CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4030|Reply: 0

Aktiviti DIY Di Hujung Minggu

[Copy link]
Post time 5-8-2015 12:21 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat berhujung minggu. Hujung minggu ini anda tidak kemana-mana? Bosan melayan kerenah anak! Mari lakukan aktiviti DIY yang mudah dan menarik bersama-sama mereka agar hujung minggu anda lebih menarik dan bermanfaat.

DIY (Do it yourself) atau anda lakukan sendiri, satu aktiviti kraftangan yang sungguh menarik. Sesuatu benda yang selalunya anda beli tapi sebenarnya anda boleh buat sendiri dengan mudah. Ia juga dapat mengajar anak-anak anda agar menggunakan akal dan kreativiti.



Hujung minggu ini apa kata anda bersama anak-anak membuat aktiviti DIY mudah ini. Jom! Kreativiti bekas serbaguna dari straw minuman.

Kreativiti DIY

Bahan-bahan dan peralatan yang diperlukan :
1. Straw

2. Gelung tisu terpakai

3. Gunting

4. Pembaris

5. Pen atau marker

6. Gam



Langkah pertama :
Ukur panjang diameter luar gelung tisu terpakai.

Setelah itu tandakan pada straw mengikut ukuran tersebut. Buat 3 tanda.

Bengkokkan straw pada bahagian yang ditanda sehingga menjadi

segi empat sama dan cantumkan hujungnya




Buat sehingga anda mendapat sejumlah yang diperlukan



Langkah seterusnya :
Kini masa untuk serlahkan kreativiti anda.

Susun straw berbentuk segiempat tadi pada gelung tisu terpakai.

Gunakan gam untuk melekatkan straw dengan gelung tisu.

Susun ikut daya kreatif anda.



Contoh susunan yang boleh anda lakukan.

Tips :
1. Gunakan straw pelbagai warna utk hasil yang lebih menarik.

2. Selain bentuk segiempat sama, cuba kreativiti anda dengan bentuk-bentuk lain.



Hasilnya :
Sebuah bekas serbaguna yang menarik. Selamat mencuba!


Penuhi masa lapang anda dengan aktiviti menarik dan bermanfaat.

Gunakan masa keemasan di hujung minggu anda dengan mengeratkan hubungan

sesama ahli keluarga. Salam manis di hujung minggu.



Author by Bin Muhammad
http://relakssminda.blogspot.com


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:22 AM GMT+8 , Processed in 0.234593 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list