan belanja untuk menghasilkan sesuatu benda yang berguna malah boleh dihasilkan dengan kuantiti yang banyak.

Aktiviti DIY ini juga boleh dihasilkan menggunakan barang terbuang lalu menjadi sesuatu yang berguna dan menarik. Inilah salah satu aktiviti kitar semula yang boleh anda lakukan untuk mengelak dari berlakunya pembaziran serta pembuangan demi kebaikan dan keuntungan bersama.

Berikut adalah beberapa idea kreatif untuk aktiviti DIY yang boleh anda lakukan sendiri untuk membuat bekas kecil serbaguna. Ianya boleh dijadikan bekas untuk hadiah atau ole-ole buat tetamu anda. Amat mudah tetapi tanpa kerajinan dan usaha ianya tidak akan berhasil.

Jom kita cuba... idea kreativiti DIY bekas serbaguna kitar semula yang menarik ini :

Idea Kreatif DIY1. Bekas comel serbaguna yang menarik hasil dari kitar semula pinggan polisterin/kertas berlebihan dari sesuatu majlis. Bukan sahaja menarik malah ianya mengelak pembaziran.

Bekas serbaguna yang menarik!



2. Bekas tisu yang mudah dan menarik dari bekas atau botol pastik pencuci. Ramai yang pasti terpikat dengan hasil kreativiti ini. Nampak begitu anggun dan menawan walaupun ianya hanya dari kitar semula bekas terbuang. Tidak perlu lagi membeli bekas tisu untuk kegunaan disesuatu majlis.



3. Bekas serbaguna yang menarik dari kitar semula kotak terbuang. Terpulang kepada anda berapa besar bekas yang anda inginkan. Hanya potong dan gamkan. Mudah sekali tetapi hasilnya sangat menarik! Jika anda bijak menghiasnya... pasti ianya tambah menawan hati!



4. Aktiviti DIY ini pula biasa anda lihat tapi memerlukan sedikit kerajinan untuk membuatnya. Ia juga perlukan seseorang yang kreatif dan sedikit kemahiran. Namun ianya bukanlah sesuatu yang terlalu sukar. Anda hanya perlu ikut langkah-langkah seperti dalam gambar dibawah ini.



Hanya dengan menggunakan kertas suratkhabar terbuang, satu bekas serbaguna yang sungguh menarik boleh anda hasilkan. Untuk bertambah menarik, boleh sahaja anda warnakan. Idea kreatif kitar semula yang sungguh menawan hati dan punya nilai dipasaran.



Jimat Dan Elak PembaziranSetiap hasil dari usaha dan tangan anda sendiri pasti memberi lebih kepuasan. Ia bukan sahaja dapat mengurangkan kos dan mengelakkan pembaziran tetapi juga menggunakan bahan terbuang sebagai satu tanggungjawab kita dalam mengamalkan kitar semula demi menjaga alam sekitar.

Idea kreatif DIY bekas serbaguna yang amat menarik dan sesuai untuk anda lakukan jika mengadakan sesuatu majlis. Ianya pasti mengundang tarikan dan perhatian setiap tetamu yang datang. Mungkin ada pula tetamu yang meminta tempahan...

DIY... 'Do It Yourself' lebih bermakna dan bernilai jika menggunakan bahan terbuang yang dikitar semula. Elakkan pembaziran dan amat menjimatkan. Apa yang perlu hanyalah sedikit kerajinan dan masa yang terluang...

Terima kasih bersama Relaks Minda... Buat sendiri itu lebih menarik dan puas hati...



Relaksminda.blogspot.com


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:39 AM GMT+8 , Processed in 0.073075 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list